Followers

Tuesday, February 8, 2011

Gigi Cabut, Ulser Mari!!

Kejadian berlaku pada 31 Januari 2011. Masa ni kat kampung lagi. Aku dah tak tahan sangat dah. Sakit gigi punya pasal, satu mulut terasa. Sakit gigi ni pulak dah seminggu sebelum tu lagi. Tapi malam tu dah tak tahan, gi gak klinik gigi. Dipendekkan cerita doktor pun suggest cabut gigi geraham bongsu tu sebab dah ada gigi nk tumbuh. Cerita punya cerita pasal kos, dia tawarkan harga RM350! Aku terdiam gak. Bagitau kat dia adik aku sblm ni pernah kena gak and buat kat situ gak, tp cost only RM80. Dia kata peralatan ni mahal, laser lagi dsb. Pastu dia kata ok, 2 batang gigi dia just amik RM300. Aku tak pikir panjang rasanya masa tu. Sbb aku konfiden mak aku yg tengah tggu kat luar boleh tlg tmbahkan duit tu, plus aku dah tak tahan giler sakit (masa ni pk lik kg nk bersuka ria, makan2 xnk ada masalah huhuhu).. So setuju, bermula lah proses mencabut gigi. Wpun dah di bius, mkn ubat lagi, tp masa nk cabut rasa mcm dia pakai 'ragum'. Dirodok2 gigi aku ni..Bergegar kepala aku. Yang jadi sakit gak, penyepit ke apa benda ntah tools dia tu terkena kat bibir aku. Bila aku kata sakit, dia kata, "tenang, lembut, lembut"..itu je yg dia ulang2. aku pun just try to be calm je la, tarik napas lepas (mcm nk bersalin la pulak hehehe...)

Selepas itu, aku mcm nak pitam. Manakan tidak, sebelum pergi tak makan apa2 sbb dah sakit sgt, tu yg bgn terus pusing kepala. Nasib baik mak aku yg penyayang lagi caring tu ada. Dia tak bg lgsung aku nk dukung anak aku masa tu sbb dia kata cabut gigi smpai 2 btg mau tak pengsan..hehhe..mekasih mak..

Balik umah, soknya bibir aku tadi tu dah terus jadi ulser...hwaaa bermula la episod sakit baru yg dtg..ubat tahan sakit n antibiotik tak dpt mengurangkan kesakitan aku..masa ni aku rasa nk je gi saman doktor tu... ubat pn mcm tak berkesan je. 

Hari ke hari sakit ulser makin teruk!! Sampai entri ini ditaip, masih sakit. Kalau letak ubat, bertambah pedih dan bisa smpai meleleh air mata..huhuu..cepat la baik...ulser datang, sakit gigi hilang seketika...tp masih sama, sakit masih juga ada....
pic from tooth-guru.com

No comments:

PENGUNJUNG

free counters

SMILE!!