Followers

Wednesday, July 20, 2011

Tamat Kelas untuk Minggu Ini....Lega..

Alhamdulillah selesai sudah kelas tuk minggu ni. Kelas 2 jam dan 2 setengah jam je, tapi kalau bab preparation, hmm aku ni tak menang tangan. Selagi tak start kelas, ada je nak tambah itu ini kat slide..nak touch up ke, nk tambah info ke camtu lah. bila kelas dah berjalan, tak semua yg kita senaraikan pun kita nk bgtau. Cuma banyak membantu sebab bila kita dah tulis apa nak buat, akan jadi lebih spontan. Sekarang ni target nak kurangkan bercakap tgk nota...nak terus tgk slide dan explain... :)

Kelas Proses Pembutatan Keputusan - kita mmg selalu perlu membuat keputusan dari bangun tdo, sampai nak tdo semula..

Monday, July 18, 2011

Kelas Berturut-turut

Pergh..tak menang tangan dibuatnya. Rasanya 1st time gak kali ni kelas 2 minggu berturut-turut. Rasanya baru je nak tarik nafas. Nasib baik kali ni kelas tak berapa berat. Pernah gak buat, tapi aku ni kalau tak buat persiapan, mau gelabah itu ini. Buat persiapan pun, selagi tak masuk kelas, ada je nak dibelek nota-nota ni...habit betul.

Sib baik pagi ni kelas kul 11, so ada masa lagi mempotostat, membaca2, menyelak2 setiap slide...gigil woo (walaupun dah selalu). Macam yang aku sendiri pernah bgtau kat peserta, perasaan gemuruh tu memang ada pada setiap individu yang perlu berhadapan dengan khalayak. Hanya macam mana nak mengatasinya je. Kenala pandai2 rilex n cool... hmm cool la sangat...heheh

Kalau kita tengok pemimpin ke, artis ke, macam tu jugak. WAlaupun dorang ni kategori dah biasa berhadapan dengan orang ramai, cuba terjah dorang apa perasaan sebelum tu, mesti, garenti! dorang akan kata yang sama, lebih kurang macam ni, " saya sedikit gemuruh,apa pun saya akan buat yang terbaik"...hehe..jawapan artis... 

ok chaw!!

Monday, July 4, 2011

My Favourite Song Recently - Aishiteru (Zivilia Band)




Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang ku berpikir cari penggantimu
Saat kau jauh di sana
[*]
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
[**]
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh di sana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan
Ulang [*][**]
Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
Oo.. uoo.. lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai di sini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Ku mohon kau kembali
Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo
Ulang [*][**]
Wo wo wo.. a a ai aishiteru

Thursday, June 30, 2011

June 2011 berakhir.... Wah...bizinyer...

Hmmm...rindu kat blog.
Sekarang punya style, bila ada masa, sampai tukar template, hias2, make-up2 blog ni, semua sempat. Tapi bila dah datang sibuk, jangan harap nak menjeling pun payah. Kadang tu bukak jengah je, tapi 'tak dan' nk buat posting.
Hari ni curi masa sikit sebab dah masuk hujung bulan. Minggu ni amat bizi. Dengan research dah bermula, dengan tugasan hakiki tuk kelas dan tanggungjawab sebagai board di koperasi...wahhh bizi sangatlah tu yer...hehehe.. boleh la tahan.
Kadang-kadang best gak bizi ni, masa kita penuh dengan benda-benda yang bermanfaat. Tapi kadang tu smpai naik pening kepala semua nak buat. Apa pun, 'first come first' kan..... less is more..(eh apa plak tu?).. ok, dah mula nak melalut la ni.
Oklah, baik sambung kerja semula... Chiayok2!!!!

Tuesday, June 21, 2011

Kursus Mesra IT @ MKM 21-22 Jun 2011

Mesra sgt.. :)
Hari ni dan esok berkursus selama dua hari. Teruja jugak dengan tajuknya Mesra IT. Nak tau gak isi kandungannya kan. Kebetulan pulak tengah free takde sebarang kelas. So, amik peluang ni gi la berkursus menambahkan ilmu.. kalau fikir kerja je, memang melambak kat  opis nu..tp dua hari, oklah.. insyAllah..

Peserta sume dari kalangan staff jugak. cikgu pun, geng2 sendiri iaitu Puan Mastura dan Puan Azlifah..hehehe..leh kautim punya..

Ada gak benda2 baru yang kita peroleh daripada kelas ni. contohnya pencarian maps..sgt membantu..So, petang ni sambung lagi..esok blog pulak..cuma blog tak boleh sampai abis sbb petang ada plak perjumpaan pengarah bersama 'Pejuang KM'..eee ngeri je bunyinya kan.. dah tu istilah yang diberi, kita follow je...tp mmg ditertawakan org...

