Followers

Monday, December 27, 2010

Sabtu yang Best

Selepas makan2 (pecal & nasi lemak air tangan sendiri), petang kitorang gi jalan2 kat titiwangsa. Adam sibuk nak main basikal. Tapi disebabkan basikal Nana plak pancit, so sume xyah bawak. nanti berebut.. Gi taman jap je dlm 1 jam, pastu terus gi klcc.. plan nk gi Petrosains bwak anak2 tuk abiskan masa dorang bercuti ni kan.. Tapi sampai sana, tutup sbb sampai pun dah kul bape masa tu. So, we all berjalan2 area situ ngan kat bawah tu je lah tengok air pancut. Punyalah ramai orang. maklumlah kan raya (chirstmas..)...Dah jalan2 jap, hujan gerimis, terus balik lah. Sebelum balik gi singgah tgk kawan papa eksiden, terlantar kat Hospital Pantai..tp takdelah terlantar apa..boleh berjalan, cuma bahu je problem.. Sian kat dia, sian kat bini dia yg kena uruskan anak2 yg dah nk sekolah..tu sume dugaan. kalo jadi kat aku pun, kena harungi gak kan..

source : suriaklcc.com.my

Jadi apa yang best Sabtu tu? Best sbb berjalan2, tak dok umah.. Aku ni kan suka berjalan2 walaupun just dpat round KL pun jadilah..Release skit minda...huhuhu..sekian cerita tuk minggu ni..puas aku dapat post 3-4 stori dalam satu hari ni..giler..dah buat kerja!!

Menu First Time In My Life!!

Minggu ni agak rajin skit. Cam biasa gi sarapan kat Sg. Besi, memang akan selalu lewat (10.30 pagi above), balik rumah,  terus  siap2 basuh ayam, ikan, simpan dlm peti. pastu sambung persiapan tuk buat pecal.!! 1st time buat nih. Ini pun 'beranikan' diri nk buat sebab dah ada 'kuah segera' beli masa gi utara hari tu. So, semua bahan telah dicelur..ini lah hasilnya.. yg makan pun aku sorang je..hubby tak minat, apa ntah lagi anak2...buat dua kali makan, tghri dan malam..nyum sedapnya...

Pecal Mama Roha..

Selepas buat pecal, kerajinan ditambah dengan buat Nasi Lemak!!! Orang makan nasi lemak sebelah pagi, aku buat tengahari buta, tapi tuk makan petang...taram je lah..masak nasi dulu..berdebar2 (org tak pernah buat, smpai camtu sekali..teruk betul aku ni..) Pastu yg lain, tu mudah je, grg ikan bilis, kacang tanah, rebus telur & buat sambal ikan bilis, timun..Nasi agak lembik sbb terlebih air la kot. Santan dah cukup, tapi konon2 nk buat bagi lembut, pandai2 je tambah air sendiri..Hasilnya,  jadilah jugak..nmpk menarik (di mata aku la..)..Pastu jemput en. hubby makan. suh dia baca Bismillah banyak2 bagi sedap lagi nasi lemak aku tu..hehehe..pastu dia makan..jeng jeng jeng..dia kata OK..(ok je? ) sedap.. dia kata tuk permulaan oklah tu..lain kali boleh perbaiki..tapi bestlah kan..dpt gak merasa nasi lemak air tangan sendiri..ahaks!!
 Alhamdulillah...
Pakej tinggal makan..nyum nyum...
Pakej untuk tambahan
Dapatlah bagi mertua rasa, pastu seronok tgk nana pun pandai makan. dia kata sedap..ye lah tu, nk membodek mama dia..tp kalo betul tak sedap, dia mmg takkan makan..hehehe...lain kali boleh buat lagi...

Orang Berbudi Kita Berbahasa

Benarlah ungkapan di atas tu kan..Benda ni dah lama berlaku. Tapi sebab gambar2 dikumpul tak sempat nk transfer. Baru hari ni ada kesempatan nk upload dan stori kat sini. So, aku buat sekaligus je la sambil stori sikit2 je apa yg berlaku k. 
Kat bawah ni hadiah daripada peserta kursus pendek :
Mula dapat bungkusan ni terbayang, dapat Emas kah? hehehe
Bila kuarkan sampul di dalam..dah dpt bayangkan lain pulak..jeng jeng jeng..
Inilah di dalamnya..kain pasang....cantik kan..pandai dorang pilih ikut kulit aku nie..

Yang ni plak ada kiriman daripada peserta MTCP Iran. Dulu dia dtg kursus kat sini, sebelum balik Iran, aku bagi sehelai tudung kat dia. Rupanya abang dia plak dpt join kursus ni, so dia kirim kat aku kacang pistachio..memang favourite aku..heheh..shukran..(eh itu bahasa arab kan..xpelah..)
Inilah pistachio tue..sedap banget.... i likeeeee...tq!!

Inilah pemberi hadiah tu from Iran, lupa plak nama dia..yg aku tau, aku nmpk gemuk, ahaks!! Tidak!!

Yang ini plak pemberian daripada peserta bisnes matching. Secara luarannya everthing nampak berjalan lancar..Tapi disebaliknya tu, tak perlulah kita nak ingat2..mana yang baik kita terima, yg tak elok, kita jadikan pengajaran..cuma kena lebih berhati2 dengan pihak2 yang pandai berpura2...ehm ehm..apa kes ni.. (syyyhhhhh..)
Parcel yang dibalut kemas..jeng jeng jeng



Tarrraa..ni dia..periuk stim..mcm2 tau je dorang ni aku nk diet..pasni leh la wat masakan stim2..xyah mkn kedai..Iyo yo oo..
So, itulah sahaja gambo2 yg sempat dimuatkan. Nak ikutkan ada lagi barang lain tapi takde lak dlm simpanan. Contohnya ada lagi kain pasang dapat masa gi Kamunting, Pastu ada dapat frame..mcam2 lagi lah..dorang ni mmg pemurah..yg nk menerima pun serba salah..tp org kata rezeki jangan ditolak..semoga murah rezeki dorang gak...

Keperluan ke Sekolah (sambungan cerita)

Inilah barang-barang sempat dibeli malam hari tu. Sebab pergi pun sebalah malam, jadinya masa berlalu begitu cepat. Tengah sibuk pilih kasut, dah kul 10pm. Tapi dapatlah gak beli barang daripada balik tangan kosong.  Kat sini hanya dapat ditunjuk sikit je gambar brg2 yg dibeli. Kasut, terlupa nk amik sbb anak2 dah bwk lari sibuk nk try. Dah sibuk2, lupa nk snap pic.

