Followers

Thursday, January 27, 2011

Kehilangan Rakan Seperjuangan - Allya Abu Bakar..

Sangat2 terkejut dan sedih bila dpt tau kawan baik aku masa di UiTM dulu meninggal dunia. Dia meninggal hari Ahad 23 Januari 2011. Tapi tambah sedih berita ni aku hanya baru dapat tahu semalam. Kecoh seketika di antara kami menghubungi satu sama lain tuk dapatkan maklumat. Aku sendiri terus ke FB arwah nk tengok betul ke apa yang terjadi & kalau2 ada yg dapat beri info. Setelah puas mencari, seorang rakan cakap dia search je kat internet atas nama arwah "allya abu bakar", so terjumpalah mmg ada berita 'pemergian' beliau. Arwah meninggal sebab kemalangan ketika dlm perjalanan ke kuala lumpur. Aku sedih sangat sebab baru je dpt 'jumpa' arwah semula. Itupun daripada facebook. Tak sempat aku nk 'approach' dia bertanyakan khabar. Tiba2 khabar ini yg aku terima. 

Menceritakan sedikit tentang arwah.., dulu di UiTM kami perah sebilik. Arwah seorang yang periang, 'nakal' tetapi amat frendly. Dia suka sakat kawan2 rapat dia. Lepas tu, mesti ada je gelaran yg terkeluar dari mulut dia tuk kawan2 dia, termasuk aku. Gelaran tu pulak akan melekat dan jadi ikutan rakan2 yg lain. Arwah juga seorang yang merendah diri walaupun kita tahu latar belakang dia dr keluarga yang agak senang (mudah kata berada).  Terbayang-bayang pulak masa dia tengah rajin 'drill' (shorthand/trengkas). Dia mmg seorang yang tekun. Aku xleh nk cerita lagi pasal dia. Sedih sangat rasanya. Tambah plak lagi dia pergi meninggalkan suami dan tiga orang anak tersayang yang sedang membesar.. 
arwah dengan anak2 yg sedang membesar..sungguh kesian dengan mereka.
Bila tengok gambar di atas ni..rasa sedih sangat. Teringat plak kat anak2 sendiri. Kalau la masa ni aku pergi meninggalkan mereka, apa jadi kat anak2 aku tu? Sedihnya tak dapat melihat mereka membesar di hadapan mata..Ya Allah betul2 insaf aku jadinya..

Buat Mastura, (rakan sepejabat)..Ya Allah tak sangka ko pun mengenali arwah ni..Kalau tahu, nak jugak akak join Mas gi tgk arwah hari tu..Tapi tak mungkin jugak sbb masa tu akak kat Melaka..huhuhu..amat terharu dengan kejadian ini. Kat bawah ni berita kemalangan melibatkan arwah.

2011/01/24

KUANTAN: Seorang wanita maut selepas kenderaan yang dinaikinya terbabas di KM46.6 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada 3.50 pagi semalam. 

Pegawai Turus Trafik Pahang, DSP Mohd Najid Jusoh, berkata Allya Abu Bakar, 33, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.
"Mangsa bersama suami dan tiga anaknya dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Suami dan anak mangsa hanya cedera ringan.
"Sampai di tempat kejadian kenderaan yang dipandu suami mangsa telah terbabas ke kiri jalan sebelum terjunam ke dalam longkang," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. 

Beliau berkata, nahas dipercayai berpunca apabila suami mangsa cuba mengelak kenderaan lain yang memasuki laluannya. - BERNAMA




Best Frend Allya. Kawan aku juga masa di Ui|TM Jengka dulu..MisNadia..
Allya, we gonna miss u..Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 beriman..al-Fatihah..


Tuesday, January 25, 2011

Semakin Mencabar

Sejak2 anak2 da mula sekolah rendah ni, aku semakin bizi...kadang pk2 apa benda je yg aku buat? anak2 sume tiap malam tido ngan nenek. Pagi2 datang umah dah siap mandi, aku tinggal pakaikan baju. Tapi yang aku letihkan bila aku kena wat kerja2 yang lain. Hmmm...rilex la, benda2 tu semua kerja rutin. Tapi semalam aku terasa sangat2 sebab lately tdo malam mesti kul 1 lebih. Mana kan tidak, time sebelum2 tu, aku mmg tak boleh nak buat kerja. Kena perhatikan anak2. 

