Sangat2 terkejut dan sedih bila dpt tau kawan baik aku masa di UiTM dulu meninggal dunia. Dia meninggal hari Ahad 23 Januari 2011. Tapi tambah sedih berita ni aku hanya baru dapat tahu semalam. Kecoh seketika di antara kami menghubungi satu sama lain tuk dapatkan maklumat. Aku sendiri terus ke FB arwah nk tengok betul ke apa yang terjadi & kalau2 ada yg dapat beri info. Setelah puas mencari, seorang rakan cakap dia search je kat internet atas nama arwah "allya abu bakar", so terjumpalah mmg ada berita 'pemergian' beliau. Arwah meninggal sebab kemalangan ketika dlm perjalanan ke kuala lumpur. Aku sedih sangat sebab baru je dpt 'jumpa' arwah semula. Itupun daripada facebook. Tak sempat aku nk 'approach' dia bertanyakan khabar. Tiba2 khabar ini yg aku terima.
Menceritakan sedikit tentang arwah.., dulu di UiTM kami perah sebilik. Arwah seorang yang periang, 'nakal' tetapi amat frendly. Dia suka sakat kawan2 rapat dia. Lepas tu, mesti ada je gelaran yg terkeluar dari mulut dia tuk kawan2 dia, termasuk aku. Gelaran tu pulak akan melekat dan jadi ikutan rakan2 yg lain. Arwah juga seorang yang merendah diri walaupun kita tahu latar belakang dia dr keluarga yang agak senang (mudah kata berada). Terbayang-bayang pulak masa dia tengah rajin 'drill' (shorthand/trengkas). Dia mmg seorang yang tekun. Aku xleh nk cerita lagi pasal dia. Sedih sangat rasanya. Tambah plak lagi dia pergi meninggalkan suami dan tiga orang anak tersayang yang sedang membesar..
arwah dengan anak2 yg sedang membesar..sungguh kesian dengan mereka. |
Bila tengok gambar di atas ni..rasa sedih sangat. Teringat plak kat anak2 sendiri. Kalau la masa ni aku pergi meninggalkan mereka, apa jadi kat anak2 aku tu? Sedihnya tak dapat melihat mereka membesar di hadapan mata..Ya Allah betul2 insaf aku jadinya..
Buat Mastura, (rakan sepejabat)..Ya Allah tak sangka ko pun mengenali arwah ni..Kalau tahu, nak jugak akak join Mas gi tgk arwah hari tu..Tapi tak mungkin jugak sbb masa tu akak kat Melaka..huhuhu..amat terharu dengan kejadian ini. Kat bawah ni berita kemalangan melibatkan arwah.
2011/01/24
KUANTAN: Seorang wanita maut selepas kenderaan yang dinaikinya terbabas di KM46.6 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada 3.50 pagi semalam.Pegawai Turus Trafik Pahang, DSP Mohd Najid Jusoh, berkata Allya Abu Bakar, 33, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.
"Mangsa bersama suami dan tiga anaknya dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Suami dan anak mangsa hanya cedera ringan.
"Sampai di tempat kejadian kenderaan yang dipandu suami mangsa telah terbabas ke kiri jalan sebelum terjunam ke dalam longkang," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau berkata, nahas dipercayai berpunca apabila suami mangsa cuba mengelak kenderaan lain yang memasuki laluannya. - BERNAMA
Best Frend Allya. Kawan aku juga masa di Ui|TM Jengka dulu..MisNadia.. |
Allya, we gonna miss u..Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 beriman..al-Fatihah.. |
1 comment:
tula kak...biler tgk mcm nie..terpk turn kiter plak biler yer?? mcm mane?? sape nak jage anak? :(... xblh nk pk...
alfatihah tuk arwah...
Post a Comment