Pencil box, Color Pencil & Boto Air
 
Adrian pun tak ketinggalan, nak juga beli tuk dia. Apa yang Nana ada, dia pun nk juga. So, belikan pencil box ngan botol air...adoi..terbang duit..(utk Adrian, takpelah). Daripada dia mengamuk nanti kat situ, dah jenuh nk memujuk..Sebelum tu dah nmpk sorang budak pompuan ngamuk2, rupanya dia nk sgt beli beg & pencil box barbie. Ayah dia layankan je bwk brg tu kat kaunter, pastu tiba nk bayar, ayah dia suh cashier sorok bwh meja jgn bagi dia nmpk..Tak tahulah camne bila dia balik rumah tu nanti kan..kalau dia tak ingat, ok je..
Suka Adrian dpt apa dia nak. Nampak je diam, tapi boleh tahan....

Baju sekolah Nana, Alhamdulillah Nektam dah buatkan. Dan inilah hasilnya..Kira dah berjimat kat sini, tak perlu nak beli lagi...
Baju sekolah Nana ; Agama & Darjah 1

Sabtu gi beli tudung, stokin & baju sukan Adam. Tak amik gambar plak tuk bhg ini..heheh..

Friday, December 24, 2010

Mia Sara vs Adrian?

Adrian Ashraf. Seorang kanak-kanak lelaki yang comel dan encem..tapi disebabkan rambut dia panjang, ramai orang kata muka dia macam Mia Sara?  Hmm...nampak gayanya kena gunting rambut Adrian ni. Bkn sebab sama mcm Mia je, tp sbb dia dah mmg lelaki. Bila ramai dah tegur mcm perempuan, nanti jadi konflik identiti plak..heheh..Papa dia yg berkenan sgt nak rambut si anak ni panjang.. Bila mama bgtau kat papa bila nk gunting rambut adrian, dia kata "esok lah, sianglah, minggu depanlah", so lama2 tak tergunting rambut si anak tu. Tak taula smpai bila kan..Kesian gak bila tgk Adrian asik selak2 rambut dia yg asik masuk kat mulut dan dah menutup mata. Setakat ni dia tak pandai lagi nk komen sbb lum pandai cakap kan..hehehe....
Adrian tocang, dipadankan dengan kebetulan ada gambar mia sara pun lbh kurang sama.tapi tak serupa..hehehe..
Adrian Ashraf & Mia Sara



Wednesday, December 22, 2010

Cerita Percutian & Keperluan Sekolah Anak-anak

Seminggu lepas dah terpaksa meninggalkan anak2 kat mertua & hsbd untuk program bisnes matching tu. Kesian kat dorang dok rumah je. Nasib baik ada sepupu2 datang. So tiap hari kerja dorang bermain je lah..sorrylah, mama tak sempat nk bercuti tuk kita gi jalan2 & bermalam kat mana2 tahun ni. cuma hari tu sempat gi Desa Waterpark je. Ingatkan nk dok situ dari pagi smpai petang bagi peluang anak2 main air. Kami gerak dari umah kul 10 pagi dok sana smpai kul 1 tghri.. Disebabkan sepupu Nana kesejukan, so terpaksalah balik awal. Kesian gak kat dia yg tak main air mesti rasa bosan dok sorang2. Nasib baik Nana, Adam & Adrian tak kisah. Lain kali kita gi lagi ok..

Awal cuti persekolahan, dah tinggalkan Nana & Adam kat kampung. Tapi bertahan seminggu je sbb masing2 da sibuk kata rindu nk jumpa adik dia dan terutama nenek dorang yg kat sini. Selebihnya, memang anak2 dok rumah jer..

Takpe, malam ni nk gi cari barang2 keperluan anak2 nak sekolah pulak. Baju kurung nana dah ada 4 pasang. 2 pasang tuk sekolah agama, n 2 pasang tuk sekolah rendah. Tu semua Nek Tam dah sediakan. Sungguh baik Nek Tam bersusah payah buatkan tuk cucu2 kesayangan dia...Semoga Nek Tam dimurahkan rezeki..

Mama pun tak sabar nk gi beli barang2 sekolah anak. Tapi yg pasti, mesti kecoh anak2 nk itu ini. Harap mama dapat bersabar dengan karenah anak2 ni, dan papa dapat bertahan menunggu masa pemilihan barang2 tu nanti. (Sebab mama tau papa kureng sikit bab2 nk membeli ni), tp boleh lagi menunggu..bila agak lama sikit je, mula la papa berbisik, lama lagi ke?..hmmm..kadang2 terbantut gak mama nk memilih terus rasa nk balik je. tp selagi tak selesai nanti dah cari hari lain pun payah gak..Tp tuk malam ni tgkla camne. Pergi waktu malam, masa pendek. Mana yang sempat je lah nanti..

Barang-barang yang nak dibeli :

1.  Baju & Seluar sukan Adam
2.  Kasut
3.  Beg (perlu tak ek, sbb aritu masa konvo tadika masing2 dpt hadiah beg sorang satu)
4.  Stokin
5.  Tudung
6.  Alat tulis
7.  Pensil Color (yg ni wajib, Nana dah tagih je nk LUNA & yg besar) hmm....akan dipertimbangkan..hehe
Lain2? Mesti ada yg tak tersenarai akan dibeli gak.(jajan2 la apa lagi..)..
Terujanya mama!! Hehehe..
Gambar 'pinjam tak dipulangkan' drpd sharinginfoz.blogspot.com

Program 'Jalan-jalan bawak Peserta'

Lama tak ngadap blog ni. Ada jengah tapi asik ubah itu ini. Nak buat post tak berkesempatan. Tapi just nak tulis kat sini, aku baru je habis program Business Matching pada 12 Dis -19 Dis 2010. Satu Malaysia kitorang jelajah. Bermula dari Petaling Jaya ke Utara smpai Selatan. Antara perjalanannya macam ni lah ; Puchong, Teluk Intan, Sik, Kulim, Seremban, Melaka, Johor balik ke Kuala Lumpur.
Perjalanan yang sungguh panjang. Bawak peserta untuk dorang buat bisnes matching dengan koperasi2 yang lain. Kami ni jadi fasilitator je time bengkel yang diadakan setiap malam. Rasa letih jangan jangan cakaplah sbb dah TIAP-TIAP hari asik kerja naik turun bas. Itu dikatakan letih fizikal. Mental pun lebih kurang gak. Maklumlah, kita kena 'teamwork' waktu2 mcm ni..kami berempat ni rilex je. yang penting kerja jalan.....

Friday, November 12, 2010

Seminar @ Grand Dorsett Hotel , Subang

Minggu ni agak sibuk. Bermula daripada last week ada kelas. Pastu balik kampung melawat ayah yg tak berapa sihat (Jumaat - Ahad). Gi Jeram Selangor daripada Isnin -Rabu. Semalam ada kat opis. Ni tgh stdby n ready nk ke Subang pulak sebab ada seminar. Cuma kali ni aku lega sikit sebab tak jadi kordinator. Cuma membantu je. Sblm ni dah bnyk kali jd penyelaras mmg pening kepala, rasa hidup stress. Macam2 nk pikir A-Z..Orang akan cari kita tuk dptkan maklumat or nk bagi arahan (tu yg kebiasaannya lah). Tp kali ni pun pembahagian tugas pun banyak.Setiap orang ada task.

