Followers

Thursday, August 26, 2010

16 Ramadhan...Berapa banyak amalan kita?

image source : syue1802.blogspot.com
Hari ni genap 16 Ramadhan..cepat betul masa berlalu...aku terfikir sendiri, apakah amalan2 yg telah aku laksanakan sepanjang tempoh tersebut. Rasa terlalu sedikit amalan kita. Bnyk kerja2 rutin biasa. Tapi aku dapat tahu, itu semua pun termasuk sebagai ibadah juga kan. Ibadah umum. 

Walau macam mana pun, tak boleh berlengah, Ramadhan semakin cepat nk pergi. Aku mesti tingkatkan amalan, dan buat perkara2 yg lebih berfaedah.. :D 

Buat masa ni nk dgr lagu raya pun, lum ada mood sgt. Tak rasa lagi seronoknya..nk hold dulu..ada perkara yang belum diselesaikan..Aku bukan baik sgt. tp ni untuk muhasabah diri aku sendiri. For sure setiap tahun kita nk ada peningkatan dalam diri kita kan....Selamat beramal semua...

Tuesday, August 24, 2010

Surat Cinta?

Skrg ni kan musim mengemas rumah sempena nk menyambut Syawal (tapi sbnarnya patut sblm2 ni pun dah kena mengemas).  Nak dijadikan cerita, masa mengemas barang2 lama tu, terjumpa plak surat2 ni. Banyak giler. Kebanyakannya masa aku belajar di IPTA. Macam2 surat ada. Dari kakak sendiri, kawan2 sekolah dan tak kurang juga 'admirer' hehehe..yg aku admire org pun ada. Heeheee..tergelak sendiri bila tgk perangai aku masa tu. Mmg suka giler tulis surat sebagai salah satu hobi mengisi masa lapang. Bila kemas ni rasa sayang sbnarnya nak buang. Tp bila tgk balik, kalo simpan pun buat jadi penyakit je sebab dah buruk2 n hampir reput dek kena air banjir (simpan di kg, bawah katil lagi tue.. hehehe)..Surat2 tu bnyk memberi kenangan. Takdelah surat cinta pun..cinta monyet? pun takde rasanya..Ada satu yang paling aku suka drpd seorang teman yg masa tu bergelar 'abg angkat'..Tak pernah putus mengirim berita. Akhirnya khabar berita hilang mcm tu je. Sedih gak. Tp pk balik, skrg ni aku dah ada orang yg lebih aku sayang. 

So tu sume kisah silam je. Tak perlu lah diungkit lagi..Orang tu pun ntah ke mana. Tapi aku kenal diri aku..aku tak pernah 'declare' dengan sesapa. sume tu hanyalah 'kawan tp mesra'. Yang benar2 aku berani 'declare' adalah ex-classmate aku masa di UiTM, iaitu hsbd aku yg ada skrg ni!! My forever love...hehhee....Dia pun tau pasal surat2 ni. Tapi takdelah nk membaca..Aku pun berani tunjuk sbb dia sporting..Don't worry honey, u r the only one in my heart now!!.

Blog blog blog

Kenapa agaknya dengan blog aku ni..ada sesuatu yang tak kena. Aku masih lagi 'menggodeh2' blog aku yang tak seberapa ni. Maklumalah bila dah ubah itu ini aritu, ada plak yang tak masuk, tak 'ikut update'. Tu yang menghairankan diri aku sendiri yang tercari-cari di mana silapnya..Tak best betul macam ni..Nampaknya kena gak tanya pada 'pakar blog' jika sudi membantu..huhuhu sedihnya...

Monday, August 23, 2010

Cerekarama Emily

Hari ni berbeza sikit dari hari yang lain. Aku saja gatal2 tangan nk wat entry pasal cerekarama sabtu baru ni. Best gaklah cerita tu. Emily lakonan Nabila Huda & Uria (Adi Putra) ...Cute.Jarang nk ada cerita mcm ni. Dorang berkahwin sbb atas wasiat abg Emily. Walaupun mulanya masing2 tak suka, tp kalo dah kata dah disatukan, takkan takde lgsung perasaan sayang, betul tak.  Dorang buat perjanjian akan kawin selama 6 bulan je sbb si Emily yang masih muda nk bebas. Suspen bila masanya yang ditunggu hampir tiba. We all (hsbd n me) sangka Emily akan mati (spt abgnya mati kerana cancer n bertahan 6bln shj)..mlm tu, sblm berpisah, dorang dinner bersama...masing2 taknak mengaku ada sayang..pastu dipendekkan cerita Emily blah n Uria merelakan walaupun terpaksa..tapi rupa2nya esok sblm Uria nk gi mengembara, si Emily tiba2 dtg balik...sbnarnya dia pun suka kat Uria...dorang pun berbalik semula...hehehe..mls la nk cerita lebih2..yg pastinya mereka tak jadi berpisah..nasib baik plak malam tu si Uria tak ceraikan isteri dia tu sbb ikutkan perjanjian, 6bln je, patut dia leh cerai..(kalo tak, tak jadi cerita...btl tak..) hehehe... cerita dongeng..(tp mgkin ada kisah benar, tak tahu!).