Macam ni lah, secara ringkasnya kalo aku balik rumah, paling2 biasa pun kul 6 la eh, (kalo kul 5.30 tu bonus sbb sharp kul 5 kuar opis). Bila kul 6 tu biasanya aku akan tgk cerita indon kegemaran aku tu, Cinta & Anugerah. Itu pun kalo anak2 sibuk nk bermain. Pastu after abis cerita aku startla gi dapur memasak. (kalau tambah rajin, masa tgk tv td tu dah sambil2 start masuk kain baju dlm mesin, dibasuh oleh mesin..hehe). Ok itu cerita kalo si Adrian tak meragam. Sekarang ni pagar dapur dah tak pakai, asik tumbang je dan lagipun Adrian dah tak larat nk dilarang masuk ke dapur. So sambung cerita, aku pun masak..Tggu hubby balik, makan bersama. Pastu mlm tadi kuar bli susu anak, bli otak2 n DVD Magika. (seronok giler dorang dpt CD nih). 

Rupanya si Adam tak siap lagi kerja sekolah. Aku yang dok sibuk nk start buat kerja2 rumah ni , tergendala lah kena dok sblah dia bg support dia wat kerja. Kalo tak, dia nk merungut je suh tlg warnakan kerja dia. Aik sape yg sekolah ni? Hmm...nk tak nk, sikit2, aku 'touch up' la gak-geli2 ikut style kanak2..(kalo lawa2, nanti ketara sgt bkn dia buat, kan) 

Pas abis tgk CD, suh dorang tido, sume nk gi uma nenek. Ha..masa tu bermula aku ngan aktiviti malam aku, menyapu lantai, membasuh, menyidai, menggosok, membasuh pinggan...last2 pinggang aku rasa nk patah..tp aku kena gak teruskan sebab tak nk sok balik kerja aku gak yg tensen melihat rumah yg 'teramat bersih'...Last2, dkt kul 2 tdo..Tapi mlm td mmg rasa lain sgt, tiba2 aku rasa sedih sendiri--emosi melampau2 plak masa nk tdo dsebabkn rasa keletihan tu. (mgkin monthly guess dah hampir pn ye gak) hahaha...

Pastu sblm tdo,aku siap berazam sok tak nak masak ptg sbb xnk kemas, sbb rabu nk kuar umah awal pagi dlm 6 lebih nk ke tanjong karang. Rasionalnya? Sebab tak nak rasa penat malam2 tuk bersiap kuar awal sok tue...hehehe...ntahapahapantah aku ni..tp tu la hakikatnya..nmpk remeh, tp semakin mencabar...(bg aku lah..)

Monday, January 24, 2011

3 Tahun Berblogging?

Wah dalam tak sedar, hampir 3 tahun aku dah buat blog ni. Macam tak percaya, tp percayalah..heheh.. Bermacam2 dah aku lalui (in terms of bloging la). Paling banyak, asik nk tukar template baru. Sekejap ubah sana, sekejap ubah sini. Selain tu pulak, kedudukan 'gadjet'..kadang sampai naik pening kepala. Sendiri yang nk ubah, sendiri jadi pening. Termasuk hari ni jugaklah ni..Baru selesai 'alter' itu ini...Teruk betul la aku ni. Menjadi habit yang melampau!! Nasib baik tengah 'free'! Kalau dah start kelas, x boleh nk buat macam ni.. Cik Linda uiiii (chewah cik konon),..rentikan lah habit x elok tu yer..SKT tu bila nk siap..nanti bos tanya, jangan time tu baru terhegeh2 nak buat..Tapi dengan membelek2 ni tadi lah terperasan 'arkib' aku start Ogos 2009...apa pun, well done Linda..Harap2 pasni banyak 'menulis' hal2 berkitan yang lebih bermanfaat...huhuhu

