Monday, May 24, 2010
Tuesday, May 18, 2010
Berhati-hati bila repair handphone...Welcome back my N95!
Rindunya da lama tak pakai my N95. Hari tu baru beli dah rosak. Aku admit la kadang anak2 buat main. Tapi kalo barang bagus, xkan cepat sgt rosaknya..Nak dijadikan cerita rosak kat ribbon. So anta kedai, dorang janji leh repair dengan harga RM95. Deal.
Bila amik, baru pakai sehari dua, da jadi balik asal. Gelap gelita screen x nampak apa. So mintak hsbd tgkkan. Rupanya dlm diam, hsbd belajar buat sendiri. Maka ...terbongkar lah satu rahsia BAHAWA berlakunya penipuan. Apek kedai tu rupanya x buat kerja! Dia pakai selotip, solder n ada wayar yg putus. Patutla x boleh pakai. Lepas tu, lagi nk cas mahal masa nk amik aritu? Dia nk suh hsbd bayar RM150. Nasib baik hsbd bertegas xnk bayar. Yang ni, hsbd warning kalau dia x buat dengan betul,..we all akan amik tindakan sehingga boleh menyebabkan kedai dia tutup! Wow, garang bunyinya. Tapi patut pun sbb dia telah tipu kita!! Sungguh jahat apek itu!! Mula2 dia mcm nk salahkan hsbd sebab hsbd open sendiri hp n menyebabkan lagi worst hp tu. Tapi setelah hsbd explain panjang lebar..dia terdiam n mengakui perkara tu x patut jadi. (Tau pun!!)..
Semalam hsbd bawak balik n bgtau apek tu da tukar dengan yang original. Dia mntk bayar skit sbb yg original mahal. Sekali lagi hsbd telah menunjukkan ketegasannya untuk tak bayar satu sen pun. Itu salah dorang! Buat kerja tak jujur. Nasib baik hsbd tergerak nak bukak sendiri. Kalau tak...(mau aku da dpt hp baru !!!) Da plan mmg nk trade in je nk cari E52..hehehe..tp since ni tgk ok, pakai la dulu..yg penting dpt buat call, amik gambo, video, 3g etc yg aku suka....(Lagipun N95 ni pun idaman sejak dulu..kalo aku xnk, ayah pun minat...hehehee..)..
Ini lah pengalaman aku..Dan nasib baik gaklah hsbd jenis penyabar. Kalo x mau , jd perhatian masa tu. Kita pun nk jaga maruah orang kan.. Macam-macam la manusia ni...Haritu melihat orang menipu nk mintak 'pertolongan'. Hari ni satu lagi kejadian depan mata..betul lah kata2..'manusia bertopengkan setan'....huhuhu...
Hello Kitty is a Girl?
Rupanya-rupanya Hello Kitty ni adalah seorang budak perempuan comel tapi tanpa mulut. Selama ni aku ingatkan ianya seekor kucing yang comel...Tgk je lah siap ada misai lagi tue.. Itulah yang aku baca daripada sebuah majalah semasa di klinik semalam. (tapi tak sempat tgk majalah apa)..pencipta karakter tersebut adalah Sanrio, Jepun. Bestnya kalau dapat buat koleksi brg2 hello kitty ni. Tapi dari satu sudut, kalo over, akan berlaku pembaziran!! So, hanya brg2 tertentu je yang boleh aku buat koleksi...ahaks!!
Wednesday, May 12, 2010
Iron Man 2 lagi..
Hmm da lama gak tak jengah blog ni. Aritu balik kampung, langsung xde peluang nk ngadap laptop.
Nk cerita pasal semalam. Me n my two other friends gi tgk Iron Man 2 lagi! Giler Fanatik! Tapi tak mengecewakan, memang best. Tak mau cakap banyaklah..pasni nk bli DVD lak ajak anak2 tengok. Kesian kat dorang nk gi tak pergi, mama dia da smpai dua kali tgk...hihihi...
Wednesday, May 5, 2010
Peringatan Untuk Diri Sendiri : Jadikan Tabiat Makan Sihat

Lately amat risau dengan perubahan diri yang amat ketara. Ramai plak yang menegur 'da semakin comel'. So skrg ni sibuk mendapatkan bahan-bahan bacaan tambahan tuk menambah ilmu menjaga kesihatan diri..
Tertarik dengan artikel oleh Utusan Malaysia pada 2 Mei 2010 'Diet Tapi Masih Gemuk'..Rasa-rasanya aku pun macam tu lah..cuba gak berdiet, tp masih gemuk..Tapi apa pun yang lebih penting sebenarnya DISIPLIN. Kalau buat perancangan macam2, pasang azam pelbagai, tp xde disiplin..maka, xdelah perubahan.
Ingat.. ANDA, ADALAH APA YANG ANDA MAKAN....
Dan... inilah ilustrasi apa yang aku makan pagi tadi ngan CP (mee goreng)
(mana nk diet nyer...)
Tuesday, May 4, 2010
Semuanya Duit
Duit, duit, Duit!
Semuanya Duit.
Hidup perlukan duit.
Setiap sen amat bermakna.
Contoh di kaunter beli belah. Kalo tak cukup duit, walaupun 5 sen, transaksi belum dikira selesai dan kita takkan dapat barang yang kita nk beli.
Even, nk gi toilet pun kena bayar. Padahal servis takdelah bagus mana.
Belum gi bank lagi...walaupun kita ada simpanan di situ, kita dah jadi pelanggan tetap dia pun, tetap kena cas.
Pun kena bayar pada sesetengah transaksi yang kita nk buat (tak boleh aku nk sebut di sini transaksi apa )
hmmm...tu yg aku sikit kurang puas hati sebenarnya...
Xpelah..yg penting asalkan jangan jadi hamba duit..
Xpelah..yg penting asalkan jangan jadi hamba duit..
Subscribe to:
Posts (Atom)













