Lately agak stress sebab sibuk dengan kerja dan menangani anak2 yang sedang membesar. Dorang pun ikut aku gak, stress. Bukan nak jadi contoh yang tak baik kat anak2. Tapi kadang2 bila time kita tertekan, kesannya kena gak sikit sbnyak kat anak2.. Baru ni tengok si adam, walaupun halnya sikit je, dia tak reti lukis gambar yang dia nak, tapi sampai dia ketap2 bibir, pastu tunduk kepala dia sambil jerit dia tak boleh buat. Terkejut gak dengan reaksi dia. Cepat2 datang tenangkan dia dan tanya apa masalahnya. Kena pujuk betul2..hmm tu hal anak2..aku sendiri ni, rasa betul2 tunggang langgang. ntahahapahapantah.... no komen... adios (tanda2 tertekan gak lah tu, malas nk bercerita panjang)
Tuesday, April 26, 2011
Thursday, April 14, 2011
BERSAWANG LAGI
Apalah nak jadi dengan blog aku ni..makin lama makin tak terurus..kalo ikutkan hati, macam2 aku nk touch up blog ni. Konon nk buat lagi susun atur. Aku ni kan mmg cepat bosan. Tapi kalau nk susun atur ni, CONFIRM!, amik masa yang lama..sedangkan aku sendiri bnyk kerja...hwaa... minggu depan kelas lagi...minggu ni rilex sikit. tp banyak buat urusan tak rasmi tapi yg agak rasmi..hmm apa tu? hal koperasi tp masih lagi dikira sebagai tugasan..
hal anak2 pulak, time kita nk kelas, time tu pulak sorang, sorang demam......dogaan...
hal anak2 pulak, time kita nk kelas, time tu pulak sorang, sorang demam......dogaan...
Wednesday, March 30, 2011
Happy Belated Birthday to My Son; Adam Haris
Lebih kurang 6 hari telah berlalu semenjak tarikh Adam dilahirkan 24 Mac..Mama betul2 sibuk kali ni tak sempat pun nk update blog. Ni kepala mama tengah stuck/blank seketika, xleh nk pk hal kerja, tu yg amik kesempatan jengah blog ni jap.
Apa pun, realiti nya walaupun mama sibuk mcam mana, mama x lupa birthday anak2 mama. Sekurang-kurangnya mama dah buatkan juga majlis makan kecil-kecilan dgan kuarga kita, nenek, jiran dan kawan2 nana dan adam yg berdekatan ngan rumah kita kan. Pastu ada gak ole2 tuk kwn2 sekolah anak2 mama. Sebelum ni tak pernah buat. At least something la kan mama nk buat anak2 mama happy tu je..
Mama doakan adam menjadi anak yang soleh, jangan nakal okeh...... satu lagi jgn selalu sgt nangis, adam kan lelaki, kena kuat semangat.. mama tulis kat blog ni, tp mama pun da bgtau kat adam juga..
Ok, Mama love u so much!!!...
Wednesday, March 23, 2011
Happy Belated Birthday to My One n Only Lovely Daughter.. Nur Adriana
Happy belated birthday Nana. Sorry la Nana, birthday Nana kali ni jatuh pada hari bekerja. Kebetulan plak mama 3 hari ni mmg ada kelas. Tu yang terlalu bizi dan nk update blog pun tak sempat. Tadi baru je selesai, so jengahlah sekejap blog ni. Berkenaan hadiah Nana, nanti InsyaAllah mama carikan ok. Nana kan nk sgt buat makan-makan panggil kawan2 Nana, panggil budak2 ngaji tuk sambut birthday Nana. InsyaAllah mama akan buat hari minggu ni ye. Kita buat sekali dengan sempena birthday Adam juga.. Senang gak mama, anak2 mama ni lahir dalam minggu yang sama, dalam bulan yg sama. Cuma tahun je beza. Tu yang selalu mama kena perli ngan kawan2 kata 'pandai mama papa plan'.... ye la, pandai la sgt kan....
Mama doakan semoga Nana menjadi anak yang solehah, bersopan santun, hormat orang tua dan menjaga peribadi yang elok hingga Nana dewasa kelak. Nana kan anak sulung, semoga jadi contoh kepada adik-adik yang lain..
Ok lah nk balik..terlalu letih dengan persiapan yg perlu sebelum ni. Lega bila dah selesai tugas.. Tapi perjuangan belum selesai..banyak lagi kerja2 yang akan menanti esok.... Adiossss...
![]() |
| Nana seorang yang bijak, pintar dan petah berbicara..jangan nakal2 tau... |
Monday, March 7, 2011
Ujian & Cabaran

Hmm... time aku kat depan, aku say sorry to peserta no hand-out n nak tak nak, dorang kena la tgk muka aku yg cun ni sambil dgr 'bebelan' aku... heheh..kelas petang pun sama, aku bagi intro skit, bagi gerak kerja tuk buat kumpulan, pastu dorang buat kerja..dalam masa yang singkat dorang kena fikir apa nak buat (pada hal cikgu dia lagi gelabah sebenarnya nk manage time)...tapi tu semua dugaan... aku cuba gak rilex dan alhamdulillah kelas berjalan dengan lancar...dan yg paling best sgt, aku puas hatilah..dengan peserta pun sporting abis, itu semua kira support aku gak.. Amin Thank You Allah...
Friday, February 25, 2011
Selamat Ulang Tahun buat Diriku Pulak

Semalam birthday mak. Hari ni turn aku pulak. Sebab tu la mmg payah nk lupa or buat2 lupa hari jadi sendiri sebab tarikh dekat sgt dgn birthday orang tersayang. Bukanlah niat nk lupa tarikh tu. Tapi sekali sekala bila kita lupa, mesti best kan. Tiba plak ada 'orang' lain yg remind kan. Tapi skrg ni pun bersyukur la masih ada orang yang ingat. Tambah2 di dunia serba moden ni kan..semua wish pakai FB je. Lebih 30 rakan, saudara mara yang wish kat kita. Tq to all. I appreciate it very much.
Aku bersyukur sbb birthday kali ni jatuh pada hari Jumaat, bagi aku hari yang baik lah kan.. Aku pun berharap supaya dengan meningkat umur ni lebih banyak lagi amal ibadah yang boleh aku buat. Selain tu, aku harap aku jadi lebih 'kuat' dalam menghadapi cabaran dunia. Aku cakap ni nmpak mcm ada masalah besar plak kan. Ye la, nak lalui hari2 biasa ni bukan mudah, kalo tak kuat, mmg jadi lemah lah (apara..lawan perkataan 'kuat' mestilah 'lemah' hehehe..)
Oklah walaupun ni birthday aku, tapi aku xde mood nk menulis sgt sbb mengantuk di tengahari..nak rehat sebentar!! adios..
Subscribe to:
Posts (Atom)








