Followers

Wednesday, January 6, 2010

Takziah buat Kak Hazalinda

Di kesibukan nk melangkah ke tahun 2010, kak Linda telah kehilangan orang yang paling bererti dan disayangi iaitu ibunya pada 30 Disember 2009..Takziah aku ucapkan. Genap seminggu pemergiannya hari ni. Aku masih terbayang di saat aku baru balik berkursus di Melaka, kak linda menghantar sms meminta supaya kawan2 yg berkelapangan membacakan yasin untuk disedekahkan kepada ibunya. Aku pun terus forward sms tersebut kepada hampir 20 lebih rakan2 yang kak linda dan aku kenali..Tp sayang, sebaik lepas maghrib, beliau telah pulang kepada-Nya..Allah lebih sayangkannya. Aku agak terkejut dan bersimpati dengan kak linda. X dapat dibayangkan kalau aku yg berada di tempatnya. Ku forwardkan sekali lagi sms tersebut untuk makluman yang lain dan supaya esoknya diwarwarkan di MKM.  Sehingga hari ini kak linda masih lagi bercuti. Aku harap dia tabah dalam menghadapi dugaan ini. Aku tau dia seorang yang kuat. Selama ni pun dia yang selalu memberi aku dorongan dlm kerjaya. Aku harap dia dapat meneruskan kehidupanya dengan tenang.  Cuma aku pun agak terkilan x sempat berjumpa dengan ibunya yang selalu dicerita dan dibanggakan....Takziah sekali lagi untuk Kak Linda dan keluarga...Semoga roh ibu kak linda dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...amin...

2 comments:

Mask-roll said...

takziah tuk kak linda n family... semoga roh ibu dicucuri rahmat...amin..~~

Hazalinda & Fadzli said...

Terima kasih roha.. hampir setahun dah mak kak linda tak ada, baru kak linda terperasan post roha ni..sory..berbulan2 rasanya kak linda cuba cari kekuatan diri...alhamdulillah kak linda ada kawan-kawan2 yg cukup baik...secara jujur kalian banyak bagi kekuatan dekat kak linda. Tqvm..moga ukhwah kita sepanjang hayat. Amin

PENGUNJUNG

free counters

SMILE!!