Gempar, Adam Hilang???!!!!






Semalam mama amik cuti sebab jaga anak2 kat uma sementara ibu mertua pergi pentauliahan mengajar agama di pejabat agama putrajaya (spesifik tempat tak pasti). 

So, dok lah umah melayan karenah dua orang bujang sementara si kakak gi sekolah agama. Adam macam biasa sbb tak nak berebut tgk tv dgn adik, dia dok uma nenek kat sebelah. Minum susu sambil baring, sambil tgk tv.. Masuk kali ke-3 susu, mama pun pesan kat dia suh dok kat uma je, tp dia taknak. Nk jugak dok uma nenek. Mama pun ok tp dengan pesanan, dok situ je jgn gi mana, nak kuar bagitau.

Dipendekkan cerita masa masuk waktu asar, mama nk mula masak dan solat. Tergerak nk jengah si Adam senyap je, mungkin dia tidur. Pastu tengok takde. Cari satu rumah xde. kalau dalam rumah xde, sekurang-kurangnya dia main kat tingkat atas rumah jiran or kat area parking. Tp sunyi. Mula la masa tu sms kat papa bgtau adam takde. Memang musykil sebab dia tak pernah jauh daripada rumah..

Hmmm start dari situlah bermulanya pencarian. Nak tak nak dah cari sekeliling tak jumpa, terpaksa gak kuar rumah ngan adrian naik kereta gi ronda2 kawasan rumah. Pesan kat jiran kalau adam balik suruh tunggu. Jiran pun tertanya lah kenapa plak adam gi mana. Stori  kat dia, pastu start gi round. Hampa. Balik kosong. Tak lama jiran pun tolong cari naik motor. sambil tu tanya kawan2 dia sume xde idea..pelik sgt pelik..terpaksa mintak papa balik segera tuk sama2 cari..adussss mmg kalut. masa ni dah mula terbayang kalau apa2 jadi kat adam..adakah dia main2 terjatuh, pengsan, xde org dgr?, ada ke dia kuar jauh2 pastu sesat? atau...ada org dtg rumah ajak dia keluar?....eee...ngeri la..zaman skrg ni kalau sesuatu nak jadi, sekejap je, sekelip mata dah jadi macam2..tu yg paling risau. 

Startla masa tu call mak kat kg. bukan nk bagi dorang panik, tp kalau betul ada apa2 berlaku, nanti dorang jugak yg bertanya balik kenapa lewat bgtau, so inform je lah.. mak pun kedengaran risau lah kan..x pernah jadi macm ni..

Disebabkan masa tu lum solat asar, mintak papa jaga adrian dulu (fobia plak nak biar adrian sorang2)..papa dah plan jap lagi nak gi balai buat report. takpelah belum cukup 24jam, tp dua tiga jam ni pun dah cukup menyukarkan tuk kami.

Tiba-tiba, pintu diketuk, rupanya Adam yang balik.Alhamdulillah lega rasa. Yang mula2 sambut dia, papa. Hmm apa lagi, haruslah terima 'bertih jagung'..tp yang penting xde nk tambah lagi dengan pukulan ke apa. Kita kena faham gak situasi dia. Cuma bgtau kat dia kenapa dia kuar tak bgtau, dia gi mana, apa kesan2 kalau dia hilang dsb. dia kata dia gi umah kawan main dalam umah. 

Jadi kronolgi ceritanya nak jadinya lebih kurang mcm nilah. Sbb smlm tu nenek xde, so xde la mengaji..jadi budak2 yg dah datang tu gaknya ajak la si adam ni main. Adam plak TERUJA sgt, sampai terlupa nk bgatu mama dia. Pastu balik lewat pulak. Yang peliknya mmg sepanjang pencarian dia tu, mmg xde dgr suara or kelibat langsung (dah kata main dlm rumah kan..), tu yg jadi sedikit haru..Itu maknanya mmg la dia keluar dalam tempoh yang lama. Start mencari tu dalam kul 4.30, dia balik umah dkt kul 6.00ptg..gggrrr...berderau darah..tapi Alhamdulillah sepanjang tempoh pencarian, mama langsung tak menangis setitik air mata pun tak keluar..tak taulah bkn tak cemas, tp seboleh2nya masa tu hanya terpikir nak mencari dulu..bila teringat2 balik ni plak yg rasa sedih..huhuhu..Adam...jangan buat lagi...

PENGUNJUNG

free counters

SMILE!!