Followers

Friday, February 18, 2011

Sibuk ke buat2 sibuk..

Lama gak tak buat sebarang entri. Sebenarnya agak sibuk dengan kerja. Terasa masa berlalu terlalu pantas. Kalau gi opis ni, dapat buat satu dua perkara je, sbb cam smlm 2 hari masuk kelas. Nak tak nak kali ni memang kena betul2 isi masa sebaik mungkin. Tiap2 hari berazam nk jengah je FB dan Blog, tp tau je lah kalo dah start bukak, ada je blog2 lain n fb2 lain yg nk dijengah..tu yg jadi masa panjang. 

Kalo kat umah plak skrg ni mmg tiap2 malam penuh. Boleh dikatakan start buat kerja2 rumah bermula 10.30 or 11.00 malam depends kul bape anak2 start tdo. Alhamdulillah, kalau ikutkan skrg dah jarang dorang tdo kul 12.30pm. Tapi sebaik drg tido, keletihan bermula. Nak start buat kerja pun kena rilex sat dulu amik 5-10 min tgk siaran 711 or 712 (hiburan hehhee)..pastu terus gerak iron, basuh kain or basuh pinggan. ok stop cerita tu sbb sblm ni rasanya da buat entri pasal ni. 

Tuk hari ni nk cerita pasal apa yg berlaku sejak pg tadi. Ada ceramah agama, then by right, skrg ni waktu rehat, aku nk buat slide tuk kelas next week. Esok plak ada mesyuarat plak kat opis (Tambahan aktiviti)..Hmm rasa tak menang tangan dengan nk buat benda2 lain lagi. senarai dah ada, tinggal nk buatnya bila..aku ni bab sediakan 'to do list'. mmg suka..sbb takut terlupa...pastu tak semualah boleh achieve satu hari..tp aku puas hati kalo ada yg dah selesai. Ok have to off now, nk sambung buat slide..(tp mcm nk tdo jap..huhuhu)..

No comments:

PENGUNJUNG

free counters

SMILE!!