Followers

Monday, December 27, 2010

Sabtu yang Best

Selepas makan2 (pecal & nasi lemak air tangan sendiri), petang kitorang gi jalan2 kat titiwangsa. Adam sibuk nak main basikal. Tapi disebabkan basikal Nana plak pancit, so sume xyah bawak. nanti berebut.. Gi taman jap je dlm 1 jam, pastu terus gi klcc.. plan nk gi Petrosains bwak anak2 tuk abiskan masa dorang bercuti ni kan.. Tapi sampai sana, tutup sbb sampai pun dah kul bape masa tu. So, we all berjalan2 area situ ngan kat bawah tu je lah tengok air pancut. Punyalah ramai orang. maklumlah kan raya (chirstmas..)...Dah jalan2 jap, hujan gerimis, terus balik lah. Sebelum balik gi singgah tgk kawan papa eksiden, terlantar kat Hospital Pantai..tp takdelah terlantar apa..boleh berjalan, cuma bahu je problem.. Sian kat dia, sian kat bini dia yg kena uruskan anak2 yg dah nk sekolah..tu sume dugaan. kalo jadi kat aku pun, kena harungi gak kan..

source : suriaklcc.com.my

Jadi apa yang best Sabtu tu? Best sbb berjalan2, tak dok umah.. Aku ni kan suka berjalan2 walaupun just dpat round KL pun jadilah..Release skit minda...huhuhu..sekian cerita tuk minggu ni..puas aku dapat post 3-4 stori dalam satu hari ni..giler..dah buat kerja!!

Menu First Time In My Life!!

Minggu ni agak rajin skit. Cam biasa gi sarapan kat Sg. Besi, memang akan selalu lewat (10.30 pagi above), balik rumah,  terus  siap2 basuh ayam, ikan, simpan dlm peti. pastu sambung persiapan tuk buat pecal.!! 1st time buat nih. Ini pun 'beranikan' diri nk buat sebab dah ada 'kuah segera' beli masa gi utara hari tu. So, semua bahan telah dicelur..ini lah hasilnya.. yg makan pun aku sorang je..hubby tak minat, apa ntah lagi anak2...buat dua kali makan, tghri dan malam..nyum sedapnya...

Pecal Mama Roha..

Selepas buat pecal, kerajinan ditambah dengan buat Nasi Lemak!!! Orang makan nasi lemak sebelah pagi, aku buat tengahari buta, tapi tuk makan petang...taram je lah..masak nasi dulu..berdebar2 (org tak pernah buat, smpai camtu sekali..teruk betul aku ni..) Pastu yg lain, tu mudah je, grg ikan bilis, kacang tanah, rebus telur & buat sambal ikan bilis, timun..Nasi agak lembik sbb terlebih air la kot. Santan dah cukup, tapi konon2 nk buat bagi lembut, pandai2 je tambah air sendiri..Hasilnya,  jadilah jugak..nmpk menarik (di mata aku la..)..Pastu jemput en. hubby makan. suh dia baca Bismillah banyak2 bagi sedap lagi nasi lemak aku tu..hehehe..pastu dia makan..jeng jeng jeng..dia kata OK..(ok je? ) sedap.. dia kata tuk permulaan oklah tu..lain kali boleh perbaiki..tapi bestlah kan..dpt gak merasa nasi lemak air tangan sendiri..ahaks!!
 Alhamdulillah...
Pakej tinggal makan..nyum nyum...
Pakej untuk tambahan
Dapatlah bagi mertua rasa, pastu seronok tgk nana pun pandai makan. dia kata sedap..ye lah tu, nk membodek mama dia..tp kalo betul tak sedap, dia mmg takkan makan..hehehe...lain kali boleh buat lagi...

Orang Berbudi Kita Berbahasa

Benarlah ungkapan di atas tu kan..Benda ni dah lama berlaku. Tapi sebab gambar2 dikumpul tak sempat nk transfer. Baru hari ni ada kesempatan nk upload dan stori kat sini. So, aku buat sekaligus je la sambil stori sikit2 je apa yg berlaku k. 
Kat bawah ni hadiah daripada peserta kursus pendek :
Mula dapat bungkusan ni terbayang, dapat Emas kah? hehehe
Bila kuarkan sampul di dalam..dah dpt bayangkan lain pulak..jeng jeng jeng..
Inilah di dalamnya..kain pasang....cantik kan..pandai dorang pilih ikut kulit aku nie..

