Followers

Wednesday, March 30, 2011

Happy Belated Birthday to My Son; Adam Haris

Lebih kurang 6 hari telah berlalu semenjak tarikh Adam dilahirkan 24 Mac..Mama betul2 sibuk kali ni tak sempat pun nk update blog. Ni kepala mama tengah stuck/blank seketika, xleh nk pk hal kerja, tu yg amik kesempatan jengah blog ni jap.

Apa pun, realiti nya walaupun mama sibuk mcam mana, mama x lupa birthday anak2 mama. Sekurang-kurangnya mama dah buatkan juga majlis makan kecil-kecilan dgan kuarga kita, nenek, jiran dan kawan2 nana dan adam yg berdekatan ngan rumah kita kan. Pastu ada gak ole2 tuk kwn2 sekolah anak2 mama. Sebelum ni tak pernah buat. At least something la kan mama nk buat anak2 mama happy tu je..

Mama doakan adam menjadi anak yang soleh, jangan nakal okeh...... satu lagi jgn selalu sgt nangis, adam kan lelaki, kena kuat semangat.. mama tulis kat blog ni, tp mama pun da bgtau kat adam juga.. 

Ok, Mama love u so much!!!...

Wednesday, March 23, 2011

Happy Belated Birthday to My One n Only Lovely Daughter.. Nur Adriana

Happy belated birthday Nana. Sorry la Nana, birthday Nana kali ni jatuh pada hari bekerja. Kebetulan plak mama 3 hari ni mmg ada kelas. Tu yang terlalu bizi dan nk update blog pun tak sempat. Tadi baru je selesai, so jengahlah sekejap blog ni. Berkenaan hadiah Nana, nanti InsyaAllah mama carikan ok. Nana kan nk sgt buat makan-makan panggil kawan2 Nana, panggil budak2 ngaji tuk sambut birthday Nana. InsyaAllah mama akan buat hari minggu ni ye. Kita buat sekali dengan sempena birthday Adam juga.. Senang gak mama, anak2 mama ni lahir dalam minggu yang sama, dalam bulan yg sama. Cuma tahun je beza. Tu yang selalu mama kena perli ngan kawan2 kata 'pandai mama papa plan'.... ye la, pandai la sgt kan....
Mama doakan semoga Nana menjadi anak yang solehah, bersopan santun, hormat orang tua dan menjaga peribadi yang elok hingga Nana dewasa kelak. Nana kan anak sulung, semoga jadi contoh kepada adik-adik yang lain..
Ok lah nk balik..terlalu letih dengan persiapan yg perlu sebelum ni. Lega bila dah selesai tugas.. Tapi perjuangan belum selesai..banyak lagi kerja2 yang akan menanti esok.... Adiossss...

Nana seorang yang bijak, pintar dan petah berbicara..jangan nakal2 tau...

Monday, March 7, 2011

Ujian & Cabaran

Kisah ini berlaku minggu lepas sewaktu aku ditugaskan ke Pulau Pinang. Aku nak cepat ni tuk selesaikan perkara lain. So aku pendekkan cerita, pagi dah nak start kelas baru realise nota tuk edaran kepada peserta takde dalam box yang telah dipos oleh staff opis. Dahla dua slot aku, dua2 hari yg sama nak pakai (pagi dan petang), dua2 tu takde?!!!. Tersembul perkataan dari mulut aku "aik, nk sabotaj aku ke ni?" Bahagian printing tak masukkan hand-out aku. Mau tak cuak kan. Ligat kepala aku memikir apa plan nak buat. Mencari plan B  untuk ikut kesuaian kelas dan yg boleh dibuat rumusan dengan mudah...Last2 kuar gak idea..Tawakal je lah dengan apa yang bakal terjadi. 

Hmm... time aku kat depan, aku say sorry to peserta no hand-out n nak tak nak, dorang kena la tgk muka aku yg cun ni sambil dgr 'bebelan' aku... heheh..kelas petang pun sama, aku bagi intro skit, bagi gerak kerja tuk buat kumpulan, pastu dorang buat kerja..dalam masa yang singkat dorang kena fikir apa nak buat (pada hal cikgu dia lagi gelabah sebenarnya nk manage time)...tapi tu semua dugaan... aku cuba gak rilex dan alhamdulillah kelas berjalan dengan lancar...dan yg paling best sgt, aku puas hatilah..dengan peserta pun sporting abis, itu semua kira support aku gak.. Amin Thank You Allah...

PENGUNJUNG

free counters

SMILE!!