Followers

Friday, January 22, 2010

Aku bengang!

Biarla aku luahkan di sini je untuk kepuasan diri aku sendiri. Ni sume pasal artikel aku tuk sah dlm jawatan. Walaupun da msk tahun ke-4, aku masih lagi mcm ni. Aku akui semua ini memang silap dari aku sendiri. aku pun x tahu kenapa payah benar aku nk menyiapkan artikel yg bagi orang lain mungkin xd masalah utk buat semua ni. Sejarahnya bermula mcm ni;

Oklah aku tahu utk sah jawatan, aku perlu gi induksi umum dan khusus. then sbg penambahan jabatan, setiap pegawai latihan kena buat artikel. so dlm tempoh tiga tahun, mesti selesai.
ok tahun pertama 2006 aku xdpt nk siapkan sbb aku baru melangkah ke alam pensyarah. so aku terlalu sibuk dan terlalu bnyk yg aku perlu pelajari lebih2 lagi kena menumpukan perhatian pada program diploma.

thn 2007, aku diarahkan tuk menjadi ketua unit di samping menjadi pegawai latihan. bayangkan dengan keadaan aku yg masih baru sbg pensyarah, kemudian menjadi ketua kepada 10 org staf (yg sblm ni pernah menjadi rakan sekerja aku)..bukan satu perkara yang mudah..  sekali lagi aku terlepas peluang untuk menulis kerana terlalu mengutamakan tugasan yang lain

tahun 2008 aku sepenuhnya menjadi pegawai latihan dan aku mula mengambil peluang tuk menyiapkan artikel.sekali lagi dugaan buat aku datang. aku disahkan mengandung. tapi bknla nk jadikan itu alasan aku x sempat buat. aku gagahkan buat walaupun dalam pantang..ntah da malas nk ingat sbb terlalu bnyk halangan. yg aku tau aku buat, tp xdpt nk masuk keluaran tersebut sbb da terlalu lewat dorang nk tggu sedangkan aku masih edit drpd yg dorang komen. ok fine

2009 sekali lagi aku ditakdirkan sakit sehingga hampir sebulan lebih terpaksa berehat. dlm masa yg sama buat juga artikel bila da sihat. then, perkara yg sama. again x dpt masuk sbb yg sama, dorang nk hantar percetakan, aku 'miss d boat'. ok..sekali lagi aku upset n sbb dah siap, terpaksa cari sumber lain yang nk terlibat dengan penerbitan dan penulisan. ku hantar juga artikel ku mana tau kalau2 laku. tp sampai skrg tiada jwpn drpd pihak terbabit. rasanya mmg xleh nk kuar sbb tema da lari n dah jadi 'lapuk'. isu tu da x lagi dibincangkan.  another thing, tulisan pun 'caca marba'.

penghujung 2009, aku try lagi to achieve dorang punya jadual tuk next keluaran..ok bertungkus lumus aku nk siapkan. satu hal aku ni mmg tersangat lemah dlm penulisan ni. wpun bnyk sumber rujukan yg aku gunakan,tp aku x reti nk olah n buat benda2 ni.
ok ini pulak kronologi masa nk submit artikel yg baru.
- 24 november, aku hantar spt diminta, setelah hantar dorang reply akan edit
- 9 disember, dorang kembalikan artikel tuk edit n aku edit
- 22 disember, aku hantar kembali mengikut apa yg diedit. wpun tarkih sbnar penghantaran spatutnya 16 disember, tp mmg kwn2 aku yg lain pun hantar pd tarikh yg lebih kurang sma sbb xd kesempatan nk edit. pastu, masa ni dorang xd pun komen suh tambah lagi ke, buat semula ke or sebagainya. so then senyap, aku assume sume on proses sbb biasanya benda ni akan keluar sekali dgn bahan2 promosi mkm.
- 24 disember, aku remind kat sorang peg. pusat tu bgtau apa yg aku buat, aku just follow apa yg editor komen n aku pun da tepu x tau apa nk isi.

