Followers

Wednesday, August 3, 2011

Ketabahan Nana Berpuasa

Puasa Tauu...
Tahun ni mama berazam nak Nana puasa. Tahun lepas tadika, boleh dimaafkan lagi. Tapi kali ni no excuse. Dah darjah 1 ni boleh la start. Kalau tak bila lagi kan..

1 Ramadhan, Nana pertama kali berlatih berpuasa. Alhamdulillah walaupun pagi tu cuma minum susu+milo (hisap botol lagi minah nie.. hehehe), pastu mama suapkan secubit dua nasi ke dlm mulut dia dengan mata terpejam. Liat nak bangun. Tapi taknak paksa sebab 1st day kan.. 

Sebelum pergi sekolah,pesan kat dia jgn makan apa2 sampai petang. Tggu makan sama2 dgn mama papa nenek. Dia angguk ok je. Dalam hati mama ni nk je pesan, kalau tak larat, bgtau cikgu atau kalau tak larat balik sklh nanti bgtau nenek. Tapi Tak Mau!! Biarkan je tersimpan dlm hati sbb tak nak biasakan ada a"yat2 penyelamat" dan nanti nk tgk reaksi dia smpai petang.

Alhamdulillah smpai petang, nana dapat bertahan. Disebabkan nak bagi leka dia xyah pk nk buka, bwak gi bazar Ramadhan kat Sg. Besi. Bgtau dia nak makan apa, pilih. Sempena dia berpuasa hari tu..heheh..dia pun pilih air anggur, yong taufu n kueyteow grg..Ikutkan je asal x lebih sgt.  Balik uma siap2 mandi, dia tgk tv kat uma nenek. Ada gak nenek sms kat mama (sms tu, pd hal umah sebelah jer..heheh).Nenek bgtau nana nk buka puasa. Tp disebabkan masa tu mama ini telelap kat umah (sempat lagi tue)., so sms tersebut 'tak dilayan'... nasib baik gak sbb rupanya nana pun pastu tertido. nk dkt marib baru we all kejutkan..Alhamdulillah berjaya gak akhirnya dia berpuasa hari pertama.. Proud of her..

Hari Kedua...
Haa ni yg nk stori. Ada sedikit kelakar la. Pagi bukan main sahur beria2 mama suapkan dpt bnyk gak drpd smlm, siap minum teh, minum susu botol (wajib). Balik sekolah sekali lagi mama papa bwk gi bazar dkt ngan sklh dia je. Masa tu da merengek nk air. Nk bli yg pakai cawan..eh eh eh..jangannnn..tinggal bape jam je lagi..mama pun pujuk bwk gi giant. Papa balik uma, mama terus bwk dia. Mama gak kena 'pau' dia nk main game-layan, nak bli straw-layan, bli vitagen-layan...Balik uma dkt kul 7 gak, dia siap mandi, nak mintak air..mama of coz tak bagi sbb tinggal bape minit je lagi. Pastu suh la dia kapur kasut kedua yg baru dibasuh. 

Tak lama tu, mama gi mandi, dia gi uma nenek. Mama kuar toilet je, papa kata "Nana dah sedut vitagen"...hwaa.... mama terkedu, terkilan, tergelak etc!!! Rupanya kat uma nenek, dia da ngadap juadah..mana tahan beb...tak lama je pastu azan...kwang kwang kwang... mama rasa xpelah. mungkin masa nana sedut tadi tu pun, bilal dah tengah betul2kan mic, betul2kan sejadah, pastu mkn kurma dan azan.. (pandai2 je mama ni buat andaian--nak sedapkan ati sendiri...).. 

Mama pun tak reti nk kategorikan puasa ke tak tu sbb dah buka dulu sblm azan. Tp nenek kata kira x puasa..mama pun x kisahla at least nana dah cuba bertahan .... balik terawih nenek kata, kira puasa nana tu boleh diambil kira sbb dah dkt sgt time dia pun. (mungkin dia ada cerita kat kawan2 masjid masa terawih)

Mama harap pun camtulah..Takpelah Nana muda lagi..tu namanya berlatih..hari ni hari ketiga, harap, berjaya lagi ok nana! Nanti mama cari 'helah' lain lagi..tp tak mau kena 'pau' lagi!!! hehehe

No comments:

PENGUNJUNG

free counters

SMILE!!