Hari ni terlebih rajin skit buat smpai dua entry..hebat..
Seperti posting yg aku buat pagi td, aku ada mesyuarat agung koperasi hari ni. Bersemangat nak datang sbb nk dgr isu2 dan laporan drpd lembaga ttg prestasi koperasi..ada yg kata sbb elaun kehadiran..mgkin juga faktornya, tp yg lebih penting aku nk tgk camne board members nk menjawab persoalan2 daripada anggota yg 'aktif2' ni. Kalau ikutkan aku mmg plan nk bagi pendapat aku terhadap beberapa perkara yang dibentangkan, tp aku lum ada kekuatan tuk tampil ke hadapan memberikan pendapat. Tambah plak alasan aku dok jauh blakang, aku xnk org sume pandang ke arah aku (aku ni kan pemalu..ke perasan sendiri?) hehehe..
Nak dijadikan cerita, nasib baiklah aku tak bangun memberikan komen dan pendapat sbb akhirnya aku telah terlantik menjadi seorang daripada mereka (ahli lembaga)..adus..aku sungguh tak sangka. kawan aku tiba2 bangun mencalonkan nama. mula2 terkejut, tp buat rilex dan aku ckp kat dorang, takpelah buat penyeri majlis dan buat nama tersenarai je dalam minit mesyuarat akan dtg sebagai calon..(aku ni kan suka pk negatif) hehe..
Di akhir majlis bila pengumuman tu, mmg betul2 terkejut beruk lah..sape je lah yg undi aku nie...huhu..aku ditempat ke tujuh drpd lapan terlantik, dan drpd 12 org yg tercalon..hmmm not bad..kalo dah itu kepercayaan dorang kat aku, nampaknya aku kena tunaikan. Selama ni aku cuma tahu teori, kali ni aku mmg kena praktis lah..heee menggeletar seketika.. Harap2 aku dpt buat terbaik sebagai 'penolong setiausaha' ni..dan harap sgt mereka2 yg berpengalaman memberikan tunjuk ajar buat aku yg baru nk belajar.. Amin...
Apa pun tahniah Rohalinda..anggap ini rezeki yg datang. Aku kata rezeki bkn maksud sudut kewangan yer..tp rezeki untuk meningkatkan diri dalam kerjaya..mencari pengalaman baru...way to go!!!
No comments:
Post a Comment