masuk 2010!!
- ingatkan sume da beres, then ;
- 7 Jan, sorang pegawai mntk artikel yg da di edit tuk emel kpdnya. knapa baru mntk. nape x mntk dgn peg yg sy da emel? apa yg x kena. never mind i just gave it.
- 18 jan, dipanggil. katanya ada penambahbaikan. aku diminta ubah segera sbb dorang da nk cetak? apa ni, ingtkan da settle. da nk cetak baru nk panggil suh betulkan. beri masa 3 hari kena hantar semula. ingt sikit ke nk betulkan. start from zero! kata my article x relevan?!!! bengangnya! ok demi kebaikan, buat je lah.
berhempas pulas siang mlm x lena tdo buat benda ni je. tugasan lain postpone dlu. smpaikan on;
- 21 jan. buat kat rumah sbb kat opis xd privacy. plan nk msk lewat. then tiba2 kena sakit kepala n muntah2 diikuti ada cecair kekuningan n sedikit darah. so x larat nk smbung, gi klinik, dpt mc. bila da balik xdpt buat sbb anak2 da mula nk perhatian. ditambah dgn mslh laptop, aku terpaksa la jugak gi opis taip kat sana. dok smpai kul 7 lebih siapkan benda ni wpun Tuhan je tau sakit2 cmne. Janji nk submit on kul 5 pun da xdpt sbb still buat masa tu. ok fine, just emel. berbunga2 hati ini dpt siapkan n pada hemat diri ini that one better dr previous.
-22 jan, dpt tau ada lagi yg x penuhi spek...AAAAAAAAAAAAAAAArrrrgggghhh!!! rasa nk menangis, nk menjerit. aku x tau aku ni so stupid ke dlm buat benda2 ni. sume yg aku tulis tu betul2 rubbish ke. bukan ke aku da follo sume yg diminta? aku x taula. katanya sbb tuk pengesahan jwtn, perlu lebih teliti...Owwhhhh..aku rasa masa tu nk je ckp, xpelah just cancel je benda2 tu..aku pun da x sanggup nk buat lagi. ada satu statment yg aku x berapa nk gemar. dia seolah2 menyalahkan aku sbb aku lewat? %^$#^&**!!!!
aku buat mcm nk pecah kepala, korang yg da nk cetak baru nk suh edit, what d $%^^!!!!
ee...gerammmmm
-so finally akau da mmg betul2 pasrah. skrg ni serah je kat takdir, kalo dpt keluar artikel tu dptlah. aku da bgtau person 'in-cas' kalo ada apa2 nk baiki n perlu aku bantu, aku bantu. kalo rasa nk ubah, ubahla ikut kesesuaian n citarasa dorang tu. tp nt jgn kata aku nk lepas tgn. aku bukn x berusaha langsung. dia kata aku perlu 'thank that person' sbb tlg aku, kalo x, xtau apa jadi. (apa jadi? ada aku kisah? - ayat betul2 marah ni)
sbnarnya aku mestilah kisah. sbb melibatkan karier aku. tp kalo da tertulis di sini aku harus berhenti..aku pasrah...(Tuhan, kuatkanla iman aku)...aku down hari ni...

