Followers

Friday, February 11, 2011

Adriana Demam

Nur Adriana satu-satunya puteri kesayanganku..
Semalam Nana balik sekolah terus baring kat sebelah aku masa aku tgh tgk tv. Dia sempat bukak tudung je. Stokin masih di kaki. Dia ngadu dia pening dan rasa macam demam. Dia kata kat sekolah agama dia xleh belajar, cikgu suruh baring. Aku rasa dahi dia mmg panas. Segera sms kat hubby, hubby suh g klinik dkt ngan umah. Biasanya aku tggu hubby tuk gi klini, tp kali ni xpelah aku bersiap terus je bwk smpaikan adam n adrian aku tinggal je kat mertua sbb nk cepat uruskan adriana. Tinggi gak suhu demam dia. Rupanya bila balik, Adrian dah mengamuk sebab kena tinggal..kesian dia..

Hari ni aku xleh plak nk emergency jaga Nana sbb kat opis ada mesyuarat agung koperasi. Aku rasa agak penting jugak sbb aku nk dgr amanat2 dan jwpn ahli lembaga terhadap laporan2 koperasi sepanjang thn lepas. Tawakal je lah mntk mertua tgk2 kan Nana sbb nampak ada kurang skit demam dia. Tghri td hubby inform gigi dia yang goyang dah tanggal sendiri. Aku rasa sebab tu lah dia demam..Alhamdulillah tak payah dia nk berhadapan dengan doktor tuk cabut gigi. Sblm ni dia menangis ketakutan.. 

Adriana ni one thing kalau bab gigi, mmg cepat sgt tumbuh. Dari kecik dulu, seawal tiga bulan, dia dah tumbuh gigi. Masa tu mcm tak percaya. Ingatkan nasi ke tertinggal kat gusi, rupanya mmg gigi. Jadi proses pembesaran dia pun nampaknya mcam tu gak, cpt betul 'patah tumbuh hilang berganti' hehhe..tp kes dia lum patah, dah ada 'pengganti' (gigi) tumbuh... Mama proud of u Nana...semoga nana pun membesar menjadi anak yg bijak sepantas tumbuhnya gigi tue... hehe apa kena mengenanya? lebih kurang lah tu... :D

No comments:

PENGUNJUNG

free counters

SMILE!!