Followers

Wednesday, July 25, 2012

Salam Ramadhan 1433-2012! Hari ke-5!

Assalamualaikum..

Wah lamanya tak jengah blog ni. Paling last masa nak raya 2011. Ini dah masuk Ramadhan pulak bg tahun 2012. Hampir setahun jugaklah tu..Hmm... tu lah kan. Hasrat nk update tu mmg ada, tp dalam hati je. Maklumlah kerja hakiki perlu diutamakan. Sekarang ni bila masuk Ramadhan barulah ada free time skit.

Ramadhan kali ni suasananya sangat berbeza. Tak perlu lah aku nak stori kat sini lebih-lebih. Cukuplah pengalaman ni aku sendiri yang lalui. Yang nyata, Ramadhan tetap berjalan, dan aku perlu teruskan berpuasa dengan azam nak tambah amal ibadah yang lainnya. Nak amik seberapa banyak peluang tuk tambah pahala dan berbuat baik, baiki akhlak dan didik anak-anak berpuasa.

So far antara adam dengan nana, Nana masih gigih meneruskan puasanya. Berbanding adam...hmmm makin lama makin keras badan kalau nak dikejut sahur. Hari pertama, tak puasa, hari kedua dia ikut gi bazar beli roti john. Balik rumah asik peluk roti tu, akhirnya ketahanannya gugur pada jam 7.15 petang...hmm lagi beberapa minit je nk berbuka. Tapi dah dialog dia kuar mcm ni "Adam dah tak tahan lah.." masa tu dlm mulut dah ada pun roti.. hehehe...mula-mula memang nak marah, tp cpt2 twist hati ni kepada cakap berlembut dengan dia. "ok Adam, xpelah kalau kali ni Adam tak tahan. Sok kita cuba lagi ye"...hmmm  boleh pulak mama ini menyebut perkataan tu tanpa nada tinggi. Kalau tak, aku lah yang paling baran and paling kuat mengaum dlm rumah tu..hahaha.. tapi since dah berniat kali ni nak didik dorang secara berhemah, i try to control myself ok.

Dalam pada nk didik dorang tu, aku sediakan jadual puasa. Harapannya supaya dorang ada rasa nak bersaing tuk berpuasa. Again, Nana bersungguh-sungguh and excited nak isi form tu dengan mewarnakan ruang kosong kalau dia berpuasa. Kalau tak puasa kena tanda pangkah or kosong. Adam? hmm hampeh. Nak jeling kat form tu pun, xde lah...jgn harap. Sebab dia tau dia memang tak puasa pun.. So agaknya buat apa dia nk bersusah payah kan.. Tu lah dia anak-anak punya keletah.



Wednesday, September 7, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011!

Hmm dah masuk hari ke-9 raya, baru leh nk update blog ni..
Apa pun nak wish kat semua umat Islam Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. 
Buat yang mengenali diri ini, maaf dipinta jika ada salah silap dan terkasar bahasa dan sebagainya lah..
Hari ni masuk hari kedua bekerja. Kerja buat jugak, tp 'puyeng2' skit. Maklumlah mood raya masih ada...
Ok tggu entri akan datang yang lebih menyengat..(sengat aku le..)..dah ada dalam fikiran, cuma cari masa yang sesuai tuk post.

Thursday, August 11, 2011

Programmer kah aku? iyo yo o...

Hari ni bersemangat nak upload website sebab semalam dah dapat source daripada budak praktikal tu.  

Tapi 'siaran tergendala', sebab ada yang lebih urgent perlu disettlekan.  

Modul Tadbir Urus BBA!!

Hwaaa.. bila nk selesai.. rasa dah boring tak siap-siap.. 

Sebab tu lah 'first come first', kan. Siapkan dulu, pastu boleh concentrate buat website ngan proses penambahan 'kod bidang' koperasi.. (ish..asik buat kerja admin je, bila nk study ni...)

buat web site ni pun kena amik masa kan.. sebab tu aku mintak kat  Cikgu Mastura nota yang dia pernah bagi kat peserta. aku plak nk study sbb dah lama tinggalkan benda ni. 