Harap berjalan lancar dan cpt balik..heheh (lum pergi, tapi tak sabar nk balik--asik tinggal anak2 je bulan ni..kesian plak)

Hepi Besday Adrian!!

Walaupun lewat sehari, tp masih segar lagi tarikh Adrian dilahirkan. 11 November 2008. Dengan tarikh semalam, 11/11/10, adalah hari bahagia tuk Adirian. Dapat je kek semalam terus melompat2 smpai terkena jari kat kek tu.. tergamam seketika dia (terkejut kot) hehehe..

Apa pun, jap je Adrian dah 2 tahun. Mama tgk Adrian lambat sikit pandai ckp drpd kakak dan abg dia, tp 'mengarah' pandai.. Dia akan bawak tangan or tunjuk orang, apa yg dia nak. Kira bagi isyarat la..pastu lately pandai lak 'cari pasal' ngan kakak abg dia. Dah elok2 kakak dia baring kat bantal, dia lak sibuk2 dtg tepis2 suh tepi..pastu dia yg menangis melalak selagi tak dapat. Nak tak nak, yg tua lah kena mengalah.. Kalau benda2 lain dia tak dpt pun, dia mula nk memberontak kejar sapa yg dia geram smpai dpt. Dah le kecik, pastu frust sendiri tak dpt..hahaha..

Mungkin Adrian terpengaruh dgn sifat2 abg dan kakak yg suka berkelahi, tapi bagi mama dr sudut yg lain gak, sume tu menunjukkan Adrian NORMAL.  Boleh luahkan emosi, aktif & bijak. Daripada Adrian pasif diam je, nanti mama pun risau...heehehe..cuma mama doakan jgn terlebih2 nakal smpai ke besar yer.. Mama juga doakan Adrian sihat selalu..

Hepi Besday Adrian.. Love u so much!!

Tuesday, October 26, 2010

MAGIKA mmg MAGIK!

Suke suke suke..sgt dgn filem ni. daripada jalan cerita, para pelakon, termasuk lagu2nya....nk beli CD!

Friday, October 15, 2010

'Jari Ayam'

Benda ni aku dah share kat facebook aku. Tapi nk gak share kat blog ni.

Kisah (chewah 'kisah'..) berlaku masa menjaga anak2 tak sihat. Masa tu suapkan dorang makan nasi berlaukkan ayam masak kicap (mak mertua yg masak..hehehe).
Nak jadikan cerita masa suapkan turn Adam, tiba2 aku terjerit kesakitan. Apa lagi, aku besarkan biji mata aku kat dia..Belum cakap apa2, dia dah bersuara..

"Sori mama..adam tak sengaja..adam ingat jari mama tu ayam............"

Hehehehe..nk tergelak aku dibuatnya..tp aku control je nk menunjukkan yg aku 'marah' kat dia..Adam pulak tersengih2 sendiri pastu buat2 tak tau....Anak..anak...
 

Thursday, October 14, 2010

Nana Kena Buang 'Pagar' lagi


nana  : mama, sian kat adam. 
mama: kenapa?
nana  : gigi dia dah goyang. nanti dia takde gigi lain..
 
(nana risau sbb gigi dia plak, sblm yg lama tanggal, gigi baru mesti dah standby nk kuar plak )


Smalam terpaksa cabut gigi nana walaupun tak goyang sbb gigi baru dah tumbuh. Takut nanti berlapis, tak cantik lak gigi dia. Masuk ni dah dua kali nana kena cabut gigi dengan cara mcmtu (cabut sbb gigi standby dah 'dtg').

cuma semalam kesian kat dia. smpai kat klinik gigi tiba2 dia jadi takut. peluk mama langsung tak nak lepas. menangis2 ketakutan. sblm ni ok je. tak tau apa ada dlm fikiran dia. mgkin gak sbb gigi yg ni tak goyang tp kena cabut. jenuh gak nk memujuk. last2 nk bg dia leka, papa tunjukkan video cartoon sang kancil dgn buaya 'tru' blackberry papa..tu pun dia teresak2 lagi..Alhamdulillah pastu berjaya gak gigi dia dicabut dgn selamat..hehehe..

Tak pasal-pasal mama dia pun kena dok sekali kat kerusi tu sebab kena riba nana yg merengek...

Tuesday, October 5, 2010

Mama, Manusia Boleh Terbang Tak?

Smlm selepas balik kerja, nana dtg ke bilik terus tanya soalan.
Nana : Mama, manusia boleh terbang tak?
Mama: Tak boleh. Nape nana?
Nana : Kan bagus kalau manusia boleh terbang, nana boleh pergi sekolah lebih cepat sampai, tak payah tggu papa hantar....
Mama : ......

Friday, October 1, 2010

Sukarnya Nak Disiplin

Ada cerita pasal 'aku gemuk'. tp ada kerja pulak nk buat. save dulu entry ni..huhhu

Wednesday, September 29, 2010

Selesai Kerja

clipartof.com
Seronoknya dah settle tugasan. Satu selesai, ada lagi yg menunggu. Itulah lumrah kalau bekerja..Layan....

Wednesday, September 22, 2010

Baru Nak Mintak Maaf?

Raya tahun ni mmg beza giler ngan tahun2 sebelumnya. Manakan tidak, raya pertama di Melaka takde air???? Aduh...sakit kepala sekejap. 
Kisahnya mcm ni. Satu hal, terbangun lewat (kebetulan lak 'cuti'). So, sesapa yg bangun awal (terutama golongan warga emas pastinya), dptlah mandi. Aku anak beranak ni? Hmm..ok lagi la kena gak tawakal menunggu kalo2 ada air..Hubby & abg ipar? 
Langsung tak mandi!! Hahahaha..hari ini dalam sejarah dorang gi solat raya beriya2 pakai baju melayu baru, kantoi... tak dptlah nk mandi...gosok gigi basuh muka je...
My biras mencari alternatif ke rumah jiran tak jauh dr rumah (area bwh bukit skit). Alhamdulillah ada gakla air walaupun kecik. So, we all cpt2lah tumpang mandi kat sana. Lega giler & rasa nikmat dpt mandi..fuuhhhh!!!Dah balik rumah, bersiap dgn pakaian raya, tak lama ada air..hsbd n ipar mandi...
Nak jadikan cerita tak lama pastu, dtg 'segerombolan' (sedara mara hsbd), serbu rumah..masa tu baru je lepas sesi tangkap gambo..ingtkan pastu nk bersalam-salaman. Dah jadi gitu, terpaksalah postpone bersalaman.
Bila bersalaman? Raya ketiga masa nk bergerak ke Johor (sebelah aku)..Masing2 nk tergelak..tp 'layan' je lah..satu lagi terlupa masa tu.. ..Aku dan suami? Masih lagi tak bermaafan..so bila?
Hmmm...pada 19hb (11 Syawal), barula aku bermaafan dgn suami..hmm teruk betul..nk tmbh teruk lagi, masa nk tido baru teringat. Sbb soknya nk gi kerja, pk punya pk cm ada yg tak kena. Rupanya tulah dia..So masa tu dgn lbh kurang mamai2 nk tdo, sama2 mntk maaf...hehehehe...teruk 'banget'...tak nak aku buat lagi benda ni thn2 akn dtg..nasib baik 'sempat' kan..yang lebih penting masing2 tau tanggungjawab..hari2 'gaduh' pun dah mintak maaf, cuma masa raya kena lebih lagi..hehehe..sekianlah stori aku di hari raya nie...huhuhu

