Followers

Tuesday, August 13, 2013

"Aku yang dulu bukanlah yang sekarang"

Sangat suka dengan ayat di atas. Sebenarnya itu tajuk lagu nyanyian artis kanak-kanak Indonesia - Tegar.
Mesti pernah dengar kan? Dia tengah popular sekarang ni, takkan tak kenal kan.
Hanya, kaitan lagu tu dengan aku, hmm..sangat kena..
Semenjak setahun tak jengah blog ni, sudah pasti, Aku yang Dulu, bukan aku yang sekarang......
hmm..dalam maknanya bagi aku...huhuhuhu...


 

inilah dia si cilik Tegar...all d best for him..sgt berbakat

Salam Lebaran 2013, Syawal 1434

Alhamdulillah,

Dapat jugak bertemu semula dengan my blog kesayangan ni.
Dah setahun rupanya tak update blog ni..rindu gak nak menaip..
Insyallah lepas ni akan cuba update lagi dari semasa ke semasa.
Berazam nak update lebih kerap walaupun hanya "sebaris ayat"... :)



Wednesday, July 25, 2012

Salam Ramadhan 1433-2012! Hari ke-5!

Assalamualaikum..

Wah lamanya tak jengah blog ni. Paling last masa nak raya 2011. Ini dah masuk Ramadhan pulak bg tahun 2012. Hampir setahun jugaklah tu..Hmm... tu lah kan. Hasrat nk update tu mmg ada, tp dalam hati je. Maklumlah kerja hakiki perlu diutamakan. Sekarang ni bila masuk Ramadhan barulah ada free time skit.

Ramadhan kali ni suasananya sangat berbeza. Tak perlu lah aku nak stori kat sini lebih-lebih. Cukuplah pengalaman ni aku sendiri yang lalui. Yang nyata, Ramadhan tetap berjalan, dan aku perlu teruskan berpuasa dengan azam nak tambah amal ibadah yang lainnya. Nak amik seberapa banyak peluang tuk tambah pahala dan berbuat baik, baiki akhlak dan didik anak-anak berpuasa.

So far antara adam dengan nana, Nana masih gigih meneruskan puasanya. Berbanding adam...hmmm makin lama makin keras badan kalau nak dikejut sahur. Hari pertama, tak puasa, hari kedua dia ikut gi bazar beli roti john. Balik rumah asik peluk roti tu, akhirnya ketahanannya gugur pada jam 7.15 petang...hmm lagi beberapa minit je nk berbuka. Tapi dah dialog dia kuar mcm ni "Adam dah tak tahan lah.." masa tu dlm mulut dah ada pun roti.. hehehe...mula-mula memang nak marah, tp cpt2 twist hati ni kepada cakap berlembut dengan dia. "ok Adam, xpelah kalau kali ni Adam tak tahan. Sok kita cuba lagi ye"...hmmm  boleh pulak mama ini menyebut perkataan tu tanpa nada tinggi. Kalau tak, aku lah yang paling baran and paling kuat mengaum dlm rumah tu..hahaha.. tapi since dah berniat kali ni nak didik dorang secara berhemah, i try to control myself ok.

Dalam pada nk didik dorang tu, aku sediakan jadual puasa. Harapannya supaya dorang ada rasa nak bersaing tuk berpuasa. Again, Nana bersungguh-sungguh and excited nak isi form tu dengan mewarnakan ruang kosong kalau dia berpuasa. Kalau tak puasa kena tanda pangkah or kosong. Adam? hmm hampeh. Nak jeling kat form tu pun, xde lah...jgn harap. Sebab dia tau dia memang tak puasa pun.. So agaknya buat apa dia nk bersusah payah kan.. Tu lah dia anak-anak punya keletah.



Wednesday, September 7, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011!

Hmm dah masuk hari ke-9 raya, baru leh nk update blog ni..
Apa pun nak wish kat semua umat Islam Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. 
Buat yang mengenali diri ini, maaf dipinta jika ada salah silap dan terkasar bahasa dan sebagainya lah..
Hari ni masuk hari kedua bekerja. Kerja buat jugak, tp 'puyeng2' skit. Maklumlah mood raya masih ada...
Ok tggu entri akan datang yang lebih menyengat..(sengat aku le..)..dah ada dalam fikiran, cuma cari masa yang sesuai tuk post.

Thursday, August 11, 2011

Programmer kah aku? iyo yo o...

Hari ni bersemangat nak upload website sebab semalam dah dapat source daripada budak praktikal tu.  

Tapi 'siaran tergendala', sebab ada yang lebih urgent perlu disettlekan.  

Modul Tadbir Urus BBA!!

Hwaaa.. bila nk selesai.. rasa dah boring tak siap-siap.. 

Sebab tu lah 'first come first', kan. Siapkan dulu, pastu boleh concentrate buat website ngan proses penambahan 'kod bidang' koperasi.. (ish..asik buat kerja admin je, bila nk study ni...)

buat web site ni pun kena amik masa kan.. sebab tu aku mintak kat  Cikgu Mastura nota yang dia pernah bagi kat peserta. aku plak nk study sbb dah lama tinggalkan benda ni. 

Kalu betul programmer, ok gak. Asik ngadap benda tu je. 
Ini kerja sampingan lorr..tapi demi tanggungjawab..perjuangan harus diteruskan!

Untuk persoalan adakah aku 'programmer'? rasanya nk buat website ni sesiapa pun boleh buat, asalkan ada minat, 'kuderat' boleh bertahan.. hehehe..yang penting kena ada ilmu...huhuhu..

Plan asal bulan Ramadhan nk kemaskini nota, file etc..

InsyaAllah ada masa lagi ni, harap semua perancangan berjalan lancar.... Amin..

