Pagi selepas program bacaan Yaasin jam 8.30, satu ceramah agama telah diadakan di opis. Tajuk harini seperti kat atas nu ataupun boleh juga dikatakan 'lelaki sebagai pemimpin / pelindung kaum wanita'. So boleh la aku share sikit kat sini antara intipati yg telah Ustaz Hj. Abdul Rashid tu sampaikan.
Dalam ceramahnya aku tertarik bila dia kata tentang perangai anak-anak yang kadang2 memeningkan kepala ibu bapa. Katanya biarkan je anak2 dengan dunia mereka, jangan dilarang apa yang mereka buat selagi ianya tidak melampaui batasan sebab anak2 kecil ni baru nk berkembang minda dan bijak. So kalo dorang ni bergaduh, pastu ketawa, pastu bergaduh, itu perkara biasa..takkan nk suruh dorang menulis karangan, dok diam..jangan harap..so to ibu bapa (termasuk aku), bersabar je la dgn karenah anak2 ni..(kdg2 hilang gak sabar)...huhuhu..
Lagi satu sempena bulan Ramadhan, sedekah mmg dituntut, so x perlu lah nk berkira kerana ganjarannya nanti akan berlipat ganda..percayalah..
Dan berikut antara yang disampaikan berkaitan suami isteri..
Empat perisai suami dalam keluarga :
1- Memastikan prinsip Islam dalam keluarga terlaksana.
2- Menjadi tauladan yang baik.
3- Memastikan komunikasi yang baik
4- Memastikan keluarga lepas daripada azam api neraka
Suami yang bertanggungjawab perlu menjadi imam (terutama kepada keluarga terlebih dahulu).
Sungguhpun begitu, kaum wanita juga perlu ada perisai iaitu :
1- Berani berkata tidak (kepada perkara-perkara yang tak elok)
2- Jangan biarkan diri ditindas oleh lelaki.
3- Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin.
So, itu je lah antaranya..huraian lanjut tak reghti lak nk tulis panjang2 kat sini. Yang pasti, kaum suami tunggak membimbing isteri dan anak2 dalam keluarga. Apa yang suami buat adalah tauladan kepada yang lain.. Selamat Beramal!...Wallahualam...
No comments:
Post a Comment