Kenapa agaknya dengan blog aku ni..ada sesuatu yang tak kena. Aku masih lagi 'menggodeh2' blog aku yang tak seberapa ni. Maklumalah bila dah ubah itu ini aritu, ada plak yang tak masuk, tak 'ikut update'. Tu yang menghairankan diri aku sendiri yang tercari-cari di mana silapnya..Tak best betul macam ni..Nampaknya kena gak tanya pada 'pakar blog' jika sudi membantu..huhuhu sedihnya...
Tuesday, August 24, 2010
Monday, August 23, 2010
Cerekarama Emily
Hari ni berbeza sikit dari hari yang lain. Aku saja gatal2 tangan nk wat entry pasal cerekarama sabtu baru ni. Best gaklah cerita tu. Emily lakonan Nabila Huda & Uria (Adi Putra) ...Cute.Jarang nk ada cerita mcm ni. Dorang berkahwin sbb atas wasiat abg Emily. Walaupun mulanya masing2 tak suka, tp kalo dah kata dah disatukan, takkan takde lgsung perasaan sayang, betul tak. Dorang buat perjanjian akan kawin selama 6 bulan je sbb si Emily yang masih muda nk bebas. Suspen bila masanya yang ditunggu hampir tiba. We all (hsbd n me) sangka Emily akan mati (spt abgnya mati kerana cancer n bertahan 6bln shj)..mlm tu, sblm berpisah, dorang dinner bersama...masing2 taknak mengaku ada sayang..pastu dipendekkan cerita Emily blah n Uria merelakan walaupun terpaksa..tapi rupa2nya esok sblm Uria nk gi mengembara, si Emily tiba2 dtg balik...sbnarnya dia pun suka kat Uria...dorang pun berbalik semula...hehehe..mls la nk cerita lebih2..yg pastinya mereka tak jadi berpisah..nasib baik plak malam tu si Uria tak ceraikan isteri dia tu sbb ikutkan perjanjian, 6bln je, patut dia leh cerai..(kalo tak, tak jadi cerita...btl tak..) hehehe... cerita dongeng..(tp mgkin ada kisah benar, tak tahu!).
![]() |
| Nabila Huda, lakonannya tak pernah mengecewakan..amat berkesan.. |
Friday, August 20, 2010
Ceramah Agama "Suami Pembimbing Isteri"
Pagi selepas program bacaan Yaasin jam 8.30, satu ceramah agama telah diadakan di opis. Tajuk harini seperti kat atas nu ataupun boleh juga dikatakan 'lelaki sebagai pemimpin / pelindung kaum wanita'. So boleh la aku share sikit kat sini antara intipati yg telah Ustaz Hj. Abdul Rashid tu sampaikan.
Dalam ceramahnya aku tertarik bila dia kata tentang perangai anak-anak yang kadang2 memeningkan kepala ibu bapa. Katanya biarkan je anak2 dengan dunia mereka, jangan dilarang apa yang mereka buat selagi ianya tidak melampaui batasan sebab anak2 kecil ni baru nk berkembang minda dan bijak. So kalo dorang ni bergaduh, pastu ketawa, pastu bergaduh, itu perkara biasa..takkan nk suruh dorang menulis karangan, dok diam..jangan harap..so to ibu bapa (termasuk aku), bersabar je la dgn karenah anak2 ni..(kdg2 hilang gak sabar)...huhuhu..
Lagi satu sempena bulan Ramadhan, sedekah mmg dituntut, so x perlu lah nk berkira kerana ganjarannya nanti akan berlipat ganda..percayalah..
Dan berikut antara yang disampaikan berkaitan suami isteri..
Empat perisai suami dalam keluarga :
1- Memastikan prinsip Islam dalam keluarga terlaksana.
2- Menjadi tauladan yang baik.
3- Memastikan komunikasi yang baik
4- Memastikan keluarga lepas daripada azam api neraka
Suami yang bertanggungjawab perlu menjadi imam (terutama kepada keluarga terlebih dahulu).
Sungguhpun begitu, kaum wanita juga perlu ada perisai iaitu :
1- Berani berkata tidak (kepada perkara-perkara yang tak elok)
2- Jangan biarkan diri ditindas oleh lelaki.
3- Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin.
So, itu je lah antaranya..huraian lanjut tak reghti lak nk tulis panjang2 kat sini. Yang pasti, kaum suami tunggak membimbing isteri dan anak2 dalam keluarga. Apa yang suami buat adalah tauladan kepada yang lain.. Selamat Beramal!...Wallahualam...
Thursday, August 19, 2010
Gatal Tangan
Adoiyai..takde kerja cari kerja..entry 'gatal tangan' ni bkn sebab nk dapat duit, tapi sebab blog ni ler..Start semalam lah ni. Gatal sangat tangan ni menggodeh2 nk try template baru..so, ini lah jadinya blog aku akhirnya.. Jenuh nk menyusun atur balik benda2 dalam ni. Dah jadi 'caca marba'. Bukan apa, bosan dengan template yang lama. Aku ni dah jenis yang macam ni (cepat bosan), so tak leh nk kata apa lah...Harap-harap kali ni dapat bertahan ler...tgk yg ni pun not bad gak kan..(hehehe..puji diri sendiri la okeh!)
Friday, August 13, 2010
Salam 3 Ramadhan..
Member2 dah keluar soping, I dok diam2 je la kat opis ni mengemas folder2 lagi n sambil surfing net...
Thursday, August 12, 2010
Salam Ramadhan..
Agak terlewat tp boleh lagi la sbb baru msk hari kedua. So far so good..inilah masanya dok opis sambil kemas kini folder2 kat komputer. Betul2 menduga kesabaran bila komputer teramatlah slow...tnya bahagian IT nk tambah memory, melibatkan urusan pembelian plak. malas plak nk lalu mcm2 proses. so, buat lah sendiri buang file2 yg x berkenaan. mana tau sekurang2nya laju sikit pc..(kalau cara tu dpt membantu lah..).
Ptg smlm gi bazar ramadhan kat area rumah..ptg ni tak tau lagi..tgk pada kelapangan sat lagi..
Ok selamat berpuasa buat semua umat Islam...semoga pada tahun ni kita sama2 dapat menambah amal ibadah kita..Amin...
Subscribe to:
Posts (Atom)











