Followers

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan!

Pic from google.com
Hari ni ngam-ngam 1 Ramadhan dan 1 Ogos 2011.
Menyambut Ramadhan dengan penuh bersemangat. Alhamdulillah kita semua dapat bersahur dengan keadaan yang aman damai, tenteram di Malaysia ini (patriotiknya!) heheh...
Yelah kita mesti bersyukur kan, dapat lagi bertemu dengan Ramadhan. Harap2 kita dapat menjalani ibadah ini hingga ke hujungnya. 

Cerita sikit pasal sahur pagi ni. 
Seperti tahun-tahun sebelum, aku n famili pasti bersahur bersama mak mertua. Anak-anak memang dah tiga2 tidur sana. So pagi2 aku masak nasi, mertua masak lauk. Pastu angkat periuk nasi bwk sebelah makan sana. hehe..macam tu la setiap ramadhan. Kadang gilir2 sapa masak nasi. Mertua ni tak suka makan nasi sejuk. Masak malam pun dia tak nak. Tetap nak yang masak pagi. Kita ikutkan je lah kan. 

Tahun ni jugak, nak melatih Nana berpuasa. Tahun lepas, dah lemak berkrim langsung tak puasa. Pagi ni kejutkan dia, punyalah liat. Apa pun, tarik jugak, dalam dia pejam mata, aku sumbat gak dua suap nasi. Ala..seciput je. Pastu dia tido balik sambil susu. Dah siang nak gi sekolah, berpuluh kali aku pesan jangan makan dan minum hingga petang ni. Duit sekolah pun tak bagi. Tak nak cakap apa2 langsung, even perkataan "kalau tak tahan, cakap cikgu, cakap nenek"...tak mo! Aku nk tengok keupayaan dia kali ni.. Kesian gak kan, hari pertama Ramadhan, dan pertama kali tuk dia nak puasa. Yang penting kita cuba sebaik mungkin melatih dia kan. Kalau tak bila lagi...

Semoga kami semua dapat beroleh keberkatan di Ramadhan ini, begitu juga dengan semua umat Islam di dunia... Banyak cabaran, harap kita semua dapat tempuhi... Amin...

No comments:

PENGUNJUNG

free counters

SMILE!!