Followers

Thursday, June 30, 2011

June 2011 berakhir.... Wah...bizinyer...

Hmmm...rindu kat blog.
Sekarang punya style, bila ada masa, sampai tukar template, hias2, make-up2 blog ni, semua sempat. Tapi bila dah datang sibuk, jangan harap nak menjeling pun payah. Kadang tu bukak jengah je, tapi 'tak dan' nk buat posting.
Hari ni curi masa sikit sebab dah masuk hujung bulan. Minggu ni amat bizi. Dengan research dah bermula, dengan tugasan hakiki tuk kelas dan tanggungjawab sebagai board di koperasi...wahhh bizi sangatlah tu yer...hehehe.. boleh la tahan.
Kadang-kadang best gak bizi ni, masa kita penuh dengan benda-benda yang bermanfaat. Tapi kadang tu smpai naik pening kepala semua nak buat. Apa pun, 'first come first' kan..... less is more..(eh apa plak tu?).. ok, dah mula nak melalut la ni.
Oklah, baik sambung kerja semula... Chiayok2!!!!

Tuesday, June 21, 2011

Kursus Mesra IT @ MKM 21-22 Jun 2011

Mesra sgt.. :)
Hari ni dan esok berkursus selama dua hari. Teruja jugak dengan tajuknya Mesra IT. Nak tau gak isi kandungannya kan. Kebetulan pulak tengah free takde sebarang kelas. So, amik peluang ni gi la berkursus menambahkan ilmu.. kalau fikir kerja je, memang melambak kat  opis nu..tp dua hari, oklah.. insyAllah..

Peserta sume dari kalangan staff jugak. cikgu pun, geng2 sendiri iaitu Puan Mastura dan Puan Azlifah..hehehe..leh kautim punya..

Ada gak benda2 baru yang kita peroleh daripada kelas ni. contohnya pencarian maps..sgt membantu..So, petang ni sambung lagi..esok blog pulak..cuma blog tak boleh sampai abis sbb petang ada plak perjumpaan pengarah bersama 'Pejuang KM'..eee ngeri je bunyinya kan.. dah tu istilah yang diberi, kita follow je...tp mmg ditertawakan org...

Gempar, Adam Hilang???!!!!






Semalam mama amik cuti sebab jaga anak2 kat uma sementara ibu mertua pergi pentauliahan mengajar agama di pejabat agama putrajaya (spesifik tempat tak pasti). 

So, dok lah umah melayan karenah dua orang bujang sementara si kakak gi sekolah agama. Adam macam biasa sbb tak nak berebut tgk tv dgn adik, dia dok uma nenek kat sebelah. Minum susu sambil baring, sambil tgk tv.. Masuk kali ke-3 susu, mama pun pesan kat dia suh dok kat uma je, tp dia taknak. Nk jugak dok uma nenek. Mama pun ok tp dengan pesanan, dok situ je jgn gi mana, nak kuar bagitau.

Dipendekkan cerita masa masuk waktu asar, mama nk mula masak dan solat. Tergerak nk jengah si Adam senyap je, mungkin dia tidur. Pastu tengok takde. Cari satu rumah xde. kalau dalam rumah xde, sekurang-kurangnya dia main kat tingkat atas rumah jiran or kat area parking. Tp sunyi. Mula la masa tu sms kat papa bgtau adam takde. Memang musykil sebab dia tak pernah jauh daripada rumah..

Hmmm start dari situlah bermulanya pencarian. Nak tak nak dah cari sekeliling tak jumpa, terpaksa gak kuar rumah ngan adrian naik kereta gi ronda2 kawasan rumah. Pesan kat jiran kalau adam balik suruh tunggu. Jiran pun tertanya lah kenapa plak adam gi mana. Stori  kat dia, pastu start gi round. Hampa. Balik kosong. Tak lama jiran pun tolong cari naik motor. sambil tu tanya kawan2 dia sume xde idea..pelik sgt pelik..terpaksa mintak papa balik segera tuk sama2 cari..adussss mmg kalut. masa ni dah mula terbayang kalau apa2 jadi kat adam..adakah dia main2 terjatuh, pengsan, xde org dgr?, ada ke dia kuar jauh2 pastu sesat? atau...ada org dtg rumah ajak dia keluar?....eee...ngeri la..zaman skrg ni kalau sesuatu nak jadi, sekejap je, sekelip mata dah jadi macam2..tu yg paling risau. 

Startla masa tu call mak kat kg. bukan nk bagi dorang panik, tp kalau betul ada apa2 berlaku, nanti dorang jugak yg bertanya balik kenapa lewat bgtau, so inform je lah.. mak pun kedengaran risau lah kan..x pernah jadi macm ni..

Disebabkan masa tu lum solat asar, mintak papa jaga adrian dulu (fobia plak nak biar adrian sorang2)..papa dah plan jap lagi nak gi balai buat report. takpelah belum cukup 24jam, tp dua tiga jam ni pun dah cukup menyukarkan tuk kami.