Monday, September 13, 2010

Pembunuhan Kejam

Dalam kesibukan umat Islam menjalani ibadah puasa, kita dikejutkan dengan kematian jutawan kosmetik terkenal Datuk Sosilawati. Umum pun tahu, beliau dripukul, dibunuh dan dibakar. Pembunuhan yang amat kejam sekali. Apa pun, kita serahkan je kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan kes ini. Apa yang pasti dalam meraikan lebaran, rakyat Malaysia mmg sentiasa menantikan perkembangan terkini kematian yang mengejutkan ini. Takziah kepada keluarga.

Thursday, September 9, 2010

Beraya di Melaka

pic. taken frm : http://ahmadalikarim.wordpress.com/
Hari ni hari terakhir bersahur tuk tahun ni bersama keluarga di Melaka. Pas sahur, isi duit raya dalam sampul tuk belah suami. Belah aku postpone sbb nk ngadap facebook n blog ni jap. Gitu gini rupanya da dkt kul 7 pagi gak. Nak lelap jap lah sblm sambung 'tugas-tugas' sok hari..terkenang gak kt kg halaman. Apakan daya dah 'perjanjian' raya ketiga baru leh balik johor..huhuhu...

Duit raya tu tuk sapa cepat, dia dapat!! hehehe..

Tuesday, September 7, 2010

Sedihnya nk ucapkan selamat tinggal..

Hari ni hari terakhir bekerja. So, inilah masanya tuk aku mengambil kesempatan memohon maaf secara 'virtual' di facebook dan blog ni tuk rakan taulan yang mengenali. 
Walau macam mana pun, rasa terlalu sedih bila Ramadhan nk meninggalkan kita. Adakah tahun hadapan kita berpeluang menemuinya kembali. harap2nya dapat. Dan semoga amalan tahun ini diterima oleh-Nya..
Salam Lebaran untuk semua....

Monday, September 6, 2010

Melayan Blog 'Doa Buat Alanna'

http://mayyonnizz.blogspot.com
Seawal pagi tadi khyusuk juga melayan blog ni. Tercetusnya nk sgt melawat blog ni berikutan kawan sekerja yang kehilangan puteri tersayang. Hsbd yg syorkan ke laman ini. Ternyata sungguh sedih, terharu dan bermacam lagi perasaan timbul bila baca tulisan si ibu.Sangat2 tersentuh hati ni bila membaca kisah2 beliau bila berhadapan dengan suasana ketiadaan si kecil.

Kesimpulannya, bukan mudah untuk kita melupakan orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita selamanya. Macam aku ni kalau org tersayang berjauhan dua tiga hari pun aku dah tak leh dok diam, inikan yang pergi tak kembali. Apa pun bukan nk menidakkan qada' dan qadar', tp perasaan itu mmg normal wujud dalam setiap diri kita, betul tak. Orang yang kuat dan tabah sekalipun akan terasa kesannya. Apa pun aku doakan arwah Alanna Qish dicucuri rahmat dan tenang di sana..Al-fatihah..

Thursday, September 2, 2010

Cepatnya Masa Berlalu...

mesra.net
Terasa cepat sgt hari ni dah 23 Ramadhan? Betul la orang kata "masa yang berlalu takkan kembali".. Seperti entry aku sblm ni, apakah amalan yg telah aku lakukan sepanjang Ramadhan ni? Rasa terla...lu sedikit..Sedih sangat..(dah tau bnyk kali, tp tak nk amik tindakan ke?.....) So, skrg ni masa yg tinggal lagi sikit ni aku segera menghabiskan juzuk yg telah dibahagi2kan bersama rakan sebelum dtg yg sebulan sekali tu.. (tut..)..Rumah pun masih 'berantakan'. Persiapan tuk anak2 hampir complete dan yang lain2 tugasan di pejabat tak dilupakan, perlu dibereskan!! (nanti dah sibuk nk beraya lagi...) Wake up!!
 
Ingat lima perkara sebelum lima perkara :
MUDA SEBELUM TUA
KAYA SEBELUM MISKIN
LAPANG SEBELUM SIBUK

HIDUP SEBELUM MATI

SIHAT SEBELUM SAKIT

p/s : Takde mood lagi nk dengar lagu raya beriya2!!... huhuhu


Wednesday, September 1, 2010

Perginya si cilik di bulan mulia

Semalam aku digemparkan dengan berita pemergian anak rakan sekerja. Yang menyedihkan, anak ini adalah seorang puteri yang berumur lbh kurang 2 tahun 9 bln. Apa yg aku dpt tau, anak ini baru baik demam, ptg smlm mntk susu botol kat ibu. Baring sebelah ibu, tak lama dia macam menggeliat, pastu mata dah terus ke atas. Si ibu ingatkan dia tersedak susu, dia tepuk2 sikit bdn anknya tu. Tapi sayang, anak dah terkulai.. Masa gi ziarah tadi, suasana amat mengharukan. Si ibu tak dapat menahan perasaan.. Terus dia sebut "anak saya dah tinggalkan saya"...dan dgn2 perkataan lain lagi..masa tu pun dah disabarkan dengan keluarga terdekat. Pastu masa nk cium anak, sekali lagi dia bersuara, "manja, kenapa tinggalkan mama!"..Rasanya masa tu seolah2 dia nk suruh anak tu bangun semula. Tapi dah tak boleh nk buat apa2..Dah takdir dia pergi dulu...

Mungkin bila kita tgk, kita rasa tak patut dia meratapi anak smpai mcm tu. Tapi nak buat macam mana, keadaan masa tu dia dah dengan dunia dia. Kalau kita sendiri pun tak tahulah bolehkah kita tabah atau sebaliknya. Kami semua yang datang hanya mampu memerhati dan menangis sbb mmg tak tahan. Kebetulan hari ni tak berapa sibuk so, kami datang dengan satu bas besar, van, pajero lagi, kereta lagi....Alhamdulillah ramai yang bersimpati..