Nabila Huda, lakonannya tak pernah mengecewakan..amat berkesan..

Friday, August 20, 2010

Ceramah Agama "Suami Pembimbing Isteri"

Pagi selepas program bacaan Yaasin jam 8.30, satu ceramah agama telah diadakan di opis. Tajuk harini seperti kat atas nu ataupun boleh juga dikatakan 'lelaki sebagai pemimpin / pelindung kaum wanita'. So boleh la aku share sikit kat sini antara intipati yg telah Ustaz Hj. Abdul Rashid tu sampaikan.

Dalam ceramahnya aku tertarik bila dia kata tentang perangai anak-anak yang kadang2 memeningkan kepala ibu bapa. Katanya biarkan je anak2 dengan dunia mereka, jangan dilarang apa yang mereka buat selagi ianya tidak melampaui batasan sebab anak2 kecil ni baru nk berkembang minda dan bijak. So kalo dorang ni bergaduh, pastu ketawa, pastu bergaduh, itu perkara biasa..takkan nk suruh dorang menulis karangan, dok diam..jangan harap..so to ibu bapa (termasuk aku), bersabar je la dgn karenah anak2 ni..(kdg2 hilang gak sabar)...huhuhu..

Lagi satu sempena bulan Ramadhan, sedekah mmg dituntut, so x perlu lah nk berkira kerana ganjarannya nanti akan berlipat ganda..percayalah..

Dan berikut antara yang disampaikan berkaitan suami isteri..

Empat perisai suami dalam keluarga :
1- Memastikan prinsip Islam dalam keluarga terlaksana.
2- Menjadi tauladan yang baik.
3- Memastikan komunikasi yang baik
4- Memastikan keluarga lepas daripada azam api neraka

Suami yang bertanggungjawab perlu menjadi imam (terutama kepada keluarga terlebih dahulu).

Sungguhpun begitu, kaum wanita juga perlu ada perisai iaitu :
1- Berani berkata tidak (kepada perkara-perkara yang tak elok)
2- Jangan biarkan diri ditindas oleh lelaki.
3- Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin.

So, itu je lah antaranya..huraian lanjut tak reghti lak nk tulis panjang2 kat sini. Yang pasti, kaum suami tunggak membimbing isteri dan anak2 dalam keluarga. Apa yang suami buat adalah tauladan kepada yang lain.. Selamat Beramal!...Wallahualam...

Thursday, August 19, 2010

Gatal Tangan

Adoiyai..takde kerja cari kerja..entry 'gatal tangan' ni bkn sebab nk dapat duit, tapi sebab blog ni ler..Start semalam lah ni. Gatal sangat tangan ni menggodeh2 nk try template baru..so, ini lah jadinya blog aku akhirnya.. Jenuh nk menyusun atur balik benda2 dalam ni.  Dah jadi  'caca marba'. Bukan apa, bosan dengan template yang lama. Aku ni dah jenis yang macam ni (cepat bosan), so tak leh nk kata apa lah...Harap-harap kali ni dapat bertahan ler...tgk yg ni pun not bad gak kan..(hehehe..puji diri sendiri la okeh!)

Friday, August 13, 2010

Salam 3 Ramadhan..

Pagi ni opis wat bacaan yassin followed by ceramah agama till 11.30 am. Rehat 12.15 pm..Dari rumah plan, macam2 nk keluar cari barang keperluan rumah time rehat tu.Tapi last2..nak ikut member2 keluar, xde mood plak sebab masalah kesihatan. Batuk2 satu hari ni teruk sangat. Pagi tadi mmg isi perut sahur dah keluar dah. Pas cermah td pun sama, sakit perut makcik ni sbb terpaksa 'mengeluarkan yang takde'. Apa tu? (air liur ler..sbb da takde isi..) hehehe...Harap2lah dapat bertahan sampai petang..Muntah tak sengaja tak pe kan..
Member2 dah keluar soping, I dok diam2 je la kat opis ni mengemas folder2 lagi n sambil surfing net...


Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan..

Agak terlewat tp boleh lagi la sbb baru msk hari kedua. So far so good..inilah masanya dok opis sambil kemas kini folder2 kat komputer. Betul2 menduga kesabaran bila komputer teramatlah slow...tnya bahagian IT nk tambah memory, melibatkan urusan pembelian plak. malas plak nk lalu mcm2 proses. so, buat lah sendiri buang file2 yg x berkenaan. mana tau sekurang2nya laju sikit pc..(kalau cara tu dpt membantu lah..). 

Ptg smlm gi bazar ramadhan kat area rumah..ptg ni tak tau lagi..tgk pada kelapangan sat lagi..
Ok selamat berpuasa buat semua umat Islam...semoga pada tahun ni kita sama2 dapat menambah amal ibadah kita..Amin...

PENGUNJUNG

free counters

SMILE!!