Kalu betul programmer, ok gak. Asik ngadap benda tu je. 
Ini kerja sampingan lorr..tapi demi tanggungjawab..perjuangan harus diteruskan!

Untuk persoalan adakah aku 'programmer'? rasanya nk buat website ni sesiapa pun boleh buat, asalkan ada minat, 'kuderat' boleh bertahan.. hehehe..yang penting kena ada ilmu...huhuhu..

Plan asal bulan Ramadhan nk kemaskini nota, file etc..

InsyaAllah ada masa lagi ni, harap semua perancangan berjalan lancar.... Amin..

Wednesday, August 10, 2011

Asik Kerja Menggali ......Letih wooo (ini bkn merungut aaa...)

Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ni dok opis diam-diam buat kerja-kerja admin..(admin la sgt).Tapi kebanyakan masa dalam minggu-minggu pertama ni memang tumpukan pada kerja koperasi! Kerja-kerja ni aku kategorikan sebagi 'menggali' iaitu yang perlu dibuat dengan mengkaji dulu dari akar umbi!.. Dengan baru amik tugasan ni, pastu dah beberapa tangan yang pegang, kita kena tau 'history' nya, pastu kat mana yg pending nya. 

Start hujung Julai aku memulakan pencarian maklumat untuk domain website koperasi. Pergh! Dia punya proses jangan cakaplah...lebih kurang serupa gak masa aku nk daptkan 'status bumiputera' tuk koperasi sebelum ni. Yang boleh dikata kat sini proses tu melibatkan beberapa pihak. Yang jaga sistem lain, hal2 pembayaran, pihak lain. Memang jenuhla..jap dah selesai ini, call pihak A. Pstu dah selesai yang tu plak, kena call pihak B plak. Lebih teruk kalau pihak A pass pihak B dan sebaliknya. 

Tuk dapatkan domain ni, kena berhubung dengan pihak Domain Registry. Adalah prosedur dia. Pastu tuk urusan kira mcm agentlah, kena pilih 'reseller' sendiri. Aku pilih JARING, sbb koperasi dah buat bayaran kat dia sblm ni. So bermula la episod asyik call customer servis jaring hal2 nak buat itu ini..adus...giler payah. (ke aku ni yang lembab, lambat paham?) Tak. Tak tak tak..Tak jugak... sbb aku, (tak nak kalah), tapi mmg mcmtu, kena satu persatu....ala..hai...bayaran pun kena lain2. Dengan Domain Registry tuk tahunan RM80 (now promosi RM40),tp bayaran kena masuk akaun JARING,  web hosting, kena bayar RM450 kat JARING.Dah selesai bayar, kena tggu respon plak dari both of them..so begitulah kerja aku ni. Ni pun tak settle lagi. Sebab pasni nk upload content kat site, tp content tu ada kat org lain plak. Again, kena call bdak tu. Td call tak jawab plak...Parah parah!!! Baru ni pulak JARING call smula ada yg tak lengkap pada maklumat resit bayaran sebelum ni..pastu talian terputus....huarggghh....camne dorang sblm2 ni buat kerja! kenapa tak buat betul2!!!!! Hampeh la...

Aku bukan xde kerja lain. Ni ha, yg sedang menunggu, kerja2 tuk selesaikan modul Tadbir Urus untuk program BBA. Walau pun ada buku Akta, UUK sumber SKM untuk rujukan, tapi masalah paling besar, nak dalam version English!!!! 

Kalau semua bahan tu ada, senang tinggal dapatkan dan taip. Ni plak dengan xde versi bahasa Inggeris, satu hal nk mentranslate..aku menggunakan gak kaedah google translation spt yg di ajar oleh Cikgu Mastura sblm ni. Kita pun tau kdg ada yg kurang tepat dlm translation tu, tapi bahasa undang-undang ni kena hati2 gak.  Salah translate jadi lain. Tak cukup dengan itu, SKM ni pulak..... padahal aku nak dapatkan maklumat sejarah penubuhan dia, visi misi nya dan yang seadik beradik dengannya. Tapi apa jadi? Dlm website dia, xde langsung maklumat tu dlm versi English!!!... Hwaa....sedihnya...