Bayangkan je lah. Macam mana kita tak terasa, sbb kita sendiri adalah ibu. Kita ada anak2 yg lebih kurang sebaya dgnnya. Kalau kita tak ada anak sekali pun, kita akan tersentuh dengan keadaan ini. Peringkat umur inilah dia tgh nk kenal dunia dengan keletahnya yg mcm2. Di tambah dia pergi selang beberapa hari je lagi nk sambut lebaran. Persiapan sudah  tentu disediakan oleh ibu. Dah tak tahu katanya nk buat apa dengan baju2 tu, dah tak sanggup nk lihat baju2 tu nanti..baru semalam si kecil ada di sebelah, hari ni sunyi tanpa gelak tawa dan suaranya..sungguh sedih la..aku jadi emosi lak arini huhuhu..semoga rohnya di cucuri rahmat dan semoga si ibu tabah dengan dugaan ini....Amin..

Thursday, August 26, 2010

16 Ramadhan...Berapa banyak amalan kita?

image source : syue1802.blogspot.com
Hari ni genap 16 Ramadhan..cepat betul masa berlalu...aku terfikir sendiri, apakah amalan2 yg telah aku laksanakan sepanjang tempoh tersebut. Rasa terlalu sedikit amalan kita. Bnyk kerja2 rutin biasa. Tapi aku dapat tahu, itu semua pun termasuk sebagai ibadah juga kan. Ibadah umum. 

Walau macam mana pun, tak boleh berlengah, Ramadhan semakin cepat nk pergi. Aku mesti tingkatkan amalan, dan buat perkara2 yg lebih berfaedah.. :D 

Buat masa ni nk dgr lagu raya pun, lum ada mood sgt. Tak rasa lagi seronoknya..nk hold dulu..ada perkara yang belum diselesaikan..Aku bukan baik sgt. tp ni untuk muhasabah diri aku sendiri. For sure setiap tahun kita nk ada peningkatan dalam diri kita kan....Selamat beramal semua...

Tuesday, August 24, 2010

Surat Cinta?

Skrg ni kan musim mengemas rumah sempena nk menyambut Syawal (tapi sbnarnya patut sblm2 ni pun dah kena mengemas).  Nak dijadikan cerita, masa mengemas barang2 lama tu, terjumpa plak surat2 ni. Banyak giler. Kebanyakannya masa aku belajar di IPTA. Macam2 surat ada. Dari kakak sendiri, kawan2 sekolah dan tak kurang juga 'admirer' hehehe..yg aku admire org pun ada. Heeheee..tergelak sendiri bila tgk perangai aku masa tu. Mmg suka giler tulis surat sebagai salah satu hobi mengisi masa lapang. Bila kemas ni rasa sayang sbnarnya nak buang. Tp bila tgk balik, kalo simpan pun buat jadi penyakit je sebab dah buruk2 n hampir reput dek kena air banjir (simpan di kg, bawah katil lagi tue.. hehehe)..Surat2 tu bnyk memberi kenangan. Takdelah surat cinta pun..cinta monyet? pun takde rasanya..Ada satu yang paling aku suka drpd seorang teman yg masa tu bergelar 'abg angkat'..Tak pernah putus mengirim berita. Akhirnya khabar berita hilang mcm tu je. Sedih gak. Tp pk balik, skrg ni aku dah ada orang yg lebih aku sayang. 

So tu sume kisah silam je. Tak perlu lah diungkit lagi..Orang tu pun ntah ke mana. Tapi aku kenal diri aku..aku tak pernah 'declare' dengan sesapa. sume tu hanyalah 'kawan tp mesra'. Yang benar2 aku berani 'declare' adalah ex-classmate aku masa di UiTM, iaitu hsbd aku yg ada skrg ni!! My forever love...hehhee....Dia pun tau pasal surat2 ni. Tapi takdelah nk membaca..Aku pun berani tunjuk sbb dia sporting..Don't worry honey, u r the only one in my heart now!!.

Blog blog blog

Kenapa agaknya dengan blog aku ni..ada sesuatu yang tak kena. Aku masih lagi 'menggodeh2' blog aku yang tak seberapa ni. Maklumalah bila dah ubah itu ini aritu, ada plak yang tak masuk, tak 'ikut update'. Tu yang menghairankan diri aku sendiri yang tercari-cari di mana silapnya..Tak best betul macam ni..Nampaknya kena gak tanya pada 'pakar blog' jika sudi membantu..huhuhu sedihnya...

Monday, August 23, 2010

Cerekarama Emily

Hari ni berbeza sikit dari hari yang lain. Aku saja gatal2 tangan nk wat entry pasal cerekarama sabtu baru ni. Best gaklah cerita tu. Emily lakonan Nabila Huda & Uria (Adi Putra) ...Cute.Jarang nk ada cerita mcm ni. Dorang berkahwin sbb atas wasiat abg Emily. Walaupun mulanya masing2 tak suka, tp kalo dah kata dah disatukan, takkan takde lgsung perasaan sayang, betul tak.  Dorang buat perjanjian akan kawin selama 6 bulan je sbb si Emily yang masih muda nk bebas. Suspen bila masanya yang ditunggu hampir tiba. We all (hsbd n me) sangka Emily akan mati (spt abgnya mati kerana cancer n bertahan 6bln shj)..mlm tu, sblm berpisah, dorang dinner bersama...masing2 taknak mengaku ada sayang..pastu dipendekkan cerita Emily blah n Uria merelakan walaupun terpaksa..tapi rupa2nya esok sblm Uria nk gi mengembara, si Emily tiba2 dtg balik...sbnarnya dia pun suka kat Uria...dorang pun berbalik semula...hehehe..mls la nk cerita lebih2..yg pastinya mereka tak jadi berpisah..nasib baik plak malam tu si Uria tak ceraikan isteri dia tu sbb ikutkan perjanjian, 6bln je, patut dia leh cerai..(kalo tak, tak jadi cerita...btl tak..) hehehe... cerita dongeng..(tp mgkin ada kisah benar, tak tahu!).

Nabila Huda, lakonannya tak pernah mengecewakan..amat berkesan..

Friday, August 20, 2010

Ceramah Agama "Suami Pembimbing Isteri"

Pagi selepas program bacaan Yaasin jam 8.30, satu ceramah agama telah diadakan di opis. Tajuk harini seperti kat atas nu ataupun boleh juga dikatakan 'lelaki sebagai pemimpin / pelindung kaum wanita'. So boleh la aku share sikit kat sini antara intipati yg telah Ustaz Hj. Abdul Rashid tu sampaikan.

