Followers

Friday, February 25, 2011

Selamat Ulang Tahun buat Diriku Pulak



Semalam birthday mak. Hari ni turn aku pulak. Sebab tu la mmg payah nk lupa or buat2 lupa hari jadi sendiri sebab tarikh dekat sgt dgn birthday orang tersayang. Bukanlah niat nk lupa tarikh tu. Tapi sekali sekala bila kita lupa, mesti best kan. Tiba plak ada 'orang' lain yg remind kan. Tapi skrg ni pun bersyukur la masih ada orang yang ingat. Tambah2 di dunia serba moden ni kan..semua wish pakai FB je. Lebih 30 rakan, saudara mara yang wish kat kita. Tq to all. I appreciate it very much.

Aku bersyukur sbb birthday kali ni jatuh pada hari Jumaat, bagi aku hari yang baik lah kan.. Aku pun berharap supaya dengan meningkat umur ni lebih banyak lagi amal ibadah yang boleh aku buat. Selain tu, aku harap aku jadi lebih 'kuat' dalam menghadapi cabaran dunia. Aku cakap ni nmpak mcm ada masalah besar plak kan. Ye la, nak lalui hari2 biasa ni bukan mudah, kalo tak kuat, mmg jadi lemah lah (apara..lawan perkataan 'kuat' mestilah 'lemah' hehehe..)

Oklah walaupun ni birthday aku, tapi aku xde mood nk menulis sgt sbb mengantuk di tengahari..nak rehat sebentar!! adios..

Thursday, February 24, 2011

Selamat Ulang Tahun buat Ibu Tersayang...


24 Februari. Tarikh bersejarah ibuku dilahirkan. Yang boleh dikatakan seperti amalan orang menyambut hari lahir "Selamat Hari Jadi Mak". Semoga mak dikurniakan kesihatan, keceriaan dan ketabahan dalam melayari bahtera perkahwinan (ceh aku lak yg mcm nak menasihatkan mak aku yg lbh lama dah kawin..heheh).. Tapi mak seorang yang penyabar. Sabar dengan karenah anak2 dia lima orang ni. Aku lagi banyak terhutang budi dan jasa mak ni sebab bukan saja dari lahir, tapi smpai aku beranak pinak, dialah yg jadi doktor dan nurse ketika aku dalam pantang, or aku sakit apa sekali pun. Baru ni sakit gigi, dia gak yg 'merawat'... Hmm kalo nk cerita pengorbanan seorang ibu ni memang banyak lah..Apa pun..hadiah untuk mak nanti akan diberi bila mak sampai KL ye. Mintak tolong mak lagi jaga anak2 pulak sebab mertua gi umrah..Hmm mak lagi, mak lagi.. Ok mak, hadiah best dari India tauuuu... Harap mak suka!!  I Love u mum!!

Friday, February 18, 2011

Sibuk ke buat2 sibuk..

Lama gak tak buat sebarang entri. Sebenarnya agak sibuk dengan kerja. Terasa masa berlalu terlalu pantas. Kalau gi opis ni, dapat buat satu dua perkara je, sbb cam smlm 2 hari masuk kelas. Nak tak nak kali ni memang kena betul2 isi masa sebaik mungkin. Tiap2 hari berazam nk jengah je FB dan Blog, tp tau je lah kalo dah start bukak, ada je blog2 lain n fb2 lain yg nk dijengah..tu yg jadi masa panjang. 

Kalo kat umah plak skrg ni mmg tiap2 malam penuh. Boleh dikatakan start buat kerja2 rumah bermula 10.30 or 11.00 malam depends kul bape anak2 start tdo. Alhamdulillah, kalau ikutkan skrg dah jarang dorang tdo kul 12.30pm. Tapi sebaik drg tido, keletihan bermula. Nak start buat kerja pun kena rilex sat dulu amik 5-10 min tgk siaran 711 or 712 (hiburan hehhee)..pastu terus gerak iron, basuh kain or basuh pinggan. ok stop cerita tu sbb sblm ni rasanya da buat entri pasal ni. 

Tuk hari ni nk cerita pasal apa yg berlaku sejak pg tadi. Ada ceramah agama, then by right, skrg ni waktu rehat, aku nk buat slide tuk kelas next week. Esok plak ada mesyuarat plak kat opis (Tambahan aktiviti)..Hmm rasa tak menang tangan dengan nk buat benda2 lain lagi. senarai dah ada, tinggal nk buatnya bila..aku ni bab sediakan 'to do list'. mmg suka..sbb takut terlupa...pastu tak semualah boleh achieve satu hari..tp aku puas hati kalo ada yg dah selesai. Ok have to off now, nk sambung buat slide..(tp mcm nk tdo jap..huhuhu)..