Wednesday, January 6, 2010

Takziah buat Kak Hazalinda

Di kesibukan nk melangkah ke tahun 2010, kak Linda telah kehilangan orang yang paling bererti dan disayangi iaitu ibunya pada 30 Disember 2009..Takziah aku ucapkan. Genap seminggu pemergiannya hari ni. Aku masih terbayang di saat aku baru balik berkursus di Melaka, kak linda menghantar sms meminta supaya kawan2 yg berkelapangan membacakan yasin untuk disedekahkan kepada ibunya. Aku pun terus forward sms tersebut kepada hampir 20 lebih rakan2 yang kak linda dan aku kenali..Tp sayang, sebaik lepas maghrib, beliau telah pulang kepada-Nya..Allah lebih sayangkannya. Aku agak terkejut dan bersimpati dengan kak linda. X dapat dibayangkan kalau aku yg berada di tempatnya. Ku forwardkan sekali lagi sms tersebut untuk makluman yang lain dan supaya esoknya diwarwarkan di MKM.  Sehingga hari ini kak linda masih lagi bercuti. Aku harap dia tabah dalam menghadapi dugaan ini. Aku tau dia seorang yang kuat. Selama ni pun dia yang selalu memberi aku dorongan dlm kerjaya. Aku harap dia dapat meneruskan kehidupanya dengan tenang.  Cuma aku pun agak terkilan x sempat berjumpa dengan ibunya yang selalu dicerita dan dibanggakan....Takziah sekali lagi untuk Kak Linda dan keluarga...Semoga roh ibu kak linda dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...amin...

Tuesday, January 5, 2010

Adam n Nana Start Sekolah

4 Januari 2010
Hari pertama Adam nk bersekolah satu tempat dengan Nana. Sungguh xcited mereka. Aku pun xcited sibuk amik gambo Adam nk buat kenangan bila besar nanti mesti dia nk tengok gelagat dia.

Nasib baikla aku ni tergerak hati nk cuti dua hari. Ingatkan if smlm da start, arini da boleh curi2 tinggalkan Adam so nanti xdla dia glabah aku xd. Tp smlm x masuk kelas langsung. Sume cikgu sedang sibuk jaga pendaftaran. Pengurusan sekolah masih lagi dlm persiapan berpindah ke bangunan baru (sblm ni Nana sekolah dlm kabin). So bangunan baru ni masih xd kerusi n meja. So we all terpaksala balik semula..cam hampa la gak sbb da xcited nk tgk gelagat adam 1st day sekolah, tp cmni lak jadinya. Nana kira da berani.

Arini 5 Januari 2010, sekali lagi anta anak2. Arini better sikit je. Meja ada, tapi kerusi lak xd. Hmmm ok bolehlah dari xd. Tp tuk arini dok atas lantai beralaskan tikar. So dok dlm kumpulan. Nk masuk je kelas da ada budak melalak. Mau cuak gak muka si adam mula2 tu. Da melekat kat aku je. Tp pujuk2..baru dia nk..Tu pun da terkebil2 mata cam nk bergenang gak..aku n papa sorok2 tgk kan je dari jauh. Okla overall dia xd la buat hal..

Penat gak 2 3 kali nk gi sekolah. Adam balik kul 10, nana lak 11.30. so ada gap..harap pasni nk atur pengambilan dorang akan ok. kena manage baik2....

Saturday, January 2, 2010

Selamat Tahun Baru 2010!

Happy New Year!!

(Kalau nk tau azam aku thn ni, kena baca sampai abis!!)
Aku percaya di tahun baru ini semua orang nk pasang azam. Tapi adakah ianya satu kemestian? Macam mana kalau xd azam? Adakah hidup jadi tidak berwawasan? Aku tertarik dengan bacaan satu artikel semalam. Setiap azam perlu diiringi dengan istiqamah. "Lima aspek diberikan sebagai panduan untuk dijadikan ukuran dan panduan untuk terus kekal beristiqamah seterusnya mencapai impian dan matlamat yang diimpikan setelah menetapkan azam.

1) Kemahuan
 Sebanyak manapun azam atau niat yang disenaraikan, tanpa kemahuan yang bersungguh-sungguh, ia tidak akan tercapai. Bak kata pepatah, "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan"  

2) Percaya diri sendiri
Pastikan setiap apa yang direncanakan itu berpijak di bumi yang nyata. Yakin dan percaya pada diri sendiri bahawa kita mampu untuk merealisasikannya.

3) Motivasi
Mencari dan membaca bahan bacaan atau segala bentuk bahan motivasi yang boleh menyuntik semangat untuk terus berjaya agar semangat itu tidak pudar di tengah jalan.