Dalam ceramahnya aku tertarik bila dia kata tentang perangai anak-anak yang kadang2 memeningkan kepala ibu bapa. Katanya biarkan je anak2 dengan dunia mereka, jangan dilarang apa yang mereka buat selagi ianya tidak melampaui batasan sebab anak2 kecil ni baru nk berkembang minda dan bijak. So kalo dorang ni bergaduh, pastu ketawa, pastu bergaduh, itu perkara biasa..takkan nk suruh dorang menulis karangan, dok diam..jangan harap..so to ibu bapa (termasuk aku), bersabar je la dgn karenah anak2 ni..(kdg2 hilang gak sabar)...huhuhu..

Lagi satu sempena bulan Ramadhan, sedekah mmg dituntut, so x perlu lah nk berkira kerana ganjarannya nanti akan berlipat ganda..percayalah..

Dan berikut antara yang disampaikan berkaitan suami isteri..

Empat perisai suami dalam keluarga :
1- Memastikan prinsip Islam dalam keluarga terlaksana.
2- Menjadi tauladan yang baik.
3- Memastikan komunikasi yang baik
4- Memastikan keluarga lepas daripada azam api neraka

Suami yang bertanggungjawab perlu menjadi imam (terutama kepada keluarga terlebih dahulu).

Sungguhpun begitu, kaum wanita juga perlu ada perisai iaitu :
1- Berani berkata tidak (kepada perkara-perkara yang tak elok)
2- Jangan biarkan diri ditindas oleh lelaki.
3- Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin.

So, itu je lah antaranya..huraian lanjut tak reghti lak nk tulis panjang2 kat sini. Yang pasti, kaum suami tunggak membimbing isteri dan anak2 dalam keluarga. Apa yang suami buat adalah tauladan kepada yang lain.. Selamat Beramal!...Wallahualam...

Thursday, August 19, 2010

Gatal Tangan

Adoiyai..takde kerja cari kerja..entry 'gatal tangan' ni bkn sebab nk dapat duit, tapi sebab blog ni ler..Start semalam lah ni. Gatal sangat tangan ni menggodeh2 nk try template baru..so, ini lah jadinya blog aku akhirnya.. Jenuh nk menyusun atur balik benda2 dalam ni.  Dah jadi  'caca marba'. Bukan apa, bosan dengan template yang lama. Aku ni dah jenis yang macam ni (cepat bosan), so tak leh nk kata apa lah...Harap-harap kali ni dapat bertahan ler...tgk yg ni pun not bad gak kan..(hehehe..puji diri sendiri la okeh!)

Friday, August 13, 2010

Salam 3 Ramadhan..

Pagi ni opis wat bacaan yassin followed by ceramah agama till 11.30 am. Rehat 12.15 pm..Dari rumah plan, macam2 nk keluar cari barang keperluan rumah time rehat tu.Tapi last2..nak ikut member2 keluar, xde mood plak sebab masalah kesihatan. Batuk2 satu hari ni teruk sangat. Pagi tadi mmg isi perut sahur dah keluar dah. Pas cermah td pun sama, sakit perut makcik ni sbb terpaksa 'mengeluarkan yang takde'. Apa tu? (air liur ler..sbb da takde isi..) hehehe...Harap2lah dapat bertahan sampai petang..Muntah tak sengaja tak pe kan..
Member2 dah keluar soping, I dok diam2 je la kat opis ni mengemas folder2 lagi n sambil surfing net...


Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan..

Agak terlewat tp boleh lagi la sbb baru msk hari kedua. So far so good..inilah masanya dok opis sambil kemas kini folder2 kat komputer. Betul2 menduga kesabaran bila komputer teramatlah slow...tnya bahagian IT nk tambah memory, melibatkan urusan pembelian plak. malas plak nk lalu mcm2 proses. so, buat lah sendiri buang file2 yg x berkenaan. mana tau sekurang2nya laju sikit pc..(kalau cara tu dpt membantu lah..). 

Ptg smlm gi bazar ramadhan kat area rumah..ptg ni tak tau lagi..tgk pada kelapangan sat lagi..
Ok selamat berpuasa buat semua umat Islam...semoga pada tahun ni kita sama2 dapat menambah amal ibadah kita..Amin...

Monday, July 26, 2010

Tak semua perkara kita boleh kongsi..

Saya budak baru belajar. Itulah ungkapan yg biasa kita dengar. X payah jauh2. Ini lebih kepada diri aku sendiri. Aku baru2 gak dlm tahun ni berjinak2 ngan blog ni. So aku berpendapat walaupun blog ni sesuatu yang baik,banyak perkara boleh kita luahkan, tapi sebenarnya tak kesemuanya boleh didedahkan di blog. Kenapa? Anda ada jawapannya. Salah satu daripadanya adalah kerana dlm blog, kita ada follower, kalo x pun orang lain di luar sana akan singgah di blog kita (tu pun kalo ada yg nk singgah). Jadi kat sini, perkara seperti kegembiraan kita, tak ada masalah kita nk share. Tapi kalau hal2 lebih kepada perasaan kita, aku yakin tak semua boleh dikongsi di sini. 
Dan itulah yang terjadi kat aku pada hari ni. Aku ada banyak perkara yang terpendam di hati ni. Tak tau mana nk luah dan macam mana keadaan aku pada masa ni. .Perasaan tu macam2, bercampur baur. yang pasti bnyk pada negatif sehingga aku rasa tak seronok dan tiba2 timbul perasaan kosong. Nampaknya kepada diariku juga akhirnya aku luahkan. Ada kebaikan dan keburukan kalau kita menulis ni. Bagus untuk melepaskan perasaan, bagus untuk mengimbau kenangan. Tapi kalau kenangan itu menyakitkan, perasaan sakit hati pun akan datang semula. So, lebih jgn ditulis. Tapi kalau itu salah satu cara untuk melepaskan perasaan dan tekanan (sebab dah cuba gak nk ceriakan diri tp x berhasil)..rasanya elok gak menulis...
eee..apa aku merapu ni? Tapi ini lah luahan rasa aku untuk hari ini..lain2 tu, biarlah tercatat dlm diariku saja..Hanya aku dan Dia saja yg tahu..(why suddenly i feel so sad....hwaa...)

Thursday, July 8, 2010

Adriana baca sajak?

Bulan ni agak sibuk sebab berderet kelas. Skrg ni pun tengah kelas. Tapi sebab peserta sedang buat discussion, kita pun jengah la jap kat blog ni. Minggu depan cuti ada urusan di kampung. So dapatlah sekali berehat dan menenangkan fikiran (hopefully)..

Ingat nak bawak anak-anak sekali, tp memandangkan dorang sekolah (walaupun baru sekolah tadika), tak sampai hati plak nk suh dorang cuti sbb amik masa 3 hari.Kebetulan plak Adriana skrg tgh sibuk berlatih untuk penyampaian sajak di sekolah. Bersungguh-sungguh nmpk dia berlatih. Tiap2 malam mmg tolong gak dia menghafal skrip tu. Nk membaca sendiri dia lum pandai sgt lagi....So proud of her!!

