Followers

Friday, November 12, 2010

Seminar @ Grand Dorsett Hotel , Subang

Minggu ni agak sibuk. Bermula daripada last week ada kelas. Pastu balik kampung melawat ayah yg tak berapa sihat (Jumaat - Ahad). Gi Jeram Selangor daripada Isnin -Rabu. Semalam ada kat opis. Ni tgh stdby n ready nk ke Subang pulak sebab ada seminar. Cuma kali ni aku lega sikit sebab tak jadi kordinator. Cuma membantu je. Sblm ni dah bnyk kali jd penyelaras mmg pening kepala, rasa hidup stress. Macam2 nk pikir A-Z..Orang akan cari kita tuk dptkan maklumat or nk bagi arahan (tu yg kebiasaannya lah). Tp kali ni pun pembahagian tugas pun banyak.Setiap orang ada task.

Harap berjalan lancar dan cpt balik..heheh (lum pergi, tapi tak sabar nk balik--asik tinggal anak2 je bulan ni..kesian plak)

Hepi Besday Adrian!!

Walaupun lewat sehari, tp masih segar lagi tarikh Adrian dilahirkan. 11 November 2008. Dengan tarikh semalam, 11/11/10, adalah hari bahagia tuk Adirian. Dapat je kek semalam terus melompat2 smpai terkena jari kat kek tu.. tergamam seketika dia (terkejut kot) hehehe..

Apa pun, jap je Adrian dah 2 tahun. Mama tgk Adrian lambat sikit pandai ckp drpd kakak dan abg dia, tp 'mengarah' pandai.. Dia akan bawak tangan or tunjuk orang, apa yg dia nak. Kira bagi isyarat la..pastu lately pandai lak 'cari pasal' ngan kakak abg dia. Dah elok2 kakak dia baring kat bantal, dia lak sibuk2 dtg tepis2 suh tepi..pastu dia yg menangis melalak selagi tak dapat. Nak tak nak, yg tua lah kena mengalah.. Kalau benda2 lain dia tak dpt pun, dia mula nk memberontak kejar sapa yg dia geram smpai dpt. Dah le kecik, pastu frust sendiri tak dpt..hahaha..

Mungkin Adrian terpengaruh dgn sifat2 abg dan kakak yg suka berkelahi, tapi bagi mama dr sudut yg lain gak, sume tu menunjukkan Adrian NORMAL.  Boleh luahkan emosi, aktif & bijak. Daripada Adrian pasif diam je, nanti mama pun risau...heehehe..cuma mama doakan jgn terlebih2 nakal smpai ke besar yer.. Mama juga doakan Adrian sihat selalu..

Hepi Besday Adrian.. Love u so much!!

Tuesday, October 26, 2010

MAGIKA mmg MAGIK!

Suke suke suke..sgt dgn filem ni. daripada jalan cerita, para pelakon, termasuk lagu2nya....nk beli CD!

Friday, October 15, 2010

'Jari Ayam'

Benda ni aku dah share kat facebook aku. Tapi nk gak share kat blog ni.

Kisah (chewah 'kisah'..) berlaku masa menjaga anak2 tak sihat. Masa tu suapkan dorang makan nasi berlaukkan ayam masak kicap (mak mertua yg masak..hehehe).
Nak jadikan cerita masa suapkan turn Adam, tiba2 aku terjerit kesakitan. Apa lagi, aku besarkan biji mata aku kat dia..Belum cakap apa2, dia dah bersuara..

"Sori mama..adam tak sengaja..adam ingat jari mama tu ayam............"

Hehehehe..nk tergelak aku dibuatnya..tp aku control je nk menunjukkan yg aku 'marah' kat dia..Adam pulak tersengih2 sendiri pastu buat2 tak tau....Anak..anak...
 

Thursday, October 14, 2010

Nana Kena Buang 'Pagar' lagi


nana  : mama, sian kat adam. 
mama: kenapa?
nana  : gigi dia dah goyang. nanti dia takde gigi lain..
 
(nana risau sbb gigi dia plak, sblm yg lama tanggal, gigi baru mesti dah standby nk kuar plak )


Smalam terpaksa cabut gigi nana walaupun tak goyang sbb gigi baru dah tumbuh. Takut nanti berlapis, tak cantik lak gigi dia. Masuk ni dah dua kali nana kena cabut gigi dengan cara mcmtu (cabut sbb gigi standby dah 'dtg').

cuma semalam kesian kat dia. smpai kat klinik gigi tiba2 dia jadi takut. peluk mama langsung tak nak lepas. menangis2 ketakutan. sblm ni ok je. tak tau apa ada dlm fikiran dia. mgkin gak sbb gigi yg ni tak goyang tp kena cabut. jenuh gak nk memujuk. last2 nk bg dia leka, papa tunjukkan video cartoon sang kancil dgn buaya 'tru' blackberry papa..tu pun dia teresak2 lagi..Alhamdulillah pastu berjaya gak gigi dia dicabut dgn selamat..hehehe..

Tak pasal-pasal mama dia pun kena dok sekali kat kerusi tu sebab kena riba nana yg merengek...

Tuesday, October 5, 2010

Mama, Manusia Boleh Terbang Tak?

Smlm selepas balik kerja, nana dtg ke bilik terus tanya soalan.
Nana : Mama, manusia boleh terbang tak?
Mama: Tak boleh. Nape nana?
Nana : Kan bagus kalau manusia boleh terbang, nana boleh pergi sekolah lebih cepat sampai, tak payah tggu papa hantar....
Mama : ......

PENGUNJUNG

free counters

SMILE!!