Monday, February 14, 2011

Perkembangan Pembesaran Adrian

Hai..saya Adrian!
Hari ni nk cerita pasal Adrian skit. Tengok pembesaran dia hari demi hari, Alhamdulillah memberangsangkan. Nampak dia sihat, ceria dan akitf. Antara yang ketara beza dia dgn abang kakak dia sebelum ini ialah :

1. Dari kecik dia memang tak pernah nk pakai puting. (pernah cuba, tp dia yg tak nak langsung) - bagus, tak payah susah2 satu kampung nak mencari puting bila time hilang heheh..

2.  Dia dah tak pakai buai start umur dekat2 dua tahun. Kalo abg kakak dia, empat tahun pun masih nk berbuai..skrg buai bawah katil..hehehe..

3.  Skrg ni dah masuk 2 tahun 3 bulan, dia dah pandai nak makan suap sendiri, nk buat susu sendiri (isi susu dlm botol), dah pandai amik kain batik dan terus baring, tanda nk susu, dgn mulut muncung2 sebut "ma, hu hu hu"..

4. Pandai balas tumbukan kakak abg dia. Penumbuk seciput je, ada hati nak terjah org.. pandai geram tu..melawan..selalu gak papa nyakat bergusti dgn dia..suka lah tue..

5. Cakap tak pandai sgt lagi, hanya beberapa perkataan, tapi kalau nk sesuatu pandai tarik tangan mama ajak ke tempat yg dia nk buat apa or nk barang..

6. Kalau gambar dia diambil, sibuk "ma, ngok ngok ngok" (bukan mama yg ngok yer..)

Hmm begitulah serba sedikit perkembangan Adrian yang semakin keletah. Hope dia membesar dengan sihat selalu dan jadi anak yang pintar..
sangat rapat dengan kakak Adriana
buat lawak nak bersin

suka nyakat dia suh buat2 bersin hehehe

Friday, February 11, 2011

Bertuahkah Aku?

Hari ni terlebih rajin skit buat smpai dua entry..hebat..
Seperti posting yg aku buat pagi td, aku ada mesyuarat agung koperasi hari ni. Bersemangat nak datang sbb nk dgr isu2 dan laporan drpd lembaga ttg prestasi koperasi..ada yg kata sbb elaun kehadiran..mgkin juga faktornya, tp yg lebih penting aku nk tgk camne board members nk menjawab persoalan2 daripada anggota yg 'aktif2' ni. Kalau ikutkan aku mmg plan nk bagi pendapat aku terhadap beberapa perkara yang dibentangkan, tp aku lum ada kekuatan tuk tampil ke hadapan memberikan pendapat. Tambah plak alasan aku dok jauh blakang, aku xnk org sume pandang ke arah aku (aku ni kan pemalu..ke perasan sendiri?) hehehe..

Nak dijadikan cerita, nasib baiklah aku tak bangun memberikan komen dan pendapat sbb akhirnya aku telah terlantik menjadi seorang daripada mereka (ahli lembaga)..adus..aku sungguh tak sangka. kawan aku tiba2 bangun mencalonkan nama. mula2 terkejut, tp buat rilex dan aku ckp kat dorang, takpelah buat penyeri majlis dan buat nama tersenarai je dalam minit mesyuarat akan dtg sebagai calon..(aku ni kan suka pk negatif) hehe..

Di akhir majlis bila pengumuman tu, mmg betul2 terkejut beruk lah..sape je lah yg undi aku nie...huhu..aku ditempat ke tujuh drpd lapan terlantik, dan drpd 12 org yg tercalon..hmmm not bad..kalo dah itu kepercayaan dorang kat aku, nampaknya aku kena tunaikan. Selama ni aku cuma tahu teori, kali ni aku mmg kena praktis lah..heee menggeletar seketika.. Harap2 aku dpt buat terbaik sebagai 'penolong setiausaha' ni..dan harap sgt mereka2 yg berpengalaman memberikan tunjuk ajar buat aku yg baru nk belajar.. Amin...

Apa pun tahniah Rohalinda..anggap ini rezeki yg datang. Aku kata rezeki bkn maksud sudut kewangan yer..tp rezeki untuk meningkatkan diri dalam kerjaya..mencari pengalaman baru...way to go!!!