Tuesday, June 22, 2010

Rindu kat Blog


Rasanya terlalu lama tak menjengah blog ni. Cerita banyak kalau nk dikongsi. Tapi disebabkan terlalu sibuk dengan urusan keluarga dan kerjaya, tak berkesempatan langsung. So antara yang menarik berlaku dalam bulan Jun adalah seperti ringkasan di bawah ini...hehehe..

8 Jun 2010 : Ulangtahun Perkahwinan ke-7 pun rasa berlalu macam tu je. Kebetulan pulak masa tu anak2 tak sihat. Adrian sampai masuk wad sebab kahak dia tak hilang tu. 3 hari 2 malam dia stay kat Tawakal Hospital.  takpe lah eh pa kita tak sempat nk celebrate. nanti kita cari masa lain yang lebih sesuai.. Hadiah paling bermakna tahun ini; bersama-sama menjaga kesihatan anak-anak...

13 Jun 2010 : Satu famili balik Johor, sepupu sanding.
14 Jun 2010:  Bertolak ke Kota Tinggi atas urusan kerja sehingga 16 Jun 2010
19 Jun 2010:  Balik KL sebab nk uruskan rumah dan anak-anak yg akan menyambung sesi persekolahan.
20 Jun 2010:  Hari Bapa. Selamat Hari Bapa untuk ayah tersayang; terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan yang diberikan sedari aku kecil hingga kini. Buat suami tercinta, terima kasih kerana menjadi papa yang baik dan penyayang kepada putera dan puteri yang aktif dan lincah. Semoga papa diberikan kesihatan dan berjaya dalam apa juga yang papa laksanakan..

22 Jun 2010 : Hari ini dan semalam, bertungkus lumus perlu menyiapkan hal-hal untuk kursus luar lagi. Kali ni ada kem di Dusun Eco Resort, Bentong Pahang. Memandangkan rakan sepasukan semuanya sibuk, terpaksalah kita sebagai ketua program merancang sebaik mungkin persiapan yang perlu dibuat supaya tak ada yang tercicir nanti..fuhh..pening gak kepala memikirkannya..apa pun, THINK POSITIF. Benda susah akan jadi mudah jika kita fikir ianya mudah. (chewah ayat tuk motivasi diri sendiri..)

Thursday, June 3, 2010

Adrian tak sihat lagi


Kesian betul kat Adrian. Dalam pada dia nk meningkat naik ni, ada sj yg tak kena. Bdn dia sensetif sgt dengan keadaan persekitaran yang tak menentu cuacanya. Plak tu skrg ni dia nk tumbuh gigi geraham..jadi bertambah2 la sakitnya. Malam tadi aku asik terjaga sebab Adrian tak lena tido. Kerap merengek and macam ada je yang tak kena. setiap selang beberapa minit, mesti terbangun. last2 kul 4 lebih,aku nk mskkan dlm buai, dia pn bgn, tp tunjuk pintu..nk gi umah nenek. Tak boleh nk halang sbb dia da menangis2 je..Aku pun kejut hsbd ajak teman gi umah mak metua kat sebelah. Sebelum tu da sms kat dia ckp Adrian nk tdo sana. Dia ok je. Kesian gak ganggu tdo dia. tp kalo Adrian rasa lebih selesa tdo sana..biarlah asal dia bahagia..Lagipun aku da bagi ubat demam n kembung perut, harap2 dia boleh tdo lena masa tu.

Petang ni mungkin nk bawak dia gi rujuk kat spital. risau sgt sbb batuk n selsema dia nmpk x berkurangan. Baik amik tindakan segera sebab minggu depan plak aku ada kelas. So harapan dia sembuh segera..Amin..

Puasa Ganti

Tak lama lagi dah nk Ramadhan, baik aku start ganti puasa slow2. Hari ni tak de apa yang urgent sgt, so sesuailah buat ibadah ni...Semoga boleh bertahan smpai ke petang. Mlm td dinner maggie, then takde sahur pun..huhuhu...

Wednesday, June 2, 2010

Perabot MEI terbakar pd bulan JUN...

Tak sangka kedai perabot kat area umah aku ni (yang pernah msk Malaysia  Book of Records-sbb ada kerusi terbesar kat luar kedai), terbakar hangus! Tu pun pada mulanya langsung tak tau. Kawan opis (CP) yg bgtau dia dgr dr Hot FM. Pagi tu lalu area tu lgsg x toleh2 and tak perasan giler.. Balik ptg smlm singgah giant, baru la nmpk clear apa yg berlaku. Tu pun dpt snap gambo satu je. Tapi betul ke terbakar? Kedai punya la besar, macam mana dengan sistem kawalan dalaman dia? Takde ke langkah-langkah kecemasan jika berlaku kebakaran mcm ni? Ada yg kata sabotaj pihak tertentu ataupun owner dia sendiri. Semua terpulang kepada hasil siasatan nanti..Apa pun, pasni cari la tapak lain. Kat situ kureng sesuai...hehhe..

Monday, May 31, 2010

Mengamuk, Pijak Anak

Sungguh terpanggil dengan tajuk di Harian Metro pasal wanita China, mengamuk sebab dituduh mencuri handset. Sebagai tindakan drastik, boleh plak dia lepaskan anak di pangkuan dia ke tanah pastu pijak? Hmm ni betul2 agresif punya tindakan dan tak fikir panjang. Kesian betul dengan budak tu. Atau, tu bukan anak dia? Takde hari dan perasaan betul. Kot ye pun nk tunjuk protes kat orang ramai tu, jgnla sampai anak jadi mangsa. Mesti dia tertekan giler dengan orang2 sekeliling yang menekan dia..Kalau budak ni tgk gambo tu masa dia besar nanti, apa lah perasaan dia kat mak dia gaknya...

Akhirnya ibu ini sendiri ditahan mungkin disebabkan tindakan dia tu. Jelaslah, 'marah membawa padah' (bkn pada org sekeliling je, tp pada diri sendiri..) Kalau terjadi kat Malaysia ni..tak taula apa nk jadi..Nauzubillah...

Adriana & Adam Bersukan

Semalam (30 Mei 2010) Adriana & Adam turut serta dalam sukan tadika antara daerah (ye kot. sume yang di bawah JAWI/MAWIP?) Agak meriah lah. Guna perkataan 'agak' sebab keadaan tak berapa memberangsangkan sebab baru lepas hujan lebat malam sebelum tu. Katanya ribut taufan sampai khemah2 berterbangan dan lari daripada tempat yang sepatutnya. Nasib baik tak berlaku masa sukan semalam. cuma keadaan padang sungguh lecak. Penuh lumpur je budak2 tu termasuk la mak bapak yang hadir..

