Followers

Tuesday, June 22, 2010

Rindu kat Blog


Rasanya terlalu lama tak menjengah blog ni. Cerita banyak kalau nk dikongsi. Tapi disebabkan terlalu sibuk dengan urusan keluarga dan kerjaya, tak berkesempatan langsung. So antara yang menarik berlaku dalam bulan Jun adalah seperti ringkasan di bawah ini...hehehe..

8 Jun 2010 : Ulangtahun Perkahwinan ke-7 pun rasa berlalu macam tu je. Kebetulan pulak masa tu anak2 tak sihat. Adrian sampai masuk wad sebab kahak dia tak hilang tu. 3 hari 2 malam dia stay kat Tawakal Hospital.  takpe lah eh pa kita tak sempat nk celebrate. nanti kita cari masa lain yang lebih sesuai.. Hadiah paling bermakna tahun ini; bersama-sama menjaga kesihatan anak-anak...

13 Jun 2010 : Satu famili balik Johor, sepupu sanding.
14 Jun 2010:  Bertolak ke Kota Tinggi atas urusan kerja sehingga 16 Jun 2010
19 Jun 2010:  Balik KL sebab nk uruskan rumah dan anak-anak yg akan menyambung sesi persekolahan.
20 Jun 2010:  Hari Bapa. Selamat Hari Bapa untuk ayah tersayang; terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan yang diberikan sedari aku kecil hingga kini. Buat suami tercinta, terima kasih kerana menjadi papa yang baik dan penyayang kepada putera dan puteri yang aktif dan lincah. Semoga papa diberikan kesihatan dan berjaya dalam apa juga yang papa laksanakan..

22 Jun 2010 : Hari ini dan semalam, bertungkus lumus perlu menyiapkan hal-hal untuk kursus luar lagi. Kali ni ada kem di Dusun Eco Resort, Bentong Pahang. Memandangkan rakan sepasukan semuanya sibuk, terpaksalah kita sebagai ketua program merancang sebaik mungkin persiapan yang perlu dibuat supaya tak ada yang tercicir nanti..fuhh..pening gak kepala memikirkannya..apa pun, THINK POSITIF. Benda susah akan jadi mudah jika kita fikir ianya mudah. (chewah ayat tuk motivasi diri sendiri..)

Thursday, June 3, 2010

Adrian tak sihat lagi


Kesian betul kat Adrian. Dalam pada dia nk meningkat naik ni, ada sj yg tak kena. Bdn dia sensetif sgt dengan keadaan persekitaran yang tak menentu cuacanya. Plak tu skrg ni dia nk tumbuh gigi geraham..jadi bertambah2 la sakitnya. Malam tadi aku asik terjaga sebab Adrian tak lena tido. Kerap merengek and macam ada je yang tak kena. setiap selang beberapa minit, mesti terbangun. last2 kul 4 lebih,aku nk mskkan dlm buai, dia pn bgn, tp tunjuk pintu..nk gi umah nenek. Tak boleh nk halang sbb dia da menangis2 je..Aku pun kejut hsbd ajak teman gi umah mak metua kat sebelah. Sebelum tu da sms kat dia ckp Adrian nk tdo sana. Dia ok je. Kesian gak ganggu tdo dia. tp kalo Adrian rasa lebih selesa tdo sana..biarlah asal dia bahagia..Lagipun aku da bagi ubat demam n kembung perut, harap2 dia boleh tdo lena masa tu.

Petang ni mungkin nk bawak dia gi rujuk kat spital. risau sgt sbb batuk n selsema dia nmpk x berkurangan. Baik amik tindakan segera sebab minggu depan plak aku ada kelas. So harapan dia sembuh segera..Amin..

Puasa Ganti

Tak lama lagi dah nk Ramadhan, baik aku start ganti puasa slow2. Hari ni tak de apa yang urgent sgt, so sesuailah buat ibadah ni...Semoga boleh bertahan smpai ke petang. Mlm td dinner maggie, then takde sahur pun..huhuhu...

Wednesday, June 2, 2010

Perabot MEI terbakar pd bulan JUN...

Tak sangka kedai perabot kat area umah aku ni (yang pernah msk Malaysia  Book of Records-sbb ada kerusi terbesar kat luar kedai), terbakar hangus! Tu pun pada mulanya langsung tak tau. Kawan opis (CP) yg bgtau dia dgr dr Hot FM. Pagi tu lalu area tu lgsg x toleh2 and tak perasan giler.. Balik ptg smlm singgah giant, baru la nmpk clear apa yg berlaku. Tu pun dpt snap gambo satu je. Tapi betul ke terbakar? Kedai punya la besar, macam mana dengan sistem kawalan dalaman dia? Takde ke langkah-langkah kecemasan jika berlaku kebakaran mcm ni? Ada yg kata sabotaj pihak tertentu ataupun owner dia sendiri. Semua terpulang kepada hasil siasatan nanti..Apa pun, pasni cari la tapak lain. Kat situ kureng sesuai...hehhe..

PENGUNJUNG

free counters

SMILE!!