Oppsss..apa ni! Jangan sedih2. Jangan putus asa. Terus je cari sesapa yg ada di SKM. Teringat ex-staff yg kerja kat sana, tp dia bahagian HR. Cuma dia boleh dptkan no. bhg IT. Oklah. Respon yg dpt, dorang pun kata dorang xleh upload apa2, jika xde maklumat atau arahan yg diterima daripada pihak2 tertentu (soft copy la tu).Adoi..pikir punya pikir, carilah sendiri. agak2 kat bahagian Koprat kot. Pastu dpt contac plak, org tu jenis loyar buruk..hmmm jenuh melayan. Dia siap mention, ada problem dr segi translation. Drg pun tgh mintak dengan pihak Institut Terjemahan Negara. Wow! kalau dorang smpai mintak bantuan ke sana, means takkan aku sesuka hati nak translate kan..so, dia kata dia akan cuba dptkan hard or soft copy maklumat basic tu..

Dua tiga hari pastu aku call, x berjawab. hari ni call, dia kata dia terlupa..hwa hwa hwaaaa...betapala susahnya aku nk dptkan benda2 ni.......sbnarnya perkara kecik je..sejarah, misi visi..tp ... apsal nak dptkan payah sgt ni...

Lebih kurang begitulah masaah yg aku hadapi.. Aku buat kesimpulan kat sini, daripada mcm2 istilah yg aku pernah dgr, tp x pernah guna, minggu2 ni lah aku tahu kegunaannya...dapat ilmu baru. Aku bukan nak merungut, tp di dlm bulan yang mulia ini, mmg mintak sgt Allah permudahkan jalan tuk selesaikan mcm2 perkara. Lebih penting bila dapat selesaikan rasa kepuasan yang amat sangat. Cuma sebelum rasa puas tu, yg paling ketara adalah...KELETIHAN...minda terutamanya... betul la bagai di kata "BUKAN SENANG NAK SENANG"......chiayok chiayok!! Teruskan usaha (ceh mcm citer2 jopun + korea)...
Teruskan menggali Linda...'kekayaan' menanti di sana hehehe..

Nana 'Bolos' 5 hari

Letih yer....
Kisah Nana berlatih berpuasa tahun ni terhenti sementara sebab dia dilanda demam. Mungkin sebab terkejut sebab sebelum ni tak pernah puasa. Akhirnya nak serasi dengan badan, amik masa. Jumaat baru ni demam agak teruk, badah letih2, selsema, batuk..so, memang tak leh la nk biarkan dia berpuasa. kesian tgk tak bermaya je. Pastu berlarutan balik johor sabtu ahad, terpaksa hold dlu puasa sbb nk bagi makan ubat secara konsisten.

Cerita pasal ubat, alang-alang dah jumpa doktor, bgtau sekali pasal hidung dia yg waiting for operation after raya ni. dipendekkan cerita, doktor kata cuba usaha pkai spray dulu. mungkin bersin dia yg terlalu kerap tu boleh diatasi. aku pun kalau dapat taknaklah dia operation tu. kesian sgt.Doktor ni pun kata kecik lagi. Cuma doktor hosp Pantai tu je yg after buat x-ray, tak ok, terus je nak operate. Sbb tu we all hold sbb nak cari second opinion. Dapat penerangan drpd doktor klinik kat johor tu, rasa lega sikit. Walaupun kita memang nk sgt dia sihat. Mana taknya, everytime dia bersin, pasti hingus keluar, kawan2 dia sume lari. Kan kesian kat dia kan kan kan... kurang kualiti dia nak menikmati keseronokan belajar.  So, sbb tu, at least kita cuba cara lain dulu. Yg lebih takut, if ada apa2 kesan sampingan lain (walaupun Dr. Hosp Pantai tu kata ok je).

Hari ni, Nana dah beransur sihat, mulakan balik puasa dia. Harap berjaya sampai petang.. Amin...

Wednesday, August 3, 2011

Ketabahan Nana Berpuasa

Puasa Tauu...
Tahun ni mama berazam nak Nana puasa. Tahun lepas tadika, boleh dimaafkan lagi. Tapi kali ni no excuse. Dah darjah 1 ni boleh la start. Kalau tak bila lagi kan..

