Followers

Monday, May 31, 2010

Mengamuk, Pijak Anak

Sungguh terpanggil dengan tajuk di Harian Metro pasal wanita China, mengamuk sebab dituduh mencuri handset. Sebagai tindakan drastik, boleh plak dia lepaskan anak di pangkuan dia ke tanah pastu pijak? Hmm ni betul2 agresif punya tindakan dan tak fikir panjang. Kesian betul dengan budak tu. Atau, tu bukan anak dia? Takde hari dan perasaan betul. Kot ye pun nk tunjuk protes kat orang ramai tu, jgnla sampai anak jadi mangsa. Mesti dia tertekan giler dengan orang2 sekeliling yang menekan dia..Kalau budak ni tgk gambo tu masa dia besar nanti, apa lah perasaan dia kat mak dia gaknya...

Akhirnya ibu ini sendiri ditahan mungkin disebabkan tindakan dia tu. Jelaslah, 'marah membawa padah' (bkn pada org sekeliling je, tp pada diri sendiri..) Kalau terjadi kat Malaysia ni..tak taula apa nk jadi..Nauzubillah...

Adriana & Adam Bersukan

Semalam (30 Mei 2010) Adriana & Adam turut serta dalam sukan tadika antara daerah (ye kot. sume yang di bawah JAWI/MAWIP?) Agak meriah lah. Guna perkataan 'agak' sebab keadaan tak berapa memberangsangkan sebab baru lepas hujan lebat malam sebelum tu. Katanya ribut taufan sampai khemah2 berterbangan dan lari daripada tempat yang sepatutnya. Nasib baik tak berlaku masa sukan semalam. cuma keadaan padang sungguh lecak. Penuh lumpur je budak2 tu termasuk la mak bapak yang hadir..

Budak-budak tadika ni paham2 je lah..nama pun budak2..so tak boleh lama2 dalam satu situasi. cepat boring. macam-macam karenah boleh ditengok masa tu.matahari da terik . yang menangis, yang lapar, yang nk tido pun ada (sebab dah penat) dan macam2 lagi. Nana & Adam tak sibuk nak balik sebab acara dorang belum habis. Mama n Papa terpaksa balik dulu sebab nk ajak MakTam gi lunch. Nana Adam lagi suka sebab dapat naik bas. Dekat kul 2 gaklah baru gi amik dorang kat sekolah. Hadiah takde lagi. Tak tau la mmg Nana & Adam tak berjaya dapat sebarang2 hadiah kot. Tapi tgk guru besar bawak bnyk pingat n hamper. Mungkin da naik sekolah nanti baru dibahagi2kan. Yang lebih penting, Adam & Nana seronok bersama-sama kawan dan hari cuti dapat diisi dengan aktiviti menarik. Hari ni dapat 'cuti peristiwa', Selasa baru sekolah balik. Nasib baik ada cuti, kalo tak, mesti dorang penat nyer..Yang dapat 'hadiah', mama dia lah. tgk je gambo kat bwh ni..hmm anak2 bertuah....

hepi nyer nana dapat join aerobik

Adam bersiap sedia bersarapan dengan roti di mulut..hmmm...acara makan roti ka?


'Hadiah' daripada anak-anak bertuah tuk mama dia..

Hadiah Ikhlas Peserta

Mama rasa terharu sangat kat peserta kursus yang datang. Dah menjadi budaya pulak sejak dari dulu, dorang ni kalau datang kursus, mesti di hari penutup tu ada je 'buah tangan' tuk cikgu2 dorang. Kita lak selaku fasilitator rasa segan nk terima sebab ilmu yang kita bagi tak de lah sebesar mana. Yang lebih penting adalah ilmu tu nanti dorang praktik dan amalkan bila balik berkursus. Tapi orang kata 'rezeki jangan ditolak'. Takkan nk 'bergaduh' plak kat depan tue kata xnk terima hadiah kan..cuma ktorang2 sume yg kat sini mengharapkan janganlah benda ni nanti jadi isu pada orang2 lain yg tak bersetuju dan rasakan ini satu kemestian. So far ok je kan...Apa pun, terima kasih utk dorang sume. Harap2 pemberian tu ikhlas dan jemputlah dtg lagi jika sudi!!...(Nanti bos kami bising kalo xd peserta...ssyyyhhh....)
Luar, so cute...