Adriana Demam

Nur Adriana satu-satunya puteri kesayanganku..
Semalam Nana balik sekolah terus baring kat sebelah aku masa aku tgh tgk tv. Dia sempat bukak tudung je. Stokin masih di kaki. Dia ngadu dia pening dan rasa macam demam. Dia kata kat sekolah agama dia xleh belajar, cikgu suruh baring. Aku rasa dahi dia mmg panas. Segera sms kat hubby, hubby suh g klinik dkt ngan umah. Biasanya aku tggu hubby tuk gi klini, tp kali ni xpelah aku bersiap terus je bwk smpaikan adam n adrian aku tinggal je kat mertua sbb nk cepat uruskan adriana. Tinggi gak suhu demam dia. Rupanya bila balik, Adrian dah mengamuk sebab kena tinggal..kesian dia..

Hari ni aku xleh plak nk emergency jaga Nana sbb kat opis ada mesyuarat agung koperasi. Aku rasa agak penting jugak sbb aku nk dgr amanat2 dan jwpn ahli lembaga terhadap laporan2 koperasi sepanjang thn lepas. Tawakal je lah mntk mertua tgk2 kan Nana sbb nampak ada kurang skit demam dia. Tghri td hubby inform gigi dia yang goyang dah tanggal sendiri. Aku rasa sebab tu lah dia demam..Alhamdulillah tak payah dia nk berhadapan dengan doktor tuk cabut gigi. Sblm ni dia menangis ketakutan.. 

Adriana ni one thing kalau bab gigi, mmg cepat sgt tumbuh. Dari kecik dulu, seawal tiga bulan, dia dah tumbuh gigi. Masa tu mcm tak percaya. Ingatkan nasi ke tertinggal kat gusi, rupanya mmg gigi. Jadi proses pembesaran dia pun nampaknya mcam tu gak, cpt betul 'patah tumbuh hilang berganti' hehhe..tp kes dia lum patah, dah ada 'pengganti' (gigi) tumbuh... Mama proud of u Nana...semoga nana pun membesar menjadi anak yg bijak sepantas tumbuhnya gigi tue... hehe apa kena mengenanya? lebih kurang lah tu... :D

Wednesday, February 9, 2011

Tak Boleh Buat Silap

Hari ni nak menceritakan kisah aku tensen. Aku tak nak lah cerita bagaimana bermulanya tensen aku tu sbb dikhuatiri akan mengganggu perasaan mana2 pihak (wpun aku tau bkn ada org nk baca blog aku nih..heheheh).
Stori bermula bila sebelah pagi aku ikhlas buat sesuatu, tetapi tiba2 keikhlasan itu berubah bila perancangan aku ada sedikit spoil. Dan bermulalah apa yg ku khuatirkan pun berlaku....kalau nak tahu aku ni biasa jadi kes yg kalo buat silap terus dapat 'cash'. Tak tahulah mmg kebenaran atau kebetulan. Jadi, disebabkan ketidakikhlasan itu tadi.....beberapa insiden berlaku..Tuk mudah paham cerita aku bagi hin skit pasal tak ikhlas tu..aku buat kerja, tapi merungut sendiri.

Insiden yg dimaksudkan plak, nyaris bwk kereta langgar kereta org lain masa nk reverse. org tu plak satu hal dok blkg aku apahal. Aku mmg tak perasan lgsg, 'alarm' plak xd bnyi. Tiba2 bila pusing sblh kanan dah ada kereta tunggu. Itu satu. Pastu smpai opis, xleh punch. Sistem canggih sangat kan..kena pkai ibu jari je. Bila aku touch, dia kuar "out" (meaning aku punch tuk kuar), padahal aku baru smpai. dua tiga kali buat jadi benda sama. Lama fed-up, aku blah. 

Pstu singgah ATM tuk amik sikit duit nk bayar hutang. Tunggu punya tunggu punya tunggu, kad x kuar balik, apa tah lagi duit..aik, xkan aku nk tunggu lama2 nih. Sebelum kad ditelan, aku buat CANCEL. Dia kuar kad tp duit tarak. Bila aku cek kat bank online, duit sudah kurang. Aku seriau gak ntah2 masa aku blah kat ATM tadi, duit tu kuar plak. So aku pun kuar opis berlari kat ATM. Confirm xde. Aku pun call bank, dia kata mntak call bank yg utama tuk dorang report kat dorang semula..(bank yg aku tekan td 'bank MEPS'- paham2 udahla ye). Aku pun dgn upset, call bank utama iaitu bank sebenar tuk kuar duit tu..Jawapan? pun menyedihkan..dia kata aku kena gi kaunter bank terdekat tuk buat report sbb tru fon take so much prosedur nanti. Bagi aku tru fon lg cpt dorang communicate with the other bank drpd aku kena kuar opis, cari parking yg lum tentu dpt, pastu nk jmp org bank lg yg lum tentu giliran ke berapa...hmmm negatif sgtkah aku, or dorang punya prosedur yg terlalu leceh? Duit da kena telan ni..Aduh bercintanya nk ke bank ....