4) Meletakkan tempoh dan masa
Meletakkan sasaran waktu dan tempoh tertentu akan menjadikan seseorang itu berdisiplin dengan kerjanya. Setiap orang mempunyai tanggungjawab yang lebih banyak daripada masa yang mereka ada. Setiap orang mempunyai masa 24 jam sahaja, tidak lebih daripada itu.

Dengan membahagi waktu dengan baik, ia akan menjadikan diri seseorang berbeza dengan yang lain. Jika diperhatikan, Islam juga mendidik umatnya dengan waktu.

Di mana syariat sembahyang lima waktu sehari semalam telah mengajar manusia untuk menghormati waktu.
Sebagaimana pesanan Rasulullah dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas'ud tentang sebaik-baik pekerjaan adalah solat pada awal waktunya.

5) Fokus
Dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan, anggota dan fikiran perlu bergerak seiringan. Jika anggota sahaja yang bergerak, akan menghasilkan kerja yang berkemungkinan besar tiada kualiti, kerana membuat sesuatu pekerjaan tanpa berfikir.

Sekiranya hanya berfikir dengan otak, tetapi tidak pula digerakkan dengan anggota, kerja langsung tidak akan berjalan. Pusatkan perhatian dan gerak kerja terhadap setiap pekerjaan yang sedang kita lakukan.

Percayalah bahawa walau hanya meletakkan satu atau dua sahaja azam tetapi kita tetap konsisten dalam merealisasikannya, itu adalah lebih baik daripada menyenaraikan sebanyak mungkin azam tetapi langsung tidak kita laksanakan".

* Sumber : Utusan Malaysia 1/1/2010  Istiqamah, azam sempena tahun baharu 2010

So, bagi aku, wajarla kita  perlu ada azam. Azam menjadikan kita ada hala tuju untuk diri kita sendiri.  Kita juga yang tahu ke mana kita nak pergi.  Masih aku teringat, aku sendiri pernah memasang azam untuk kehidupan aku. Tak disangka apa yang aku azamkan telah tercapai.  Rasa begitu puas dan bersyukur kerana ianya berlalu dengan agak mudah.  Itulah nikmat dan kuasa dari-Nya..Alhamdulillah..

Tahun 2010 ini aku memasang azam untuk jadi ibu yang terbaik untuk anak-anak dan sebagai isteri kepada suamiku. Tapi tu azam yang terlalu umum..Yang lebih spesifik, contohnya la kan..bagi diri aku untuk jadi ibu yang terbaik, aku nak lebih memahami setiap karakter anak-anak. Aku perlu lebih banyak membaca untuk menambahkan ilmu keibubapaan. Mungkin juga ianya akan diperolehi melalui pengalaman aku sendiri atau orang lain.  Dan..sebagai seorang isteri pulak..kalo nak lebih menambahkan kualiti 'perkhidmatan' kepada suamiku...aku mesti lebih rajin memasak dan mencuba lebih banyak resepi ..maklumla kan ada pepatah kata...'kalo nk jaga suami, perut suami perlu dijaga'...hehehe...alahai..bkn la maknanya sebelum ni aku x masak..tp sejak da beranak tiga ni, keletihan melampau melanda dlm diri aku. so masak ikut mood..tp dlm tahun ni anak2 semakin boleh berdikari..insyaAllah aku cuba yang terbaik untuk semua...Apa yang disenaraikan tu adalah sebahagian saja..yang lain-lain...tak dan nk taip semua di sini. Jap lagi anak-anak nk bangun..so kena cepat sbb bnyk lagi benda lain nk settle ni..Kena cpt 'publish post' ni dulu.

Jadi, itu la serba sedikit azam aku. Azam untuk kerjaya, sudah pasti nk success. tapi yg lebih detail,...akan ku pahatkan dlm diri aku dan tidak di blog ini..huhuhu...

PENGUNJUNG

free counters

SMILE!!