Dalam, inilah isinya...lagi cute..Tq!!




Air yang Tenang Jangan Disangka Tiada Buaya



Eeeee....ngerinyer!!! Nasib baiklah sume tu dah berlalu..Sempena Hari Wesak baru ni kan cuti umum. We all balik Melaka. Macam biasala kalo balik, takkan melepaskan peluang bermandi manda di Pangkalan Balak. Kitorang ni anak beranak jenis suka bermandi-manda, kecuali si Adrian ni nmpk dia ada takut2 sikit. Aritu gi Desa Waterpark pun dia xnk mandi (kecuali direndamkan oleh Pa & Ma dia ni). Padahal masa ngandungkan dia 5 bulan, mama dia ni mcm lupa diri mandi kat pantai Teluk Batik. Ingatkan dia nanti lahir jd 'antu air'..rupanya sebaliknya..

Ok cerita pasal pantai Pangkalan Balak tadi.Kali ni mama tak mandi. Hanya memerhatikan anak2 je bermain pasir..Orang pun tak ramai mandi sebab air pasang. Ramai plak yg memancing kali ni, so port biasa kitorang da ada orang amik..

Papa & Adrian di 'tengah' laut..(sbnarnya gambar je close up hhehe...)

Diringkaskan cerita sumenya berjalan lancar sehinggalah kami balik ke kl. Baru mlm td papa jmp kwn dia yg dok kat melaka gak, (Tok Rahmat) dia kata beraninya kitaorang gi pantai tu. Rupanya dia kata baru-baru ni ada BUAYA?!!!

 Macam ni ke rupa buaya tu bila ke pantai? eee...

Sebab tu tak ramai sgt orang mandi (terutama org kampung yang dah tahu). Kalau ada pn, orang luar. Katanya lagi da ada binatang yg jadi mangsa disambar buaya tu. (gulp!)..Tapi betul ke. Jarang dgr buaya ada kat pantai. Bkan tak percaya kat Tok Rahmat, sebab kdg dia suka berlawak. Tapi malam tadi dia serius bab tu. Kalo dia tipu, aku tak taula kan.. Lagi satu hal, kalau betul, patut benda tu di war-warkan sebelum ada plak manusia yang menjadi mangsa. Mungkin dorang xnk sebarkan sebab nanti xde pelancong datang, or memang betul2 dorang tak tau..Hmmmm apa pun... aku rasa lega  sgt2 n Alhamdulillah masa kitorang gi tu xde apa2 berlaku..Dulu Adriana pernah kena ampai2 waktu2 kecik, tu pun kitorang tak serik2 nk gak dtg lagi..Sebab da jadi kebiasaan kan..Lagipun xnk adriana fobia sgt.

konklusinya...Alhamdulillah we all selamat....(Nasib baik tau, SELEPAS bersuka ria...hehehe..)

 Makan tetap makan....(kalau masa ni da dpt, tau, mungkin xd selera makan ..hehehe..)