Tu la yg aku kata insiden yg berlaku hari ni. Bila terkena mcm tu, aku rasa aku mmg xleh buat silap. Bila buat silap, pasti akan ada insiden terjadi. Itu bagi diri aku lah. Sebelum2 ni pun ada lagi cerita2 lain yg berlaku tp x perlu lah aku letak kat sini kan...cukupla ni jd contoh... Sekian..nak balik..

Tuesday, February 8, 2011

Gigi Cabut, Ulser Mari!!

Kejadian berlaku pada 31 Januari 2011. Masa ni kat kampung lagi. Aku dah tak tahan sangat dah. Sakit gigi punya pasal, satu mulut terasa. Sakit gigi ni pulak dah seminggu sebelum tu lagi. Tapi malam tu dah tak tahan, gi gak klinik gigi. Dipendekkan cerita doktor pun suggest cabut gigi geraham bongsu tu sebab dah ada gigi nk tumbuh. Cerita punya cerita pasal kos, dia tawarkan harga RM350! Aku terdiam gak. Bagitau kat dia adik aku sblm ni pernah kena gak and buat kat situ gak, tp cost only RM80. Dia kata peralatan ni mahal, laser lagi dsb. Pastu dia kata ok, 2 batang gigi dia just amik RM300. Aku tak pikir panjang rasanya masa tu. Sbb aku konfiden mak aku yg tengah tggu kat luar boleh tlg tmbahkan duit tu, plus aku dah tak tahan giler sakit (masa ni pk lik kg nk bersuka ria, makan2 xnk ada masalah huhuhu).. So setuju, bermula lah proses mencabut gigi. Wpun dah di bius, mkn ubat lagi, tp masa nk cabut rasa mcm dia pakai 'ragum'. Dirodok2 gigi aku ni..Bergegar kepala aku. Yang jadi sakit gak, penyepit ke apa benda ntah tools dia tu terkena kat bibir aku. Bila aku kata sakit, dia kata, "tenang, lembut, lembut"..itu je yg dia ulang2. aku pun just try to be calm je la, tarik napas lepas (mcm nk bersalin la pulak hehehe...)

Selepas itu, aku mcm nak pitam. Manakan tidak, sebelum pergi tak makan apa2 sbb dah sakit sgt, tu yg bgn terus pusing kepala. Nasib baik mak aku yg penyayang lagi caring tu ada. Dia tak bg lgsung aku nk dukung anak aku masa tu sbb dia kata cabut gigi smpai 2 btg mau tak pengsan..hehhe..mekasih mak..

Balik umah, soknya bibir aku tadi tu dah terus jadi ulser...hwaaa bermula la episod sakit baru yg dtg..ubat tahan sakit n antibiotik tak dpt mengurangkan kesakitan aku..masa ni aku rasa nk je gi saman doktor tu... ubat pn mcm tak berkesan je. 

Hari ke hari sakit ulser makin teruk!! Sampai entri ini ditaip, masih sakit. Kalau letak ubat, bertambah pedih dan bisa smpai meleleh air mata..huhuu..cepat la baik...ulser datang, sakit gigi hilang seketika...tp masih sama, sakit masih juga ada....
pic from tooth-guru.com

Tuesday, February 1, 2011

Balik kampung!!!

Aku skrg da kt Kluang!!.. Malam Ahad hari tu hubby anta aku n anak2 kat Air Keroh then dia n mertua lik KL. Aku mntak dia cuti je since 1hb tu Hari Wilayah, but he 'insist' xnk sbb ada kerja penting ktanya. So, esok plak kata hafday n bru nk lik Kluang. But just now yg tak best dia kta nk lik ptg plk...hmmm kta ptg akan jem sbb rmai akan gerak sok. Last2 aku kta ikut dia lah yg mana rsa mudah. Cuma mntk2 sume ok dlm pjlnan nnti.

Td cuti, gi golf, sok dtg sni, Khamis pn gi golf gak..hmm xleh pisahkan dia n his hobby....

PENGUNJUNG

free counters

SMILE!!