Followers

Friday, November 12, 2010

Seminar @ Grand Dorsett Hotel , Subang

Minggu ni agak sibuk. Bermula daripada last week ada kelas. Pastu balik kampung melawat ayah yg tak berapa sihat (Jumaat - Ahad). Gi Jeram Selangor daripada Isnin -Rabu. Semalam ada kat opis. Ni tgh stdby n ready nk ke Subang pulak sebab ada seminar. Cuma kali ni aku lega sikit sebab tak jadi kordinator. Cuma membantu je. Sblm ni dah bnyk kali jd penyelaras mmg pening kepala, rasa hidup stress. Macam2 nk pikir A-Z..Orang akan cari kita tuk dptkan maklumat or nk bagi arahan (tu yg kebiasaannya lah). Tp kali ni pun pembahagian tugas pun banyak.Setiap orang ada task.

Harap berjalan lancar dan cpt balik..heheh (lum pergi, tapi tak sabar nk balik--asik tinggal anak2 je bulan ni..kesian plak)

Hepi Besday Adrian!!

Walaupun lewat sehari, tp masih segar lagi tarikh Adrian dilahirkan. 11 November 2008. Dengan tarikh semalam, 11/11/10, adalah hari bahagia tuk Adirian. Dapat je kek semalam terus melompat2 smpai terkena jari kat kek tu.. tergamam seketika dia (terkejut kot) hehehe..

Apa pun, jap je Adrian dah 2 tahun. Mama tgk Adrian lambat sikit pandai ckp drpd kakak dan abg dia, tp 'mengarah' pandai.. Dia akan bawak tangan or tunjuk orang, apa yg dia nak. Kira bagi isyarat la..pastu lately pandai lak 'cari pasal' ngan kakak abg dia. Dah elok2 kakak dia baring kat bantal, dia lak sibuk2 dtg tepis2 suh tepi..pastu dia yg menangis melalak selagi tak dapat. Nak tak nak, yg tua lah kena mengalah.. Kalau benda2 lain dia tak dpt pun, dia mula nk memberontak kejar sapa yg dia geram smpai dpt. Dah le kecik, pastu frust sendiri tak dpt..hahaha..

Mungkin Adrian terpengaruh dgn sifat2 abg dan kakak yg suka berkelahi, tapi bagi mama dr sudut yg lain gak, sume tu menunjukkan Adrian NORMAL.  Boleh luahkan emosi, aktif & bijak. Daripada Adrian pasif diam je, nanti mama pun risau...heehehe..cuma mama doakan jgn terlebih2 nakal smpai ke besar yer.. Mama juga doakan Adrian sihat selalu..

Hepi Besday Adrian.. Love u so much!!

PENGUNJUNG

free counters

SMILE!!