Thursday, May 27, 2010

Tindakan yang Berani

Alhamdulillah akhirnya hari ni aku rasa lega sebab dapat meluahkan rasa yang terbuku di hati.  Selama ni aku hanya memerhatikan orang lain yang memberikan komen, pandangan atau luahan. Tapi kali ni aku telah mengambil langkah berani menampilkan diri di khalayak untuk meluahkan rasa ketidakpuasan hati. Bukan bertujuan untuk membangga diri, tetapi untuk menyokong dan memberikan pandangan peribadi. Lantaklah orang nk cakap aku da naik tocang ke apa ke. Jadi geram sgt sbb statement 'kita bkn nk menuding salah sesiapa, tp nk cari jalan penyelesaian'. Tapi kalo dah berkali-kali mention Penyelaras Kursus or SUK tu, bkn ke itu ditujukan kepada seseorang? N Random survey. Bape bnyk 'random' yg di sebut tu, sedangkan aku tau, aku la yang dimaksudkan. Sori eh..kali ni aku kena 'tembak' gak person yg buat statement2 tue..kalo tak smpai bila pun aku nk dipijak. Aku bercakap berdasarkan fakta dan pengalaman. Bukan pakai sedap mulut je. Korang-korang gak yg membuatkan aku jadi lebih berani. Aku bukan aku yang dulu..itu yang korang nak, itu yang korang akan terima..sekian terima kasih. kepada yang tak faham apa yang aku bebel ni, xpelah..ini sekadar luahan rasa aku tuk hari ni....WELL DONE LINDA! (biarla aku puji diri aku sendiri..)

Monday, May 24, 2010

Menanti Sinar Bahagia..

Hmm..ayat power..tapi sebanarnya saja nk menenangkan fikiran..banyak benda nk fikir..hari-hari memang dah bahagia..tapi ada sesuatu yang dinanti..hanya aku, dia dan mereka sahaja yang tahu...apa dia? biarlah rahsia....jangan mare...

Tuesday, May 18, 2010

Berhati-hati bila repair handphone...Welcome back my N95!

Rindunya da lama tak pakai my N95. Hari tu baru beli dah rosak. Aku admit la kadang anak2 buat main. Tapi kalo barang bagus, xkan cepat sgt rosaknya..Nak dijadikan cerita rosak kat ribbon. So anta kedai, dorang janji leh repair dengan harga RM95. Deal.

Bila amik, baru pakai sehari dua, da jadi balik asal. Gelap gelita screen x nampak apa. So mintak hsbd tgkkan. Rupanya dlm diam, hsbd belajar buat sendiri. Maka ...terbongkar lah satu rahsia BAHAWA berlakunya penipuan. Apek kedai tu rupanya x buat kerja! Dia pakai selotip, solder n ada wayar yg putus. Patutla x boleh pakai. Lepas tu, lagi nk cas mahal masa nk amik aritu? Dia nk suh hsbd bayar RM150. Nasib baik hsbd bertegas xnk bayar. Yang ni, hsbd warning kalau dia x buat dengan betul,..we all akan amik tindakan sehingga boleh menyebabkan kedai dia tutup! Wow, garang bunyinya. Tapi patut pun sbb dia telah tipu kita!! Sungguh jahat apek itu!! Mula2 dia mcm nk salahkan hsbd sebab hsbd open sendiri hp n menyebabkan lagi worst hp tu. Tapi setelah hsbd explain panjang lebar..dia terdiam n mengakui perkara tu x patut jadi. (Tau pun!!)..

Semalam hsbd bawak balik n bgtau apek tu da tukar dengan yang original. Dia mntk bayar skit sbb yg original mahal. Sekali lagi hsbd telah menunjukkan ketegasannya untuk tak bayar satu sen pun. Itu salah dorang! Buat kerja tak jujur. Nasib baik hsbd tergerak nak bukak sendiri. Kalau tak...(mau aku da dpt hp baru !!!) Da plan mmg nk trade in je nk cari E52..hehehe..tp since ni tgk ok, pakai la dulu..yg penting dpt buat call, amik gambo, video, 3g etc yg aku suka....(Lagipun N95 ni pun idaman sejak dulu..kalo aku xnk, ayah pun minat...hehehee..)..

Ini lah pengalaman aku..Dan nasib baik gaklah hsbd jenis penyabar. Kalo x mau , jd perhatian masa tu. Kita pun nk jaga maruah orang kan.. Macam-macam la manusia ni...Haritu melihat orang menipu nk mintak 'pertolongan'. Hari ni satu lagi kejadian depan mata..betul lah kata2..'manusia bertopengkan setan'....huhuhu...

Hello Kitty is a Girl?

