Followers

Wednesday, July 25, 2012

Salam Ramadhan 1433-2012! Hari ke-5!

Assalamualaikum..

Wah lamanya tak jengah blog ni. Paling last masa nak raya 2011. Ini dah masuk Ramadhan pulak bg tahun 2012. Hampir setahun jugaklah tu..Hmm... tu lah kan. Hasrat nk update tu mmg ada, tp dalam hati je. Maklumlah kerja hakiki perlu diutamakan. Sekarang ni bila masuk Ramadhan barulah ada free time skit.

Ramadhan kali ni suasananya sangat berbeza. Tak perlu lah aku nak stori kat sini lebih-lebih. Cukuplah pengalaman ni aku sendiri yang lalui. Yang nyata, Ramadhan tetap berjalan, dan aku perlu teruskan berpuasa dengan azam nak tambah amal ibadah yang lainnya. Nak amik seberapa banyak peluang tuk tambah pahala dan berbuat baik, baiki akhlak dan didik anak-anak berpuasa.

So far antara adam dengan nana, Nana masih gigih meneruskan puasanya. Berbanding adam...hmmm makin lama makin keras badan kalau nak dikejut sahur. Hari pertama, tak puasa, hari kedua dia ikut gi bazar beli roti john. Balik rumah asik peluk roti tu, akhirnya ketahanannya gugur pada jam 7.15 petang...hmm lagi beberapa minit je nk berbuka. Tapi dah dialog dia kuar mcm ni "Adam dah tak tahan lah.." masa tu dlm mulut dah ada pun roti.. hehehe...mula-mula memang nak marah, tp cpt2 twist hati ni kepada cakap berlembut dengan dia. "ok Adam, xpelah kalau kali ni Adam tak tahan. Sok kita cuba lagi ye"...hmmm  boleh pulak mama ini menyebut perkataan tu tanpa nada tinggi. Kalau tak, aku lah yang paling baran and paling kuat mengaum dlm rumah tu..hahaha.. tapi since dah berniat kali ni nak didik dorang secara berhemah, i try to control myself ok.

Dalam pada nk didik dorang tu, aku sediakan jadual puasa. Harapannya supaya dorang ada rasa nak bersaing tuk berpuasa. Again, Nana bersungguh-sungguh and excited nak isi form tu dengan mewarnakan ruang kosong kalau dia berpuasa. Kalau tak puasa kena tanda pangkah or kosong. Adam? hmm hampeh. Nak jeling kat form tu pun, xde lah...jgn harap. Sebab dia tau dia memang tak puasa pun.. So agaknya buat apa dia nk bersusah payah kan.. Tu lah dia anak-anak punya keletah.



PENGUNJUNG

free counters

SMILE!!