Yang ni plak ada kiriman daripada peserta MTCP Iran. Dulu dia dtg kursus kat sini, sebelum balik Iran, aku bagi sehelai tudung kat dia. Rupanya abang dia plak dpt join kursus ni, so dia kirim kat aku kacang pistachio..memang favourite aku..heheh..shukran..(eh itu bahasa arab kan..xpelah..)
Inilah pistachio tue..sedap banget.... i likeeeee...tq!!

Inilah pemberi hadiah tu from Iran, lupa plak nama dia..yg aku tau, aku nmpk gemuk, ahaks!! Tidak!!

Yang ini plak pemberian daripada peserta bisnes matching. Secara luarannya everthing nampak berjalan lancar..Tapi disebaliknya tu, tak perlulah kita nak ingat2..mana yang baik kita terima, yg tak elok, kita jadikan pengajaran..cuma kena lebih berhati2 dengan pihak2 yang pandai berpura2...ehm ehm..apa kes ni.. (syyyhhhhh..)
Parcel yang dibalut kemas..jeng jeng jeng



Tarrraa..ni dia..periuk stim..mcm2 tau je dorang ni aku nk diet..pasni leh la wat masakan stim2..xyah mkn kedai..Iyo yo oo..
So, itulah sahaja gambo2 yg sempat dimuatkan. Nak ikutkan ada lagi barang lain tapi takde lak dlm simpanan. Contohnya ada lagi kain pasang dapat masa gi Kamunting, Pastu ada dapat frame..mcam2 lagi lah..dorang ni mmg pemurah..yg nk menerima pun serba salah..tp org kata rezeki jangan ditolak..semoga murah rezeki dorang gak...

Keperluan ke Sekolah (sambungan cerita)

Inilah barang-barang sempat dibeli malam hari tu. Sebab pergi pun sebalah malam, jadinya masa berlalu begitu cepat. Tengah sibuk pilih kasut, dah kul 10pm. Tapi dapatlah gak beli barang daripada balik tangan kosong.  Kat sini hanya dapat ditunjuk sikit je gambar brg2 yg dibeli. Kasut, terlupa nk amik sbb anak2 dah bwk lari sibuk nk try. Dah sibuk2, lupa nk snap pic.

Pencil box, Color Pencil & Boto Air
 
Adrian pun tak ketinggalan, nak juga beli tuk dia. Apa yang Nana ada, dia pun nk juga. So, belikan pencil box ngan botol air...adoi..terbang duit..(utk Adrian, takpelah). Daripada dia mengamuk nanti kat situ, dah jenuh nk memujuk..Sebelum tu dah nmpk sorang budak pompuan ngamuk2, rupanya dia nk sgt beli beg & pencil box barbie. Ayah dia layankan je bwk brg tu kat kaunter, pastu tiba nk bayar, ayah dia suh cashier sorok bwh meja jgn bagi dia nmpk..Tak tahulah camne bila dia balik rumah tu nanti kan..kalau dia tak ingat, ok je..
Suka Adrian dpt apa dia nak. Nampak je diam, tapi boleh tahan....

Baju sekolah Nana, Alhamdulillah Nektam dah buatkan. Dan inilah hasilnya..Kira dah berjimat kat sini, tak perlu nak beli lagi...
Baju sekolah Nana ; Agama & Darjah 1

Sabtu gi beli tudung, stokin & baju sukan Adam. Tak amik gambar plak tuk bhg ini..heheh..

Friday, December 24, 2010

Mia Sara vs Adrian?

Adrian Ashraf. Seorang kanak-kanak lelaki yang comel dan encem..tapi disebabkan rambut dia panjang, ramai orang kata muka dia macam Mia Sara?  Hmm...nampak gayanya kena gunting rambut Adrian ni. Bkn sebab sama mcm Mia je, tp sbb dia dah mmg lelaki. Bila ramai dah tegur mcm perempuan, nanti jadi konflik identiti plak..heheh..Papa dia yg berkenan sgt nak rambut si anak ni panjang.. Bila mama bgtau kat papa bila nk gunting rambut adrian, dia kata "esok lah, sianglah, minggu depanlah", so lama2 tak tergunting rambut si anak tu. Tak taula smpai bila kan..Kesian gak bila tgk Adrian asik selak2 rambut dia yg asik masuk kat mulut dan dah menutup mata. Setakat ni dia tak pandai lagi nk komen sbb lum pandai cakap kan..hehehe....
Adrian tocang, dipadankan dengan kebetulan ada gambar mia sara pun lbh kurang sama.tapi tak serupa..hehehe..
Adrian Ashraf & Mia Sara



