Tuesday, March 30, 2010
Geram dgn sikap pemandu yang kurang #%^&!!
Aku memang bengang dengan sikap sesetengah pemandu yang mementingkan diri sendiri ni. Dulu aku x reti bawak kereta, oklah xdla nk mengamuk sgt. Tp bila da tau bawak ni, lg bila jam, rasa mmg menyirap je ngan dorang ni. Bkn apa, lampu signal ada xnk pakai. kdg tu kereta je mahal, tp x tau nk guna. lain kali campak je la, rongak kan je lampu tu. Kalo da dok sblh kanan, nk masuk kiri, bagi la signal. Kita plak yg tersepit. Ikut hati aku, aku xnk je bagi, tp nanti kereta sendiri calar, pastu karang, silap2, tersangkut plak kat tgh jln tu nk bertikam lidah ngan pemandu tu plak ke apa ke. tu pun kalo org tu nk berenti. kalo dia tinggal je aku termanggu2? hmm..itu imiginasi aku jer..tp mmg geramlah. sgt2 geram. pg td aku mmg menyirap je. membebel sendiri dlm kereta. pastu pk balik buat bazir je. org tu bkn dgr pun...pasni DO or DIE! (ish dashyat lak bnyi nye..) mntk dijauhkan..kuatkan la kesabaranku...
Friday, March 26, 2010
Program Hari Ini
Hari ini ada bacaan Yasin. Lepas tu ada ceramah tuk kakitangan dan kemudian perjumpaan kakitangan dengan Pengarah. Beberapa pengumuman telah dibuat mengenai struktur baru MKM. Yg penting kami telah diberitahu bahawa ketua pusat baru akan tiba. Aku ni x kisah sape2 nk jadi bos pusat aku pun. Asalkan kerja kami berjalan.Dan sebagai ketua, dia nanti haruslah mendengar pandangan daripada anak2 buah di bawah seliaannya. Jangan pulak kami tersisih dan disisih..
Sblh ptg baru nk start buat kerja. harap2 dapat settle arini sbb sok da cuti 2 hari..isnin da hari baru..huhuhu...
Wednesday, March 24, 2010
Happy Birthday Adam Haris ke-5!!
Ok now is Adam Haris turn!!..
Akhirnya hari yang ditunggu telah tiba..mama wish adam jadi anak yg soleh, sayangi adik dan kakak dan orang2 yang sekeliling adam..kami sume mmg sayang kat adam..adam seorang yg bijak, petah bercakap, tp kadang suka memberontak..tu mama paham..anak kedua mmg mcmtu. (pendapat peribadi mama lah). apa pun jgn terbawak2 smpai besar....apa pun mama percaya sifat tersebut boleh diperbaiki..ish apa yg mama melalut ni..
ok adam...belajar rajin2
Adam 1st day sekolah aritu..
Adam, Nana, Mama n Adrian...
bagusla kita satu famili ni tiap2 bulan ada je birthday yg nk disambut..bermula ngan mama feb, anak2 mama mac, n papa coming soon april!! Adrian hujung thn na....
Monday, March 22, 2010
Happy Birthday Adriana!!
Mama doakan semoga nana sihat selalu, menjadi anak yang pintar dan cergas. Skrg ni mmg da ok. Memang bijak! Tetapi jangan nakal2 sangat nak oiiii....kadang2 mama geram gak..tp mama lebih sayangkan nana....nana pun tau kan..hehehe....nana adalah permata hati mama dan papa..nana adalah kemunculan pertama dalam hidup mama dan papa selepas berkahwin..so kehadiran nana memang di nanti masa tu..hehehe.....lebih plak mama ni....so....
Jalan-jalan Cuti Sekolah
Cuti sekolah baru ni oklah. I'm happy. At least ada gak bwk ank gi jln2 wpun x jauh. Kesian kat dorang asik terperap kat umah je kan 'bergaduh' sesama sendiri and ngan nena je. So, rabu mama amik cuti bwk gi Mid Valley. Apa lagi seronokla dorang sbb masa tu dpt tgk landscape Alice in Wonderland kat situ. Setengah hari gaklah berjalan. Lagipun mama ada 'agenda' mama jugak sambil2 tu..hehehe...sambil menyelam, minum air..yg penting anak2 happy!!
Adam tu bkn fokus sgt. Mata da sibuk memandang nk gi tempat lain. X sabo2!!
Khamis mama kerja sbb opis ada buat Tea-Talk. Baik betul mama cuti berselang. So, Jumaat mama cuti lagi. Kali ni papa 'kena' cuti gak sbb mama ajak gi Melaka bwk anak2 berjalan..(lgpun da last2 cuti sekolah ni). Pastu papa yg offer gi Zoo!! Bestnya..Maktam pun join. Selain nana, adam yg mmg pastinya dah happy, Adrian yg tak tau apa2 tu pun lagi la happy.. Saja bagi pendedahan kat dia walaupun baru di peringkat awal ni tentang haiwan..Pastu gi river cruise, pastu gi mkn kat umbai..nyum nyum....
chewah adrian steady je...mama wat tanduk kat nana..
tgk ular sawa..
naik kapal!!
Thursday, March 18, 2010
Hidup perlu ada peningkatan..
Hari ni dapat rasa satu kelainan. Rasa lebih yakin dan berani memandu. Selama hanya bergantung kat suami jadi penumpang je, kecuali pergi kerja. So, smlm cuti. saja bawak anak-anak berjalan gi Mid Valley.Punyala pening kepala nk cari parking penuh. Hampir fed-up, plan nk kuar je, so nk gi kat kaunter bya parking. Blok kereta orang lain n suh nana adam stay dlm kereta. Adam ok, tp nana xnk ditinggalkan. aku pun x konfiden sbnarnya nk tinggalkan dorang. Tp Alhamdulillah..baru je nk kuar kereta, ternmpk plak ada couple nk kuar parking. So, cepat2 la ke tempat tu. Nasib baik dpt..rezeki. da keluar, suh nana ingt no. parking hehehe..mama dia lemah ingatan.
Balik pulak jem wo.. nk kuar hampir x tau ke mana keluarnya. tp ikut ckp hubby, just folo d sinage..so..sampailah rumah..
kesimpulannya, hidup perlu berani mencuba..barulah ada peningkatan...tak cuba tak tau..x kenal maka x cinta...huhuhu...
Balik pulak jem wo.. nk kuar hampir x tau ke mana keluarnya. tp ikut ckp hubby, just folo d sinage..so..sampailah rumah..
kesimpulannya, hidup perlu berani mencuba..barulah ada peningkatan...tak cuba tak tau..x kenal maka x cinta...huhuhu...
Subscribe to:
Posts (Atom)


