Wednesday, August 10, 2011

Asik Kerja Menggali ......Letih wooo (ini bkn merungut aaa...)

Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ni dok opis diam-diam buat kerja-kerja admin..(admin la sgt).Tapi kebanyakan masa dalam minggu-minggu pertama ni memang tumpukan pada kerja koperasi! Kerja-kerja ni aku kategorikan sebagi 'menggali' iaitu yang perlu dibuat dengan mengkaji dulu dari akar umbi!.. Dengan baru amik tugasan ni, pastu dah beberapa tangan yang pegang, kita kena tau 'history' nya, pastu kat mana yg pending nya. 

Start hujung Julai aku memulakan pencarian maklumat untuk domain website koperasi. Pergh! Dia punya proses jangan cakaplah...lebih kurang serupa gak masa aku nk daptkan 'status bumiputera' tuk koperasi sebelum ni. Yang boleh dikata kat sini proses tu melibatkan beberapa pihak. Yang jaga sistem lain, hal2 pembayaran, pihak lain. Memang jenuhla..jap dah selesai ini, call pihak A. Pstu dah selesai yang tu plak, kena call pihak B plak. Lebih teruk kalau pihak A pass pihak B dan sebaliknya. 

Tuk dapatkan domain ni, kena berhubung dengan pihak Domain Registry. Adalah prosedur dia. Pastu tuk urusan kira mcm agentlah, kena pilih 'reseller' sendiri. Aku pilih JARING, sbb koperasi dah buat bayaran kat dia sblm ni. So bermula la episod asyik call customer servis jaring hal2 nak buat itu ini..adus...giler payah. (ke aku ni yang lembab, lambat paham?) Tak. Tak tak tak..Tak jugak... sbb aku, (tak nak kalah), tapi mmg mcmtu, kena satu persatu....ala..hai...bayaran pun kena lain2. Dengan Domain Registry tuk tahunan RM80 (now promosi RM40),tp bayaran kena masuk akaun JARING,  web hosting, kena bayar RM450 kat JARING.Dah selesai bayar, kena tggu respon plak dari both of them..so begitulah kerja aku ni. Ni pun tak settle lagi. Sebab pasni nk upload content kat site, tp content tu ada kat org lain plak. Again, kena call bdak tu. Td call tak jawab plak...Parah parah!!! Baru ni pulak JARING call smula ada yg tak lengkap pada maklumat resit bayaran sebelum ni..pastu talian terputus....huarggghh....camne dorang sblm2 ni buat kerja! kenapa tak buat betul2!!!!! Hampeh la...

Aku bukan xde kerja lain. Ni ha, yg sedang menunggu, kerja2 tuk selesaikan modul Tadbir Urus untuk program BBA. Walau pun ada buku Akta, UUK sumber SKM untuk rujukan, tapi masalah paling besar, nak dalam version English!!!! 

Kalau semua bahan tu ada, senang tinggal dapatkan dan taip. Ni plak dengan xde versi bahasa Inggeris, satu hal nk mentranslate..aku menggunakan gak kaedah google translation spt yg di ajar oleh Cikgu Mastura sblm ni. Kita pun tau kdg ada yg kurang tepat dlm translation tu, tapi bahasa undang-undang ni kena hati2 gak.  Salah translate jadi lain. Tak cukup dengan itu, SKM ni pulak..... padahal aku nak dapatkan maklumat sejarah penubuhan dia, visi misi nya dan yang seadik beradik dengannya. Tapi apa jadi? Dlm website dia, xde langsung maklumat tu dlm versi English!!!... Hwaa....sedihnya...

Oppsss..apa ni! Jangan sedih2. Jangan putus asa. Terus je cari sesapa yg ada di SKM. Teringat ex-staff yg kerja kat sana, tp dia bahagian HR. Cuma dia boleh dptkan no. bhg IT. Oklah. Respon yg dpt, dorang pun kata dorang xleh upload apa2, jika xde maklumat atau arahan yg diterima daripada pihak2 tertentu (soft copy la tu).Adoi..pikir punya pikir, carilah sendiri. agak2 kat bahagian Koprat kot. Pastu dpt contac plak, org tu jenis loyar buruk..hmmm jenuh melayan. Dia siap mention, ada problem dr segi translation. Drg pun tgh mintak dengan pihak Institut Terjemahan Negara. Wow! kalau dorang smpai mintak bantuan ke sana, means takkan aku sesuka hati nak translate kan..so, dia kata dia akan cuba dptkan hard or soft copy maklumat basic tu..

Dua tiga hari pastu aku call, x berjawab. hari ni call, dia kata dia terlupa..hwa hwa hwaaaa...betapala susahnya aku nk dptkan benda2 ni.......sbnarnya perkara kecik je..sejarah, misi visi..tp ... apsal nak dptkan payah sgt ni...

Lebih kurang begitulah masaah yg aku hadapi.. Aku buat kesimpulan kat sini, daripada mcm2 istilah yg aku pernah dgr, tp x pernah guna, minggu2 ni lah aku tahu kegunaannya...dapat ilmu baru. Aku bukan nak merungut, tp di dlm bulan yang mulia ini, mmg mintak sgt Allah permudahkan jalan tuk selesaikan mcm2 perkara. Lebih penting bila dapat selesaikan rasa kepuasan yang amat sangat. Cuma sebelum rasa puas tu, yg paling ketara adalah...KELETIHAN...minda terutamanya... betul la bagai di kata "BUKAN SENANG NAK SENANG"......chiayok chiayok!! Teruskan usaha (ceh mcm citer2 jopun + korea)...
Teruskan menggali Linda...'kekayaan' menanti di sana hehehe..
There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

Top 10 Members

PENGUNJUNG

free counters

SMILE!!