Budak-budak tadika ni paham2 je lah..nama pun budak2..so tak boleh lama2 dalam satu situasi. cepat boring. macam-macam karenah boleh ditengok masa tu.matahari da terik . yang menangis, yang lapar, yang nk tido pun ada (sebab dah penat) dan macam2 lagi. Nana & Adam tak sibuk nak balik sebab acara dorang belum habis. Mama n Papa terpaksa balik dulu sebab nk ajak MakTam gi lunch. Nana Adam lagi suka sebab dapat naik bas. Dekat kul 2 gaklah baru gi amik dorang kat sekolah. Hadiah takde lagi. Tak tau la mmg Nana & Adam tak berjaya dapat sebarang2 hadiah kot. Tapi tgk guru besar bawak bnyk pingat n hamper. Mungkin da naik sekolah nanti baru dibahagi2kan. Yang lebih penting, Adam & Nana seronok bersama-sama kawan dan hari cuti dapat diisi dengan aktiviti menarik. Hari ni dapat 'cuti peristiwa', Selasa baru sekolah balik. Nasib baik ada cuti, kalo tak, mesti dorang penat nyer..Yang dapat 'hadiah', mama dia lah. tgk je gambo kat bwh ni..hmm anak2 bertuah....

hepi nyer nana dapat join aerobik

Adam bersiap sedia bersarapan dengan roti di mulut..hmmm...acara makan roti ka?


'Hadiah' daripada anak-anak bertuah tuk mama dia..

Hadiah Ikhlas Peserta

Mama rasa terharu sangat kat peserta kursus yang datang. Dah menjadi budaya pulak sejak dari dulu, dorang ni kalau datang kursus, mesti di hari penutup tu ada je 'buah tangan' tuk cikgu2 dorang. Kita lak selaku fasilitator rasa segan nk terima sebab ilmu yang kita bagi tak de lah sebesar mana. Yang lebih penting adalah ilmu tu nanti dorang praktik dan amalkan bila balik berkursus. Tapi orang kata 'rezeki jangan ditolak'. Takkan nk 'bergaduh' plak kat depan tue kata xnk terima hadiah kan..cuma ktorang2 sume yg kat sini mengharapkan janganlah benda ni nanti jadi isu pada orang2 lain yg tak bersetuju dan rasakan ini satu kemestian. So far ok je kan...Apa pun, terima kasih utk dorang sume. Harap2 pemberian tu ikhlas dan jemputlah dtg lagi jika sudi!!...(Nanti bos kami bising kalo xd peserta...ssyyyhhh....)
Luar, so cute...

Dalam, inilah isinya...lagi cute..Tq!!




Air yang Tenang Jangan Disangka Tiada Buaya



Eeeee....ngerinyer!!! Nasib baiklah sume tu dah berlalu..Sempena Hari Wesak baru ni kan cuti umum. We all balik Melaka. Macam biasala kalo balik, takkan melepaskan peluang bermandi manda di Pangkalan Balak. Kitorang ni anak beranak jenis suka bermandi-manda, kecuali si Adrian ni nmpk dia ada takut2 sikit. Aritu gi Desa Waterpark pun dia xnk mandi (kecuali direndamkan oleh Pa & Ma dia ni). Padahal masa ngandungkan dia 5 bulan, mama dia ni mcm lupa diri mandi kat pantai Teluk Batik. Ingatkan dia nanti lahir jd 'antu air'..rupanya sebaliknya..

Ok cerita pasal pantai Pangkalan Balak tadi.Kali ni mama tak mandi. Hanya memerhatikan anak2 je bermain pasir..Orang pun tak ramai mandi sebab air pasang. Ramai plak yg memancing kali ni, so port biasa kitorang da ada orang amik..

Papa & Adrian di 'tengah' laut..(sbnarnya gambar je close up hhehe...)

Diringkaskan cerita sumenya berjalan lancar sehinggalah kami balik ke kl. Baru mlm td papa jmp kwn dia yg dok kat melaka gak, (Tok Rahmat) dia kata beraninya kitaorang gi pantai tu. Rupanya dia kata baru-baru ni ada BUAYA?!!!

 Macam ni ke rupa buaya tu bila ke pantai? eee...

Sebab tu tak ramai sgt orang mandi (terutama org kampung yang dah tahu). Kalau ada pn, orang luar. Katanya lagi da ada binatang yg jadi mangsa disambar buaya tu. (gulp!)..Tapi betul ke. Jarang dgr buaya ada kat pantai. Bkan tak percaya kat Tok Rahmat, sebab kdg dia suka berlawak. Tapi malam tadi dia serius bab tu. Kalo dia tipu, aku tak taula kan.. Lagi satu hal, kalau betul, patut benda tu di war-warkan sebelum ada plak manusia yang menjadi mangsa. Mungkin dorang xnk sebarkan sebab nanti xde pelancong datang, or memang betul2 dorang tak tau..Hmmmm apa pun... aku rasa lega  sgt2 n Alhamdulillah masa kitorang gi tu xde apa2 berlaku..Dulu Adriana pernah kena ampai2 waktu2 kecik, tu pun kitorang tak serik2 nk gak dtg lagi..Sebab da jadi kebiasaan kan..Lagipun xnk adriana fobia sgt.

konklusinya...Alhamdulillah we all selamat....(Nasib baik tau, SELEPAS bersuka ria...hehehe..)

 Makan tetap makan....(kalau masa ni da dpt, tau, mungkin xd selera makan ..hehehe..)

Thursday, May 27, 2010

Tindakan yang Berani

Alhamdulillah akhirnya hari ni aku rasa lega sebab dapat meluahkan rasa yang terbuku di hati.  Selama ni aku hanya memerhatikan orang lain yang memberikan komen, pandangan atau luahan. Tapi kali ni aku telah mengambil langkah berani menampilkan diri di khalayak untuk meluahkan rasa ketidakpuasan hati. Bukan bertujuan untuk membangga diri, tetapi untuk menyokong dan memberikan pandangan peribadi. Lantaklah orang nk cakap aku da naik tocang ke apa ke. Jadi geram sgt sbb statement 'kita bkn nk menuding salah sesiapa, tp nk cari jalan penyelesaian'. Tapi kalo dah berkali-kali mention Penyelaras Kursus or SUK tu, bkn ke itu ditujukan kepada seseorang? N Random survey. Bape bnyk 'random' yg di sebut tu, sedangkan aku tau, aku la yang dimaksudkan. Sori eh..kali ni aku kena 'tembak' gak person yg buat statement2 tue..kalo tak smpai bila pun aku nk dipijak. Aku bercakap berdasarkan fakta dan pengalaman. Bukan pakai sedap mulut je. Korang-korang gak yg membuatkan aku jadi lebih berani. Aku bukan aku yang dulu..itu yang korang nak, itu yang korang akan terima..sekian terima kasih. kepada yang tak faham apa yang aku bebel ni, xpelah..ini sekadar luahan rasa aku tuk hari ni....WELL DONE LINDA! (biarla aku puji diri aku sendiri..)

PENGUNJUNG

free counters

SMILE!!