Rupanya-rupanya Hello Kitty ni adalah seorang budak perempuan comel tapi  tanpa mulut.  Selama ni aku ingatkan ianya seekor kucing yang comel...Tgk je lah siap ada misai lagi tue.. Itulah yang aku baca daripada sebuah majalah semasa di klinik semalam. (tapi tak sempat tgk majalah apa)..pencipta karakter tersebut adalah Sanrio, Jepun. Bestnya kalau dapat buat koleksi brg2 hello kitty ni. Tapi dari satu sudut, kalo over, akan berlaku pembaziran!! So, hanya brg2 tertentu je yang boleh aku buat koleksi...ahaks!!

Wednesday, May 12, 2010

Iron Man 2 lagi..

Hmm da lama gak tak jengah blog ni. Aritu balik kampung, langsung xde peluang nk ngadap laptop. 

Nk cerita pasal semalam. Me n my two other friends gi tgk Iron Man 2 lagi! Giler Fanatik!  Tapi tak mengecewakan, memang best. Tak mau cakap banyaklah..pasni nk bli DVD lak ajak anak2 tengok. Kesian kat dorang nk gi tak pergi, mama dia da smpai dua kali tgk...hihihi...

Wednesday, May 5, 2010

Peringatan Untuk Diri Sendiri : Jadikan Tabiat Makan Sihat


Lately amat risau dengan perubahan diri yang amat ketara. Ramai plak yang menegur 'da semakin comel'. So skrg ni sibuk mendapatkan bahan-bahan bacaan tambahan tuk menambah ilmu menjaga kesihatan diri..

Tertarik dengan artikel oleh Utusan Malaysia pada 2 Mei 2010 'Diet Tapi Masih Gemuk'..Rasa-rasanya aku pun macam tu lah..cuba gak berdiet, tp masih gemuk..Tapi apa pun yang lebih penting sebenarnya DISIPLIN. Kalau buat perancangan macam2, pasang azam pelbagai, tp xde disiplin..maka, xdelah perubahan.

Ingat..   ANDA, ADALAH APA YANG ANDA MAKAN....

Dan... inilah ilustrasi apa yang aku makan pagi tadi ngan CP (mee goreng)
(mana nk diet nyer...)

Tuesday, May 4, 2010

Semuanya Duit

Duit, duit, Duit!
Semuanya Duit.
Hidup perlukan duit.
Setiap sen amat bermakna. 
Contoh di kaunter beli belah. Kalo tak cukup duit, walaupun 5 sen, transaksi belum dikira selesai dan kita takkan dapat barang yang kita nk beli.
Even, nk gi toilet pun kena bayar. Padahal servis takdelah bagus mana. 
Belum gi bank lagi...walaupun kita ada simpanan di situ, kita dah jadi pelanggan tetap dia pun, tetap kena cas.
Pun kena bayar pada sesetengah transaksi yang kita nk buat (tak boleh aku nk sebut di sini transaksi apa )
hmmm...tu yg aku sikit kurang puas hati sebenarnya...
Xpelah..yg penting asalkan jangan jadi hamba duit..

Monday, May 3, 2010

Iron Man 2

Heee....bestnyer Iron Man 2 ni...Malam td gi tgk berdua ngan hsbd kul 10.45 mlm. Dulu Iron Man 1 tak pernah teringin lgsg pun nk tgk. Masa tu 'pandang sepi' je. Sebelah mata pun tak nak pandang sebab rasa mcm ntahahpahapantah dgn kostum dia yg x menarik. Tgk topeng dia pun cam susah nk bernafas.
Tapi kali ni lain, tiba2 ngan hsbd rasa x sabar nk tgk lg bila promo dia. So mlm td gi mmg berbaloi lah.. puas hati..suka setiap karakter2 yang ada..hero pun hensem hehehee, pastu bnyk adegan gaduh2 tu, perggghh..dgn sound dia lagi..sukeeeee...kalo dpt tgk lagi pun best gak nie!...

PENGUNJUNG

free counters

SMILE!!