Tiba-tiba, pintu diketuk, rupanya Adam yang balik.Alhamdulillah lega rasa. Yang mula2 sambut dia, papa. Hmm apa lagi, haruslah terima 'bertih jagung'..tp yang penting xde nk tambah lagi dengan pukulan ke apa. Kita kena faham gak situasi dia. Cuma bgtau kat dia kenapa dia kuar tak bgtau, dia gi mana, apa kesan2 kalau dia hilang dsb. dia kata dia gi umah kawan main dalam umah. 

Jadi kronolgi ceritanya nak jadinya lebih kurang mcm nilah. Sbb smlm tu nenek xde, so xde la mengaji..jadi budak2 yg dah datang tu gaknya ajak la si adam ni main. Adam plak TERUJA sgt, sampai terlupa nk bgatu mama dia. Pastu balik lewat pulak. Yang peliknya mmg sepanjang pencarian dia tu, mmg xde dgr suara or kelibat langsung (dah kata main dlm rumah kan..), tu yg jadi sedikit haru..Itu maknanya mmg la dia keluar dalam tempoh yang lama. Start mencari tu dalam kul 4.30, dia balik umah dkt kul 6.00ptg..gggrrr...berderau darah..tapi Alhamdulillah sepanjang tempoh pencarian, mama langsung tak menangis setitik air mata pun tak keluar..tak taulah bkn tak cemas, tp seboleh2nya masa tu hanya terpikir nak mencari dulu..bila teringat2 balik ni plak yg rasa sedih..huhuhu..Adam...jangan buat lagi...

Friday, June 17, 2011

Jumaat yang Suram?

Kenapa nie..kenapa tak happy...kan baru je tadi dengar cermah "aku tak mengidap penyakit mental"...hehhe.. ke dah berjangkit. 

Bukan apa, tiba2 hari ni dapat berita yang sepatutnya aku gembira. Tapi ntah macam mana jadi lain sbb clash plak dengan satu lagi berita yang aku juga dah tunggu lama... hai..banyaknya yang aku tunggu. pastu kebetulan pulak dua2nya datang masa yang sama. Mana satu harus aku pilih? Aku kena tunggu black n white daripada pihak yang berkenaan...apa dia? tunggu.... (mesti boring kan nk buat suspen2 nie..) sowi..cannot reveal now..

Wednesday, June 8, 2011

It's Our Anniverssary!! 8 June 2011

Alhamdulillah today is our anniverssary ke-8..
Cepatnya masa berlalu..zaman bujang masih terasa (hihihi). Sekarang dah beranak tiga..
I'm so happy with my life. Lapan tahun ni macam-macam dugaan dan cabaran yang telah dilalui. Kita tak tahu apa pulak yang akan jadi pada masa akan datang. Bersyukur dengan segala kurniaan yang telah diberi oleh-Nya. Ada tempat berlindung, makan pakai cukup, ada anak2 penceria suasana (plus "gegak gempita?" hehe), dan suami yang penyayang..apa lagi mau? heeeee..Alhamdulillah.. Semoga perhubungan ini berkekalan hingga ke akhirnya.. Teringin nak tengok anak-anak membesar hingga bercucu..mcm manalah masa tu agaknya kan.. :D

Malam tadi my hubby wish me as early as at 11.45 pm.. wah so fast!
Ingatkan dia lupa. Maklumlah dia kan sibuk dgn travelling je lately.. Alhamdulillah.. kita pun bukan nak mengharapkan apa2. yang penting dia ingat tarikh keramat tu pun dah cukup. sebab masa tulah berlakunya macam-macam kenangan kan kan kan...

Friday, June 3, 2011

Jumaat Kembali Lagi!!

Pejam celik pejam celik, sekejap je dah sampai hari jumaat. Maknanya esok cuti!! Rasa baru je bekerja minggu ni...Haruslah pun kan..sebab isnin dan selasa i cuti, so minggu ni i kerja 3 hari je..tu yg terasa lagi pendek masa..

Sat lagi nak balik Melaka pulak sebab sok ada jemputan kawin sedara hubby. Pastu bergegas plak petang sok jugak balik KL sbb hubby nk pergi Penang...huhuhu cedihnya... x sukalah dia pergi.. kalu kita yg out station takpe.. hihihi..Today plan nk bawak mertua naik kapal melawat kampung apa tu kat melaka tu? lupa plak nama dia, but since mertua x jadi plak nak ikut, so we all direct je lah ke rumah nek tam..boleh layan maharaja lawak..mintak2 sempat le tengok..

Ahad ni nampaknya terpaksalah dok umah je bersama anak2...berehat je la kemas-kemas umah tu ye...
Oklah selamat bercuti to all...

Thursday, June 2, 2011

Percutian sempena Cuti Persekolahan


Best best best..
Itu yang boleh dikatakan tuk tahun ini. Hubby ada rezeki lebih, dia ajak bercuti dengan rakan opisnya.
So, pada 28-31 Mei 2011 baru ni we all dua famili bercuti ke Penang dengan Perak. Anak-anaklah yang paling seronok...
Nanti akan diuploakan gambo-gambo sepanjang perjalanan percutian. Hari ni sibuk sikit. Boleh cerita sikit je..hehehe...

PENGUNJUNG

free counters

SMILE!!