Followers

Friday, May 27, 2011

Tukar Background Lagi..

Takde kerja cari kerja...Sahlah aku ni memang cepat bosan. Dah lama tak jengah blog, sekali jengah, macam2 nak buat. Paling terkini, ini lah hasilnya. Aku puas hati. Rasa lebih tenang. Tapi tak tau lah sampai bila plak kekal background dan template ni..Rasa rugi plak yg sebelum2 ni xde save gambo dia..hari ni aku save buat kenangan kalo akan datang nk tukar lagi..hehehe...

Tarra....cantiknyer...(pujilah diri sendiri..bila lagi)

Monday, May 23, 2011

OSRC Family Day 2011

Sabtu 20 Mei 2011, pagi-pagi lagi semua anak-anak dah bangun pagi semata-mata tak sabar nak main air di Desa Waterpark. Yang mama kagum sebab program ini dianjurkan oleh kelab sukan opis papa. Maknanya dorang buat inisiatif sendiri tanpa mengharapkan company tuk adakan program ni. Yang penting kena bersatu kan... dorang pun ramai, bila semua sepakat nak buat, takdelah sebarang masalah. Mama bukan nak bandingkan dengan opis sendiri. Tapi biasalah kan, kalo tempat mama ni banyak protokolnya.. 

Apa pun yang penting memang happening la program ni. Start lebih kurang 9 pagi smpai dekat 4 petang baru we all balik... Memang penat dan panas giler masa tu. Panas lebih baik daripada hujan kan, kalo tak semua aktiviti tertangguh, rugi je kan.. Alhamdulillah...

Masa mula-mula sampai..anak2 belum dapat mood sebab pintu masuk belum dibuka.
Inilah aset yang mama ada...
anak-anak seronok juara acara isi air dalam balang. Tahniah!!
Adrian kepenatan ditambah kena bangun awal pagi yg bukan kebiasaan dia..cian..

Monday, May 16, 2011

Happy Teacher's Day

Hari ini ku ucapkan selamat hari guru for sure tuk semua guru2 yang pernah mengajar aku di bangku sekolah dan ipt. Tak lupa juga buat 'guru terbaik' iaitu ibuku tersayang - Rosmi bt. Materangi. Bagi aku dia guru paling best dalam hidup ini, sejak aku dari dalam kandungan hingga aku dewasa kini. Walaupun ada hari khas untuk ibu2, hari guru pun aku nak tujukan untuknya...Semoga ibu sihat sejahteraa.aaaa...i love u..

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu 8 Mei 2011



Selamat hari ibu!!
Tahun ni seronok dan sedikit sedih. 
Seronok sbb anak2 dah semakin petah bercakap, dah bersekolah, dah pandai menulis dan melukis. Jadi hari istimewa ini dapatlah merasa pemberian daripada anak-anak walaupun hanya sekeping kad buatan tangan. Rasa amat terharu dengan usaha dan kreativiti dorang. Walaupun yang mereka buat tu adalah daripada 'arahan' guru, tapi sekurang-kurangnya inisiatif tersebut berjaya menjadikan mereka menghargai jasa seorang ibu.. 
Adam sekolah sabtu semalam (sekolah ganti sempena deepavali). Di sekolah cikgu mintak murid2 sediakan kad untuk ibu masing-masing. Balik je rumah, Adam bagi kat aku dan wish..terharu aku..tq adam...sangat cantik. malam tadi, nana tiba2 menghulurkan sekeping kad tuk mama dia jugak. rupanya dia macam tercabar sebab tengok adam bagi kad, dia pun nak juga..alhamdulillah ada rasa 'persaingan yang sihat' dorang ni..apa pun mama amat menghargai hasil kerja anak2 mama.

Yang sedih sebab kali ni papa xde kat rumah. So, xde sebarang wish daripada papa. Pada ketika ini papa masih lagi berada di Jakarta 'menebas' di sana bersama kawan-kawannya. Yang lagi mama sayu sebab bila baca facebook papa, ada plak dia bercerita pasal keseronokan di sana smpai ada satu statement bila kawan dia mengusik papa jawab "malaysia tu di mana?"..hamboiiii bukan main lagi..taula itu statement gurauan, tp membayangkan betapa happeningnya di sana kan...maknanya di sini sempat gak rupanya papa update status pagi tu, selain terlupa nk wish mama ni..

Mama ini pun sempat juga mencelah kat wall papa, "jgn lupa ucapkan selamat hari ibu kepada ibu2 di sana". tapi nampaknya papa masih lagi tak perasan itu satu perli bukannya betul mama nak papa wish dorang.. sbbnya papa balas "ok nanti papa sampaikan".....hmm.... xpelah...hanya mama je yang paham..

AKTIVITI MAMA SEMPENA HARI IBU-bawak anak-anak:
  • gi sarapan pagi
  • gi isi minyak
  • gi basuh kereta
  • gi giant beli brg dapur
  • gi gunting rambut adam
  • gi taman jaya
  • gi amcorp mall
kira penuhla aktiviti semalam..mama nk hepikan anak cuti hujung minggu dengan aktivit yang mudah dan mama tak perlu gi jauh2...

tp jauh disudut hati mama masih sayu sebab rindu kat papa..huhuhu...

Rindu kat Blog

Rindunya kat blog I ni..lama sangat tak jengah. Sebulan sekali je. Maklumlah, seperti menyahut seruan kerajaan, tp my slogan "kerja diutamakan, peribadi dikemudiankan" heheh...bila da settle kerja, baru leh buat urusan peribadi...

So, hari ni barulah ada kelapangan sikit nak jengah blog dan tulis skit cerita tuk hari ini.

Hari ini aku meluangkan masa masuk kelas membina laman web. Tak jadi 'peserta sepenuh masa', hanya understudy dari belakang. Ini pun tuk ilmu tambahan digunakan untuk bertugas sebagai ALK koperasi. Aku plan sementara Pengurus baru nak masuk, aku rasa bertanggungjawab untuk memantau laman web koperasi ni. Harap-harap dapat ilmu baru daripada cikgu Mastura dan cikgu Roshidah..hehehe...

PENGUNJUNG

free counters

SMILE!!