Semalam (30 Mei 2010) Adriana & Adam turut serta dalam sukan tadika antara daerah (ye kot. sume yang di bawah JAWI/MAWIP?) Agak meriah lah. Guna perkataan 'agak' sebab keadaan tak berapa memberangsangkan sebab baru lepas hujan lebat malam sebelum tu. Katanya ribut taufan sampai khemah2 berterbangan dan lari daripada tempat yang sepatutnya. Nasib baik tak berlaku masa sukan semalam. cuma keadaan padang sungguh lecak. Penuh lumpur je budak2 tu termasuk la mak bapak yang hadir..
Budak-budak tadika ni paham2 je lah..nama pun budak2..so tak boleh lama2 dalam satu situasi. cepat boring. macam-macam karenah boleh ditengok masa tu.matahari da terik . yang menangis, yang lapar, yang nk tido pun ada (sebab dah penat) dan macam2 lagi. Nana & Adam tak sibuk nak balik sebab acara dorang belum habis. Mama n Papa terpaksa balik dulu sebab nk ajak MakTam gi lunch. Nana Adam lagi suka sebab dapat naik bas. Dekat kul 2 gaklah baru gi amik dorang kat sekolah. Hadiah takde lagi. Tak tau la mmg Nana & Adam tak berjaya dapat sebarang2 hadiah kot. Tapi tgk guru besar bawak bnyk pingat n hamper. Mungkin da naik sekolah nanti baru dibahagi2kan. Yang lebih penting, Adam & Nana seronok bersama-sama kawan dan hari cuti dapat diisi dengan aktiviti menarik. Hari ni dapat 'cuti peristiwa', Selasa baru sekolah balik. Nasib baik ada cuti, kalo tak, mesti dorang penat nyer..Yang dapat 'hadiah', mama dia lah. tgk je gambo kat bwh ni..hmm anak2 bertuah....
hepi nyer nana dapat join aerobik
Adam bersiap sedia bersarapan dengan roti di mulut..hmmm...acara makan roti ka?
'Hadiah' daripada anak-anak bertuah tuk mama dia..
No comments:
Post a Comment