1 Ramadhan, Nana pertama kali berlatih berpuasa. Alhamdulillah walaupun pagi tu cuma minum susu+milo (hisap botol lagi minah nie.. hehehe), pastu mama suapkan secubit dua nasi ke dlm mulut dia dengan mata terpejam. Liat nak bangun. Tapi taknak paksa sebab 1st day kan.. 

Sebelum pergi sekolah,pesan kat dia jgn makan apa2 sampai petang. Tggu makan sama2 dgn mama papa nenek. Dia angguk ok je. Dalam hati mama ni nk je pesan, kalau tak larat, bgtau cikgu atau kalau tak larat balik sklh nanti bgtau nenek. Tapi Tak Mau!! Biarkan je tersimpan dlm hati sbb tak nak biasakan ada a"yat2 penyelamat" dan nanti nk tgk reaksi dia smpai petang.

Alhamdulillah smpai petang, nana dapat bertahan. Disebabkan nak bagi leka dia xyah pk nk buka, bwak gi bazar Ramadhan kat Sg. Besi. Bgtau dia nak makan apa, pilih. Sempena dia berpuasa hari tu..heheh..dia pun pilih air anggur, yong taufu n kueyteow grg..Ikutkan je asal x lebih sgt.  Balik uma siap2 mandi, dia tgk tv kat uma nenek. Ada gak nenek sms kat mama (sms tu, pd hal umah sebelah jer..heheh).Nenek bgtau nana nk buka puasa. Tp disebabkan masa tu mama ini telelap kat umah (sempat lagi tue)., so sms tersebut 'tak dilayan'... nasib baik gak sbb rupanya nana pun pastu tertido. nk dkt marib baru we all kejutkan..Alhamdulillah berjaya gak akhirnya dia berpuasa hari pertama.. Proud of her..

Hari Kedua...
Haa ni yg nk stori. Ada sedikit kelakar la. Pagi bukan main sahur beria2 mama suapkan dpt bnyk gak drpd smlm, siap minum teh, minum susu botol (wajib). Balik sekolah sekali lagi mama papa bwk gi bazar dkt ngan sklh dia je. Masa tu da merengek nk air. Nk bli yg pakai cawan..eh eh eh..jangannnn..tinggal bape jam je lagi..mama pun pujuk bwk gi giant. Papa balik uma, mama terus bwk dia. Mama gak kena 'pau' dia nk main game-layan, nak bli straw-layan, bli vitagen-layan...Balik uma dkt kul 7 gak, dia siap mandi, nak mintak air..mama of coz tak bagi sbb tinggal bape minit je lagi. Pastu suh la dia kapur kasut kedua yg baru dibasuh. 

Tak lama tu, mama gi mandi, dia gi uma nenek. Mama kuar toilet je, papa kata "Nana dah sedut vitagen"...hwaa.... mama terkedu, terkilan, tergelak etc!!! Rupanya kat uma nenek, dia da ngadap juadah..mana tahan beb...tak lama je pastu azan...kwang kwang kwang... mama rasa xpelah. mungkin masa nana sedut tadi tu pun, bilal dah tengah betul2kan mic, betul2kan sejadah, pastu mkn kurma dan azan.. (pandai2 je mama ni buat andaian--nak sedapkan ati sendiri...).. 

Mama pun tak reti nk kategorikan puasa ke tak tu sbb dah buka dulu sblm azan. Tp nenek kata kira x puasa..mama pun x kisahla at least nana dah cuba bertahan .... balik terawih nenek kata, kira puasa nana tu boleh diambil kira sbb dah dkt sgt time dia pun. (mungkin dia ada cerita kat kawan2 masjid masa terawih)

Mama harap pun camtulah..Takpelah Nana muda lagi..tu namanya berlatih..hari ni hari ketiga, harap, berjaya lagi ok nana! Nanti mama cari 'helah' lain lagi..tp tak mau kena 'pau' lagi!!! hehehe

PENGUNJUNG

free counters

SMILE!!