Followers

Tuesday, June 22, 2010

Rindu kat Blog


Rasanya terlalu lama tak menjengah blog ni. Cerita banyak kalau nk dikongsi. Tapi disebabkan terlalu sibuk dengan urusan keluarga dan kerjaya, tak berkesempatan langsung. So antara yang menarik berlaku dalam bulan Jun adalah seperti ringkasan di bawah ini...hehehe..

8 Jun 2010 : Ulangtahun Perkahwinan ke-7 pun rasa berlalu macam tu je. Kebetulan pulak masa tu anak2 tak sihat. Adrian sampai masuk wad sebab kahak dia tak hilang tu. 3 hari 2 malam dia stay kat Tawakal Hospital.  takpe lah eh pa kita tak sempat nk celebrate. nanti kita cari masa lain yang lebih sesuai.. Hadiah paling bermakna tahun ini; bersama-sama menjaga kesihatan anak-anak...

13 Jun 2010 : Satu famili balik Johor, sepupu sanding.
14 Jun 2010:  Bertolak ke Kota Tinggi atas urusan kerja sehingga 16 Jun 2010
19 Jun 2010:  Balik KL sebab nk uruskan rumah dan anak-anak yg akan menyambung sesi persekolahan.
20 Jun 2010:  Hari Bapa. Selamat Hari Bapa untuk ayah tersayang; terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan yang diberikan sedari aku kecil hingga kini. Buat suami tercinta, terima kasih kerana menjadi papa yang baik dan penyayang kepada putera dan puteri yang aktif dan lincah. Semoga papa diberikan kesihatan dan berjaya dalam apa juga yang papa laksanakan..

22 Jun 2010 : Hari ini dan semalam, bertungkus lumus perlu menyiapkan hal-hal untuk kursus luar lagi. Kali ni ada kem di Dusun Eco Resort, Bentong Pahang. Memandangkan rakan sepasukan semuanya sibuk, terpaksalah kita sebagai ketua program merancang sebaik mungkin persiapan yang perlu dibuat supaya tak ada yang tercicir nanti..fuhh..pening gak kepala memikirkannya..apa pun, THINK POSITIF. Benda susah akan jadi mudah jika kita fikir ianya mudah. (chewah ayat tuk motivasi diri sendiri..)

No comments:

PENGUNJUNG

free counters

SMILE!!