Followers

Wednesday, August 10, 2011

Asik Kerja Menggali ......Letih wooo (ini bkn merungut aaa...)

Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ni dok opis diam-diam buat kerja-kerja admin..(admin la sgt).Tapi kebanyakan masa dalam minggu-minggu pertama ni memang tumpukan pada kerja koperasi! Kerja-kerja ni aku kategorikan sebagi 'menggali' iaitu yang perlu dibuat dengan mengkaji dulu dari akar umbi!.. Dengan baru amik tugasan ni, pastu dah beberapa tangan yang pegang, kita kena tau 'history' nya, pastu kat mana yg pending nya. 

Start hujung Julai aku memulakan pencarian maklumat untuk domain website koperasi. Pergh! Dia punya proses jangan cakaplah...lebih kurang serupa gak masa aku nk daptkan 'status bumiputera' tuk koperasi sebelum ni. Yang boleh dikata kat sini proses tu melibatkan beberapa pihak. Yang jaga sistem lain, hal2 pembayaran, pihak lain. Memang jenuhla..jap dah selesai ini, call pihak A. Pstu dah selesai yang tu plak, kena call pihak B plak. Lebih teruk kalau pihak A pass pihak B dan sebaliknya. 

Tuk dapatkan domain ni, kena berhubung dengan pihak Domain Registry. Adalah prosedur dia. Pastu tuk urusan kira mcm agentlah, kena pilih 'reseller' sendiri. Aku pilih JARING, sbb koperasi dah buat bayaran kat dia sblm ni. So bermula la episod asyik call customer servis jaring hal2 nak buat itu ini..adus...giler payah. (ke aku ni yang lembab, lambat paham?) Tak. Tak tak tak..Tak jugak... sbb aku, (tak nak kalah), tapi mmg mcmtu, kena satu persatu....ala..hai...bayaran pun kena lain2. Dengan Domain Registry tuk tahunan RM80 (now promosi RM40),tp bayaran kena masuk akaun JARING,  web hosting, kena bayar RM450 kat JARING.Dah selesai bayar, kena tggu respon plak dari both of them..so begitulah kerja aku ni. Ni pun tak settle lagi. Sebab pasni nk upload content kat site, tp content tu ada kat org lain plak. Again, kena call bdak tu. Td call tak jawab plak...Parah parah!!! Baru ni pulak JARING call smula ada yg tak lengkap pada maklumat resit bayaran sebelum ni..pastu talian terputus....huarggghh....camne dorang sblm2 ni buat kerja! kenapa tak buat betul2!!!!! Hampeh la...

Aku bukan xde kerja lain. Ni ha, yg sedang menunggu, kerja2 tuk selesaikan modul Tadbir Urus untuk program BBA. Walau pun ada buku Akta, UUK sumber SKM untuk rujukan, tapi masalah paling besar, nak dalam version English!!!! 

Kalau semua bahan tu ada, senang tinggal dapatkan dan taip. Ni plak dengan xde versi bahasa Inggeris, satu hal nk mentranslate..aku menggunakan gak kaedah google translation spt yg di ajar oleh Cikgu Mastura sblm ni. Kita pun tau kdg ada yg kurang tepat dlm translation tu, tapi bahasa undang-undang ni kena hati2 gak.  Salah translate jadi lain. Tak cukup dengan itu, SKM ni pulak..... padahal aku nak dapatkan maklumat sejarah penubuhan dia, visi misi nya dan yang seadik beradik dengannya. Tapi apa jadi? Dlm website dia, xde langsung maklumat tu dlm versi English!!!... Hwaa....sedihnya...

Oppsss..apa ni! Jangan sedih2. Jangan putus asa. Terus je cari sesapa yg ada di SKM. Teringat ex-staff yg kerja kat sana, tp dia bahagian HR. Cuma dia boleh dptkan no. bhg IT. Oklah. Respon yg dpt, dorang pun kata dorang xleh upload apa2, jika xde maklumat atau arahan yg diterima daripada pihak2 tertentu (soft copy la tu).Adoi..pikir punya pikir, carilah sendiri. agak2 kat bahagian Koprat kot. Pastu dpt contac plak, org tu jenis loyar buruk..hmmm jenuh melayan. Dia siap mention, ada problem dr segi translation. Drg pun tgh mintak dengan pihak Institut Terjemahan Negara. Wow! kalau dorang smpai mintak bantuan ke sana, means takkan aku sesuka hati nak translate kan..so, dia kata dia akan cuba dptkan hard or soft copy maklumat basic tu..

Dua tiga hari pastu aku call, x berjawab. hari ni call, dia kata dia terlupa..hwa hwa hwaaaa...betapala susahnya aku nk dptkan benda2 ni.......sbnarnya perkara kecik je..sejarah, misi visi..tp ... apsal nak dptkan payah sgt ni...

Lebih kurang begitulah masaah yg aku hadapi.. Aku buat kesimpulan kat sini, daripada mcm2 istilah yg aku pernah dgr, tp x pernah guna, minggu2 ni lah aku tahu kegunaannya...dapat ilmu baru. Aku bukan nak merungut, tp di dlm bulan yang mulia ini, mmg mintak sgt Allah permudahkan jalan tuk selesaikan mcm2 perkara. Lebih penting bila dapat selesaikan rasa kepuasan yang amat sangat. Cuma sebelum rasa puas tu, yg paling ketara adalah...KELETIHAN...minda terutamanya... betul la bagai di kata "BUKAN SENANG NAK SENANG"......chiayok chiayok!! Teruskan usaha (ceh mcm citer2 jopun + korea)...
Teruskan menggali Linda...'kekayaan' menanti di sana hehehe..

No comments:

PENGUNJUNG

free counters

SMILE!!