Saya budak baru belajar. Itulah ungkapan yg biasa kita dengar. X payah jauh2. Ini lebih kepada diri aku sendiri. Aku baru2 gak dlm tahun ni berjinak2 ngan blog ni. So aku berpendapat walaupun blog ni sesuatu yang baik,banyak perkara boleh kita luahkan, tapi sebenarnya tak kesemuanya boleh didedahkan di blog. Kenapa? Anda ada jawapannya. Salah satu daripadanya adalah kerana dlm blog, kita ada follower, kalo x pun orang lain di luar sana akan singgah di blog kita (tu pun kalo ada yg nk singgah). Jadi kat sini, perkara seperti kegembiraan kita, tak ada masalah kita nk share. Tapi kalau hal2 lebih kepada perasaan kita, aku yakin tak semua boleh dikongsi di sini.
Dan itulah yang terjadi kat aku pada hari ni. Aku ada banyak perkara yang terpendam di hati ni. Tak tau mana nk luah dan macam mana keadaan aku pada masa ni. .Perasaan tu macam2, bercampur baur. yang pasti bnyk pada negatif sehingga aku rasa tak seronok dan tiba2 timbul perasaan kosong. Nampaknya kepada diariku juga akhirnya aku luahkan. Ada kebaikan dan keburukan kalau kita menulis ni. Bagus untuk melepaskan perasaan, bagus untuk mengimbau kenangan. Tapi kalau kenangan itu menyakitkan, perasaan sakit hati pun akan datang semula. So, lebih jgn ditulis. Tapi kalau itu salah satu cara untuk melepaskan perasaan dan tekanan (sebab dah cuba gak nk ceriakan diri tp x berhasil)..rasanya elok gak menulis...
eee..apa aku merapu ni? Tapi ini lah luahan rasa aku untuk hari ini..lain2 tu, biarlah tercatat dlm diariku saja..Hanya aku dan Dia saja yg tahu..(why suddenly i feel so sad....hwaa...)
No comments:
Post a Comment