Friday, January 21, 2011

Kerja, Cuti, Kerja

lebih kurang camnilah muka aku keletihan...huhuhu
Minggu ni kerja mcm biasa. Semalam plak spt semua tahu cuti sempena Thaipusam..yg tak best, xde gi mana2 pun kecuali gi sarapan kat pasar (semata-mata)..pastu hari ni kerja balik. Bila da cuti tu, liat betul nk start semula tuk kerja. Tu yang terasa mcm cuti hari minggu plak. Hari ni Jumaat, terasa bagai hari Isnin. Nak dijadikan cerita, lewat plak bangun. Tiba2 Adam datang dari rumah nenek mintak tolong mandikan. Dorang pun lewat lah tu. Kalo tak, datang da siap mandi tuk pakai baju sekolah je.. Aku pun ngan mamai2 gi la mandi siapkan diri aku dulu, pastu cam biasa, mmg kelam kabut tuk uruskan dorang.. hmmmm rasa letih gak sejak dorang ni dah stat sekolah...apa nk buat, dah tugas parents macam tu lah kan..apa yg penting? kerjasamaaaaa.....


Wednesday, January 19, 2011

Basikal punya cerita

Seperti biasa, sblm post kat sini aku ada wat kat status fb aku pasal anak-anak ni. Kejadian berlaku Ahad baru-baru ni (hari ni baru sempat nk postting heheh)


Papa                     : Nanti papa nak beli basikal sendiri lebih senang.


Tiba2 Nana menyampuk



Nana                    :  Adam, nk tau tak,nanti kalo mama yg naik basikal,mesti basikal tu runtuh..haha
                               (sambil dorang ktawa terbahak2)

Mama                   :  Kenapa? (mama 
buat2 tanya)

Nana                    :  Sbb..mama berat sgt..(pstu drg ktawa lg)



Tergamam gak aku masa tu. Terkesima. Tapi masih boleh ketawa gak ngan dorang (terbahak2 gak). Hmmm tapi gemuk sangatkah mama dia ni..adoi..


Ini lah yg menjadikan aku semakin bersemangat nak 'meringankan' badan. Cabaran betul2 tuh..


Inilah dia budak2 yg petah betul bila bercakap pasal basikal..

Monday, January 17, 2011

Diet? Betul ke?

Itulah topik hari ini. Kalau ikutkan dah berbuih2 dah mulut ni sebut perkataan tu. Dah bermacam2 cara dah dicuba untuk men'yelim'kan badan ni. Kalau tanya kat suami, lagi lah..dia pun dah tak larat nk mengiakan..sbb yang berlaku di depan mata dia, dah selalu sgt kata nk diet, tp melantak x renti2...hmm sorrylah cik abang sayang ye..kita ni biasalah mmg bila berazam terlalu tinggi, tp nak melaksanakan tu agak liat. orang sekeliling yg melihat yg tak sabar2 melihat bila nk buat apatah lagi keberkesanannya. ini bukan saja pada diet, tp pada hal2 lain jugak..yang penting KITA TAHU APA YG KITA BUAT...kan kan kan... I ni cakap I nk diet, u wait n see n I also waiting something from you mr. hubby..(but not related to this topic-diet)..u know what I mean kan..


Ok pasal diet ni, kalo boleh nk je reveal kat sini. Tapi rasa2nya belum sesuai lagi. Kalau nanti dah ada perkembangan barulah boleh 'diisytihar' teknik mana yg aku pakai..chewah..bkn apa ada org2 tertentu yg memberi inspirasi utk aku try diet yg ni..tu pun kemudian la aku bgtau..(bnyk betul nk berahsia konon..) hehehe

apa pun..skrg ni tgh working on it. hopefully berjaya. karang kita tak kisah, tp ada org lak yang menyampah kalau tak menjadi..sbb tu xnk cerita apa2....ok itu saja tuk hari ni..

Ni bkn kaki aku eh..google mari..

PENGUNJUNG

free counters

SMILE!!