Followers

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu 8 Mei 2011



Selamat hari ibu!!
Tahun ni seronok dan sedikit sedih. 
Seronok sbb anak2 dah semakin petah bercakap, dah bersekolah, dah pandai menulis dan melukis. Jadi hari istimewa ini dapatlah merasa pemberian daripada anak-anak walaupun hanya sekeping kad buatan tangan. Rasa amat terharu dengan usaha dan kreativiti dorang. Walaupun yang mereka buat tu adalah daripada 'arahan' guru, tapi sekurang-kurangnya inisiatif tersebut berjaya menjadikan mereka menghargai jasa seorang ibu.. 
Adam sekolah sabtu semalam (sekolah ganti sempena deepavali). Di sekolah cikgu mintak murid2 sediakan kad untuk ibu masing-masing. Balik je rumah, Adam bagi kat aku dan wish..terharu aku..tq adam...sangat cantik. malam tadi, nana tiba2 menghulurkan sekeping kad tuk mama dia jugak. rupanya dia macam tercabar sebab tengok adam bagi kad, dia pun nak juga..alhamdulillah ada rasa 'persaingan yang sihat' dorang ni..apa pun mama amat menghargai hasil kerja anak2 mama.

Yang sedih sebab kali ni papa xde kat rumah. So, xde sebarang wish daripada papa. Pada ketika ini papa masih lagi berada di Jakarta 'menebas' di sana bersama kawan-kawannya. Yang lagi mama sayu sebab bila baca facebook papa, ada plak dia bercerita pasal keseronokan di sana smpai ada satu statement bila kawan dia mengusik papa jawab "malaysia tu di mana?"..hamboiiii bukan main lagi..taula itu statement gurauan, tp membayangkan betapa happeningnya di sana kan...maknanya di sini sempat gak rupanya papa update status pagi tu, selain terlupa nk wish mama ni..

Mama ini pun sempat juga mencelah kat wall papa, "jgn lupa ucapkan selamat hari ibu kepada ibu2 di sana". tapi nampaknya papa masih lagi tak perasan itu satu perli bukannya betul mama nak papa wish dorang.. sbbnya papa balas "ok nanti papa sampaikan".....hmm.... xpelah...hanya mama je yang paham..

AKTIVITI MAMA SEMPENA HARI IBU-bawak anak-anak:
  • gi sarapan pagi
  • gi isi minyak
  • gi basuh kereta
  • gi giant beli brg dapur
  • gi gunting rambut adam
  • gi taman jaya
  • gi amcorp mall
kira penuhla aktiviti semalam..mama nk hepikan anak cuti hujung minggu dengan aktivit yang mudah dan mama tak perlu gi jauh2...

tp jauh disudut hati mama masih sayu sebab rindu kat papa..huhuhu...

2 comments:

Mask-roll said...

heheheh.... byk nye xtvt akak sempena hari ibu... hehehe

selamat hari ibu akak...

adlin linda said...

nama pun hari ibu..ibu la bnyk buat.. huhu

PENGUNJUNG

free counters

SMILE!!