Wednesday, December 22, 2010

Cerita Percutian & Keperluan Sekolah Anak-anak

Seminggu lepas dah terpaksa meninggalkan anak2 kat mertua & hsbd untuk program bisnes matching tu. Kesian kat dorang dok rumah je. Nasib baik ada sepupu2 datang. So tiap hari kerja dorang bermain je lah..sorrylah, mama tak sempat nk bercuti tuk kita gi jalan2 & bermalam kat mana2 tahun ni. cuma hari tu sempat gi Desa Waterpark je. Ingatkan nk dok situ dari pagi smpai petang bagi peluang anak2 main air. Kami gerak dari umah kul 10 pagi dok sana smpai kul 1 tghri.. Disebabkan sepupu Nana kesejukan, so terpaksalah balik awal. Kesian gak kat dia yg tak main air mesti rasa bosan dok sorang2. Nasib baik Nana, Adam & Adrian tak kisah. Lain kali kita gi lagi ok..

Awal cuti persekolahan, dah tinggalkan Nana & Adam kat kampung. Tapi bertahan seminggu je sbb masing2 da sibuk kata rindu nk jumpa adik dia dan terutama nenek dorang yg kat sini. Selebihnya, memang anak2 dok rumah jer..

Takpe, malam ni nk gi cari barang2 keperluan anak2 nak sekolah pulak. Baju kurung nana dah ada 4 pasang. 2 pasang tuk sekolah agama, n 2 pasang tuk sekolah rendah. Tu semua Nek Tam dah sediakan. Sungguh baik Nek Tam bersusah payah buatkan tuk cucu2 kesayangan dia...Semoga Nek Tam dimurahkan rezeki..

Mama pun tak sabar nk gi beli barang2 sekolah anak. Tapi yg pasti, mesti kecoh anak2 nk itu ini. Harap mama dapat bersabar dengan karenah anak2 ni, dan papa dapat bertahan menunggu masa pemilihan barang2 tu nanti. (Sebab mama tau papa kureng sikit bab2 nk membeli ni), tp boleh lagi menunggu..bila agak lama sikit je, mula la papa berbisik, lama lagi ke?..hmmm..kadang2 terbantut gak mama nk memilih terus rasa nk balik je. tp selagi tak selesai nanti dah cari hari lain pun payah gak..Tp tuk malam ni tgkla camne. Pergi waktu malam, masa pendek. Mana yang sempat je lah nanti..

Barang-barang yang nak dibeli :

1.  Baju & Seluar sukan Adam
2.  Kasut
3.  Beg (perlu tak ek, sbb aritu masa konvo tadika masing2 dpt hadiah beg sorang satu)
4.  Stokin
5.  Tudung
6.  Alat tulis
7.  Pensil Color (yg ni wajib, Nana dah tagih je nk LUNA & yg besar) hmm....akan dipertimbangkan..hehe
Lain2? Mesti ada yg tak tersenarai akan dibeli gak.(jajan2 la apa lagi..)..
Terujanya mama!! Hehehe..
Gambar 'pinjam tak dipulangkan' drpd sharinginfoz.blogspot.com

Program 'Jalan-jalan bawak Peserta'

Lama tak ngadap blog ni. Ada jengah tapi asik ubah itu ini. Nak buat post tak berkesempatan. Tapi just nak tulis kat sini, aku baru je habis program Business Matching pada 12 Dis -19 Dis 2010. Satu Malaysia kitorang jelajah. Bermula dari Petaling Jaya ke Utara smpai Selatan. Antara perjalanannya macam ni lah ; Puchong, Teluk Intan, Sik, Kulim, Seremban, Melaka, Johor balik ke Kuala Lumpur.
Perjalanan yang sungguh panjang. Bawak peserta untuk dorang buat bisnes matching dengan koperasi2 yang lain. Kami ni jadi fasilitator je time bengkel yang diadakan setiap malam. Rasa letih jangan jangan cakaplah sbb dah TIAP-TIAP hari asik kerja naik turun bas. Itu dikatakan letih fizikal. Mental pun lebih kurang gak. Maklumlah, kita kena 'teamwork' waktu2 mcm ni..kami berempat ni rilex je. yang penting kerja jalan.....

PENGUNJUNG

free counters

SMILE!!